Pages

November 30, 2010

BC : Day 06

Day 06 - Favorite superhero and why

walaupun sekarang kat Malaysia daa ada superhero buatan sendiri seperti cicakman darkbatman dan ramai lagi sekarang yang berlagak nk jadi pewira satria. hehhh. tapi aku daa lebih menyayangi superhero kelahiran US ni. waaaa, gay kah aku? tak okee. jadi untuk cabaran hari ke-6 aku pilih Spiderman sebagai favorite superhero aku.

Spiderman, Spiderman,
Does whatever a spider can
Spins a web, any size,
Catches thieves just like flies
Look Out!
Here comes the Spiderman.

cukop cukop jangan nyanyi lagi. tolong fokus apa aku nak menulis ni okehh. hehhh. ada 4 sebab jek yang mampu aku pikir kenapa aku minat sangat sangat kat Mr. Spidey ini.

1. Sebabkan dia mempunyai susuk tubuh badan macam aku. errr, aku maksudkan yang versi Tobey Maguire ah. yang versi katoon ampa imagin imagin ah sendiri, aku tk tercapai nak imagin. okee, kalau tk percaya cuba bandingkan gambar aku kat header tu dengan Tobey Maguire. bandingkan-lahh! mungkin sikit jek beza kan. yelaaa, aku kan muda lagi, dalam 4-5 tahun lagi sama la tu. aku bukan nak cakap aku verangann tapi memang kebetulan kan. hehhh.

2. Lagi satu Spiderman ni mempunyai suit persalinan yang lawaaaaa! aku minat gilaa-lah suit spderman ni. corak corak web tu sangat amazing giloo kan. pastu kombinasi warna merah dan biru tu lawa sangat sangat. i loikeee! kalau aku serlum suit tu mesti matchingkan dengan kulit aku. tapi kulit aku gelap sikit. takpo-lah kot sebab suit Spderman tu kan serlum abess sume susuk badan, mn nmpak kulit. Muahahahaaa!!

3. Power spiderman tk ada laa macam sangat luar biasa pun kan. dia hanya ada power kekuatan tenaga yang dasyat dan kelincahan lompat loncat sana sini yang sangat sangat lincah giloo! logik laa sikit power Spiderman ni kalau nak banding superhero lain. hehhhh, logik kerr? lanyak-lah. kalau tengok dia main gayut gayut keliling bagunan New York tu macam bess kottt!! warghhhh, bess lagik kalau dukung awek sambil gayut gayut tu. nanti awek jerit jerit macam giloo jek kan. padan muka! AHAAHHHAAA!!

4. Dan akhir sekali mestilah kebaikan Mr. Spidey ni membanteras jenayah keliling bandaraya tu kan. dia tolong orang orang yang dalam kesusahan tanpa perlu publisiti nak glamer glamer pun. orang media jek yang terhegeh-hegeh nak bising bising nak dapatkan Spiderman ni muncul dalam dada akhbar depa. iskkkk, tengok laa seibijik macam aku kan. aku mn ada giloo glamer. weeee~!

Spiderman, Spiderman
Friendly neighborhood Spiderman
Wealth and fame
He's ingnored
Action is his reward.

To him, life is a great big bang up
Whenever there's a hang up
You'll find the Spider man.


November 29, 2010

BC : Day 05

Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to


phewwww..


masih belum ada bahan untuk entry post ni. tapi lepas goncang goncang tabung otak baru aku teringat yang baru baru ni aku ada pergi ke tempat yang super duper menarik. percayalah yang aku sememangnya kagm sangat sangat dengan tempat yang aku pi ni. sesampai jek tempat ni terus aku terus bermonolog dalaman;
cantikknyeee! segarnyeee! tingginyeee!
woahhh, Pulau Pinang indahnyeeerr!!

HAHA, tempat tu kat Penang gak. hehhh. koman btoi ah aku ni daa 20 tahun dok Penang tapi tk penah lagi sampai tempat ni. memang aku jakun tahap cipanzi terberanak. heeee.

AYER HITAM DAM !

Empangan Air Ayer Hitam ni terletak kat kawasan yang agak tinggi tp tk laa tinggi sangat. kalau memandu naik dalam 15 minit kott. time aku pi tu ramai kot orang orang yang gigih jogging mendaki ke atas empangan tu. Ayer Hitam Dam ni gak terletak dekat bukit yang sama terletaknya Kek Lok Si Temple yang feymess estalabistaa bebeh peymess tuwhh! fuyhhh, bayangkan laa betapa hepinya aku samapi kat puncak dam tu. kalau berdiri kat tempat aku berdiri macam kat atas tu kann. sebelah dam yang indah SUMPAH LAWA, sebelah lagi view bandaraya Pulau Pinang. tu aku pergi time siang. kalau time malam memang indah laa kan dengan lelampu neon gemerlapan satu Penang! hehhhh. tp dam ni bukak ke time malam? tu aku tk pasti lakk.

okeee, Challenge ni mintak 'A pic' jek tapi aku nak bagi extra gak. aku tk kiree. aku nak bagi extra gakkk!! aku tak tahan nk simpan pic pic lawa ni. heeeeeee.



rasa macam nk terjun mandi jek dalam tu. hehhhh. semalaman pada hari sabtu lepas aku tak balik kot wat mini tour dalam Penang. tu yang weekend ni traffic aku merosot mengesot. AHAHAA, dalam dam tu macam macam haiwan leh nampak. kekura! tungtung! biawak! heeeee. haiwan air jek laa pun.


macam aku cakap tadi kalau ampa kat tempat aku berdiri/melepak ni, ampa leh tengok kat sebelah kanan tu tasik dam dan sebelah lagi view Penang! tapi sayang aku tk ada pic view Penang tu sebab aku lebih teruja dengan keindahan alam semulajadi ni.

ohh yaa, sekeliling dam ni ada track untuk berjogging okeh! SERIOUS, aku akan datang waktu terdekat ni lagi nak berjogging kat sini. bessnyeee jogging sambil dijamu pemandangan cantik kat Ayer Hitam Dam ni. udara memang sah sah nyamannnn!!


heeeee. challenge hari kelima selesai. senym lebar dan titik.

Cikgu Shida Dari Parit

tetiba jek malam ni aku kena sampok apo tk tawu laa sampai gigih nonton banyak video dek Cikgu Shida ni. ramai blog sekarang hangatt tengah cakap cakap pasal Cikgu Shida Dari Bota ni. sebenarnyaa Cikgu Shida ni daa lama feymes dalam Facebook dan Youtube dan memiliki fans ribu raban dalam Facebook dan ribu raban gak viewer kat Youtube weyhh. yeaa, aku baru tawu berita Cikgu Shida ni dari blog LM dan sis DJ jek. pastu daa macam meroyan kejap kenapa masing masing tengah kecoh pasal Cikgu Shida Dari Bota ni??

adrenalin aku laju jek nak tawu pasal Cikg Shida ni. jadikk nak dipendekkan cerita aku pon google, youtube dan facebook abes sesemua cte pasal Cikgu Shida ni. haihhh. aku tk taw laa aku ni jahat ke tidak ataupun berhati perut ke tidak. tapi kalau orang yang tak tahu apa apa pasal Cikgu Shida ni dan menonton video miming lagu dia memang kompem kompem tergelak terburai anak tekak wehhh. aku pun jenuh dok geli kuman jiwa raga dok gelak sebab lawokkk! tk percaya meh test satu vid ni.

vid Cikgu Shidaa daa kena tarik balik dalam Youtube. hehhhh.

tadi sempat aku godek tiga vid jek pun.
Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hasan & Ana Raffali)
Yank (Wali Band)
Waka-Waka (Shakira)

macam aku cakap tadi kalau orang biasa yang tak tahu apa apa mesti gelak separuh hati mengekek ngekek tengok vid miming Cikgu Shida ni kan. mungkin mereka yang tengok vid vid Cikgu Shida beranggapan apa yang ditonolkan Cikgu Shida ni satu bentuk hiburan baru. yeaa, bentuk hiburan baru okee di Malaysia ni. tengoklah dengan hanya buat vid amatur dan miming secara kreatif sendiri boleh jadi feymess. perghhhhh. memang sempoi tahap cipanzi ah Cikgu Shida ni.

TAPI!
KENAPA CIKGU SHIDA JADI MACAM NI?!

melalui sumber dari seorang blogger Megat Azfar (pehh, feymess ko wehh) ;

"Persoalan sekarang, kenapa dia boleh jadi macam tu? Ya, nampak macam gila+mental+gila talak? Eh? haha. Sebenarnya dulu dia tak macam ni. As well as my mum said, she teach very well in English subject. Tetapi segalanya berubah bila dia putus tunang kalau tak silap aku. Yea, she is very butthurt tentang ini dan telah mencacatkan sikit mentalnya. Sebab itu kalau korang perasan, video awal-awal dia semuanya lagu frustrated."

jadi jangan laa kepada yang kutuk mau tak mau tu terus terusan mengutuk Cikgu Shida ni. mungkin bebanan kerja dan ketidak kawalan emosi dek kerana putus tunang yang menyebabkan perkara seumpama macam ni terjadi. dimana dia mencari perhatian yang diluar norma batasan seorang yang bergelar pendidik. kita doakan dia sedar dan terus menyumbangkan lagu ilmu bakti dia dalam pengajaran Inggeris di sekolah.

CIKGU SHIDA KEEP IT UP YOUR GOOD WORK! I KNOW YOU CAN ACHIVE MORE THAN THIS! GO! GO! GO!

pee/ass : okee, aku nak cari tuisyen English. "=.=

November 28, 2010

Blog WAJIB Inchik Eman

dahh hampir seminggu lebih Eman praktikkan melawati blog yang wajib singgah dan bertegur sapa ni.
ni adalah anatara list blog eman yang memang memang akan pergi setiap hari. MEMANG AKAN PERGI SETIAP HARI okehh. mungkin sebab makin dekat nak kenal hati budi blogger blogger ni kot kann. heee. berinteraksi lebih dekat sebagai blogger jek laa. lagi pun dorang pun kerap gak datang sini tanya tanya khabar. heeee. bess kan kalau orang singgah daa at least TYPE NAMA KITA daa bertanya khabar.

bukan mcm,
hari ni sihat?

kan elok mcm ni,
eman sihat sihat jek ke ari ni? eman makin chumel tk?

hehhhh. psychologist pun ramai cakap kalau kita tegur orang dan memanggil orang dengan gelaran yang dia suka sememang memangnya akan menerima respons yang baik. jadi eman memang tiap kali pergi BLOG WAJIB eman ni akan bertegur direct dengan dorang. tk pkai Ctrl-V en. heeeee.

ni hah BLOG BLOGGER WAJIB eman singgah tu.


sebab kenapa eman selalu menyinggah blog dorang gak ialah sebab blog dorang ni selalu jek update dan kencang sangat sangat dalam BW. SANGAT SANGAT okeyy. heeee. blog yang lain pun eman pergi gak. tapi melaui shoutmix sebelah ni jek laa ataupun koment dari post post. rasa lebih bersalah kalau tk respons dengan blogger yang betul betul directly cakap/koment dengan kita.

pee/ass : ada tk sesapa nak eman pergi blog dia tiap hari dan wat kacau mcm eman wat kat 10 blog atas ni?

GiveAway Domain From MelRomeo.Com



GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS
2. Zai
3. Mish
MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM

Jom join ramai ramai wehh giveaway ni. MAHU PAKAI DOMAIN! MAHU PAKAI DOMAIN! MAHU PAKAI DOMAIN! Yayyyy! Yayyyyy! Yayyyy! AHAHHAHAA! over giloo aku kan. lantak-lah.

Pemenang akan ditentukan menggunakan Random.ORG owww! sangat sangat nervesss kan chances nak menang. tp oke laaa. join jek laaa. kalau dapat rezeki kann. heeee.  hoyy, kobeh! aku join ni. tengok-lah!

tarikh tutup, 30 NOVEMBER 2010

pee/ass : aku daa berangan nak pakai url; www.inchikeman.com wehh.


BC : Day 04

Day 04 - A habit that you wish you didn’t have


umm, tabiat apo? tabiat merokok? tabiat tu memang tk ada. hmm, oke. aku pernah merokok sekejap dulu. dahulu yee. sekejap jek pun. dan berharap aku tk akan merokok lagi. tk akan lagi. cukup laa dulu jek sbb mungkin nampak sempoi kot bila merokok time tu. aku tk ketagih langsung dan aku bukan perokok, aku hanya merokok jek. itu bukan tabiat aku. dan aku berharap aku tk akan menjadikan ia sebagai tabiat. tak akan. menyesalnyaa buat benda benda bodoh macam tu. pendek akal laa aku ni dulu. syaitonnn mn jek ntah bisik. haishhh. Ya Allah, mintak dijauhkan laaa. Insyaa-Allah.

TAK NAKKK!

pee/ass : yun mintak ampun mak dan abah.

November 27, 2010

BC : Day 03

Day 03 - A picture of you and your friends





naseb baik task hari ketiga ni senang. hehhhh. hari sabtu kot mana aku ada rumah sangat nak blogging. heeeee. senyum lebar dan titik.

November 26, 2010

BC : Day 02

Day 02 - The meaning behind your blog name

URL : bukanpembohong.blogspot.com
blog name : Inchik Eman

memula dulu nama blog ini bukan bohong, pastu baru baru ni baru tuka ke Inchik Eman ni. heeee. saje jek nk bagi eksklusif sikit. heeeee. diam! okee, tapi aku lebih nak cakap pasal maksud nama blog aku yang dedulu tu ini bukan bohong.

ini bukan bohong.
seiring dan selari jek dengan nama URL aku kan. sebab kenapa aku pilih nama macam ni ada berkaitan dengan entry memula aku dalam blog ini. ketika tu aku sangat sangat frust tengah putus cintonn. putus cintonn okehh, bukan cinta melankolot tu! time memula origin blg aku ni lebih kepada frustration. woahhhh, melankolot gila aku time dedulu. hehhh. padahal beberapa bulan lepas jek kott. tapi still memang aku rasa origin blog aku ni pasal frustration. tapi sekarang daa menyimpang jauh daaa. tengok laa kan blog aku sekarang daa hepi hepi jek kan. ada segmen ketuk-ketuk yang glamer tu dan rajin jek masuk kontess. weeee~!

ini bukan bohong dicipta untuk menampakkan yang betapa aku menulis dalam blog ni jujur jek segala perkataan aku. tk ada lapik lapik dan masih terkawal adab tatasusila okehh. tiada langsung unsur fitnah apatah lagi nak memburukkan mana mana pihak. SERIOUS! aku kalau bercakap tu dari sumber yang sahih. tk ada mekap mekap story sendiri dan jaja ke hulu ke hilir SENDIRI. hehhhh. *mood marah*

okeeeh, aku sayang sangat blog aku. senyum lebar dan titik.

Projek DJ2B : Traffic Tak Hengattt

AMARAN !
entry ini khas untuk bacaan sis DJ jek. siape? sis DJ-lah! Cikgu Dahlia yang kaw kaw feymes tu. yeapp, dia sekarang tgh cuti sama gak tu dengan bebudak sekolah lain. weee~! saya pun cuti gak sis oii. calit ibu jari lapik tisu sekalik! heeeeee.

oke oke. Bismillah.
sempena cuti sekolah yang berbahagia buat semua bebudak sekolah ini. sis DJ daa plan untuk buat projek baik punyerrr buat blogger blogger freshie dalam gelangang arena blogging yang mencabar tahap cipanzi ini. hehhhhh. projek ini akan memilih 31 blog untuk menyertai sesi Traffic Tak Hengattt dari blog sis DJ ni yakni baclink. okee, kenapa aku cakap Traffic Tak Hengatttt sbb blog sis DJ ni daa mencapai piawaian sebangsa yang menetapkan blog sis DJ ni blogger otai. okee, sis DJ terima jek laa jangan segan segan mengaku okee. mari ramai ramai jerit ni yee, TRAFFIC TAK HENGATTT! heeeeee. lagi sekali puhlishhhh jerittt.


TRAFFIC TAK HENGATTT!


oke oke. mari serious.
Eman sarankan sis DJ memilih blog Eman ni sbb Eman masih lagi berpegang kepada konsep "sharing is sexy". jadi dengan ini Eman rasa sangat sangat nak share dengan ramai orang lagi pasal perkara perkara yang menarik sebagai bahan untuk berinteraksi sesama bloggers yang lain. bukan alasan untuk mencipta nama tapi sebagai peluang untuk sekadar berkongsi cerita. personal blog kan sis. jadi untuk nampak lagi sexy maka dengan itu saya mengharapkan lagi ramai yang mengetahui kewujudan blog picisan Eman ni rupanya wujud dalam kalangan beratus ribu raban blog yang lain. lagi ramai datang, lagi ramai akan sexy macam katoonn poster sis itu. heeeee.

Eman jugak pernah menjadi antara finalis untuk cabutan giveaway domain percuma bersama iHosterz dulu. kalau sis DJ lupa. meh klik entry ini yee. weeee~! Eman jugak berharap sis DJ dapat memilih Eman untuk muncul dalam projek sis supaya sememang memangnyaa saya nak dapat Traffic Tak Hengattt dari projek sis DJ ni. sebagai seorang blogger freshie yang baru dalam arena blogging ni selama 3 bulan 18 hari, dengan rela hati. Eman akan mempamerkan traffic Nuffnang Eman buat pertama kalinya di dedahkan umum. Eman akan mempamerkan analisis traffic seminggu terkini bersama Nuffnang kekasih gelapku. uwaaa, tk pernah pun buat mcm ni tunjuk tunjuk traffic sendiri. tengoklah sis DJ analisis seminggu blog Eman ni.

*kepada blogger lain tolong senyap yee. ni kesah aku dengan sis DJ jek. hehhhh.

ohh, yaa. ini bukan bohong tu still nama blog Eman. baru jek tuka ke Inchik Eman. sis jangan kompius en, talak tipu mia. heeee. bebaru ni jek Eman sedikit teruja bila melihat visitors Eman sampai gak cecah angka 200 dan 300! fuyhhh, kalau sis perasan. blog Eman mula mendapat tempat sejak Eman makeover blog Eman sedikit demi sedikit. dengan itulah ramai yang rajin berkunjung sebab tengah cuti semester inilah jek peluang untuk Eman memain kod HTML yang bapak susah tu. hehhhh. tapi BW tk sesekali Eman tinggal jika punya kelapangan memegang laptop. sampai Eman nak pergi mandi pun Eman sempat suroh adik perempuan Eman darjah 4 tu tolong pergi BW. siap daa copy ayat BW tu dan dia hanya Ctrl-V jek kat shoutbox blogger blogger lain. heeeee. pecah rahsia aku. gigihnye nak dapat tempat dalam blogging ni supaya orang datang dan berasa sexy sesama. heeee.

sis DJ pliss tinggal koment kat entry ni yee lepas habis membaca sampai ke titik noktah ini.


November 25, 2010

thanks blogger Beca

short entry.

dua malam lepas time ribut tengah BW tk hingattt. tetiba singgah blog Beca. seperti biasa laa tinggal menempek jejak kat shoutmix Beca tu. pastu pegi blog lain lak. BW tk hingatt lagi dan menyinggah blog Beca lagi. hehhh. biasa laa kan tengah BW tk hingat asek datang blog sama jek sbb dorang pun tgh BW tk hingatt dok menempek jejak. jd aku dtg lagi ke blog Beca dan ternampak ni.

tekan pic utk tumbesaran.
aku daa jadi visitor ke 52,250! terus jek cepat cepat aku print screen dan email Beca. tp tk dapat nk attach pic. pas beberapa minit inbox gmail aku si Beca daa respons;


terus jek aku attach pic tu than send ! excited daaa woiyhhh. dan tengah hari tadi tengah aku sibuk BW tk hingattt tetiba Poslaju datang mai bagi benda. uwaaaaa, terus aku nyanyi nyanyi lagu abg beca.

Abg beca, abg beca ditengah jalan. cari makan, cari makan lalallalaaa~~

dan aku dapat ini orang kampongg woiyhhhh!


ni laa second adiah yang aku dapat sepanjang blogging ni. untung gilooo! barang free org bg kott. nak tau tk benda apa dalam tu? heeee. korang pegi terjah blog Beca cepat! dia ada banyak hadiah nak bagi orang tu. SERIOUSS!! visitors tiap yg ke-50 akan dapat hadiah. mewah gilooo weyhh Beca ni. terjahhhh!!

pee/ass : tetap panjangg kan aku nules. hehhhh. short entry laa sangat!


ketuk-ketuk : Kek Choc Moist

Atas permintaan yang ramai disini maka amik laa resepi ni. weeee~!

Bahan-bahan untuk kek
1 cawan gula
4 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1 cawan butter (dicairkan)
1 1/2 cawan tepung kek

Bahan bahan untuk moist
1 cawan butter cair
3 sudu minyak
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan choc bar
1 sudu besar crisco shortening (tk de pun tk apa)

* untuk moist ni masak pakai sistem double boiling yee. macam ni haaa. tp tk payah laa letak dalam packet macam tu. terus jek dalam periuk kecik tu. sistem ni untuk elak choc korang hangussss. heeee.

gambar ehsan Google

Cara - Cara untuk kek
1. pukul/mesin gula, butter dan telur sampai kembang kuncup.
2. pastu masukan susu pekat.
3. masukan tepung, koko dan milo sikit sikit (ayak dulu tepung)
4. pukul sampai puas hati. tamau nampak bijik bijik en. milo ni susah sikit nk pecah laaa. hehhhh. penat mesin.
5. daa siap kembang kuncup doh kek tu biar rehat dulu 30 minit ke.
6. pastu bakar dalam oven yang betul betul panas selama 40 minit dalam kepanasan 180 degrees.
7. lepas bakar tu. bagi sejuk sikit kek tu nak ke suhu bilik.
8. tuangkan moist yang tengah suam suam ke atas kek.
9. tunggu lagi kejap. sabarrrrr.
10. nak sedap lagi letak dalam peti sejuk dalam 15 minit.
11. dan hidang!

Cara untuk moist
masukkan kesemua tu dan boiling sampai pekat.

*dicadangkan buat kek dulu. time bakar kek tu baru laa buat moist enn.


sangat payah dan susah buat kek moist. banyak lagi pantang larang tapi aku main randokk jek shortcut shortcut. SELAMAT MENCUBA!


BC : Day 01

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

fresh gila dari ladang snap!
ermmm, 15 interesting facts about me. interesting kerrr? heeee. interesting gak kalau daa memang fakta dan bukan auta! nah amik baca londeh abih rahsia aku! ahahhaaa!

here we go sygg !


1. tangan berpeluh. hehhh, aku benci ckp kelemahan aku. tapi ni laa fact mmg tangan aku cepat sangat sangat berpeluh. daa memang mcm tu. adik aku pun mcm tu. kindda disorder kotttt. dokterrr!!

2. bab makanan aku memang banyak jek pantang. tk makan seafood. aku tk makan udang, sotong, ketam, kerang, siput dll lagi makanan laut. hate it so much! hanyirrrr. tapi sangat menyukai ikan pari yee.

3. aku jugak tk makan buah durian. daa try makan banyak kali tp still akan muntah balik. "=.=

4. masih pasal makanan.
seorang yang kuat makan sangat sangat. akan memakan apa sahaja yang terdaya. kalau aku ada tolak pelawaan makan orang tu sbb aku malu. yess, aku malu bukan aku kenyang!

5.
mempunyai tangan yang kasar. memang sedap jek kalau nk lempang anak orang.

6.
tk suka reply msg numb yang bukan Maxis. hehhhh. tk cukop kaya laa. yeaa, kepada yang pakai Maxis gak sila drop ur numb en. kite leh main msg msg. heeee. ;DD

7. next fact pasal aku adalah, aku ni
sangat sangat penyabar. tk kisah lagi orang nak sakit kan aku. aku tk cepat serang orang membabi buta jek. NO.

8. disebabkan fact yg ke-6 tu maka lahirlah fact seterusnya yang membawa maksud aku n
i sangat bertoleransi atau pun bertolak ansur jekk. maknanya boleh dibawak berbincanglah. tk berkira sangat untung rugi diri sendiri. asalkan orang lain selesa dengan aku. tk nak laa ada musuh musuh ketat ni semua en. PEACE!

9. fact atas katil lak en. aku suka tido dalam keadaannnn. hmmm, dalam keadaannn yangg.
suka tido dalam keadaan yang banyak bantal bantal. satu kat kepala, satu kat kaki, satu peluk kat tangan, satu kat pinggang dan perut dan selimut. aku suka dan selesa. suka peluk bantal sahaja!

10.
aku tidak ada pencuci muka. hehhhh. kulit aku macam akan alergik kalau pakai apa apa produk chemical lol. lebih suka sekarang yang natural jekkk. weeee~!

11. walaupun aku duduk di dalam pulau yang dikelilingi pantai. even rumah aku jalan kaki 10 minit tatih tatih daa sampai pantai. rumah aku okee, bukan aku. AHAHA! 
aku tk boleh mandi laut. kalau aku mandi karang akan naik bintat bintat macam sisik biawak kat kulit aku. gahhh.

12. disebabkan suka makan, maka
aku ni sangatlah pandai buat kek. yeaa, sangat okeee. sangat suka buat kek. heeee. mak aku pun kalah owww. tk percaya cuba klik sini dan sini okee. =))

13.
mempunyai ramai kawan lelaki daripada perempuan. disebabkan jabatan pelajaran negeri yang campak aku ke sekolah lelaki jek semua. memang kurang sangat sangat kawan perempuan.

14. okeee, lagi dua lagi ni. ummm, aku suka 14.
aku suka nombor 14. tarikh lahir aku 14 April 1990. sila memberi hadiah kepada aku. aku tk mengharapkan sekadar wish jek semata. AHAHHAHAA!

15. yeaaa, aku taw.
aku bukan laa seorang yang serius. senang sangat lost in the middle of the road bila orang cuba nak serius serius cakap dengan aku. tapi tk bermakna aku nk mainkan orang yee. hanya sekadar nak ringankan suasana yang macam teganggg jekk. heeee. senyum lebar dan titik.


November 24, 2010

Premier : NEW HEADER

Woahhhhh! Wahhh! Fu-yohhhh!
AHAHHAA! apa lagi perkataan nak describe mood gempak aku sekarang weyhhh.

WAARGHHHHH!!

oke okee. Bismillah.
memang dari minggu lepas lagi daa dok bising nak buat header baru. nak buat sendiri mmg haram jek sbb aku sendiri tk ada software kejadah pasal photoshop CS CS CS apo ntahh semua tu. heeee. jadi aku lenyapkan jek laa impian nk design sendiri header blog aku ni. layan jek laa BW pas daa tk reti nak mekap header blog aku ni. tiba tiba! sekali lagi enn. TETIBA! AHHAHA! jumpa blog sorang ni. nama blog dia, syatozapunyer. kenal kan? kompius memula ingatkan gurl, rupanya laki ah wehh! gangster cukoppp.

haaaaa. nama panggilan glamer sekarang Zai jekk. heeee. blog dia cun kot! hari hari aku pegi nk jamu mata tgk header yang kelip kelip kuar satu satu hurup tu. weeee~! SERIOUS, aku pegi hari hari okehh. sambil tu jerit kat shoutbox dia cakap lawaaaa laaa cunnnnn laaa blog hang! AHHAHHAA!

bodek bodek ayat ayat nak dekat 2-3 hari baru laa si Zai ni respons nak designkan header untuk aku. untuk aku weyhhhh! untuk blog bukanpembohong aku niyhhh! WAHAHHAHAA! nevesss aku. ciyttt. deal daa ikat janji pagi semalam semua. pastu pas discuss discuss dalam ym tadi. terus siap hari ni jugakk. kejappp jek dy buat. express punyerrrr. HEBAT! umur dia 16 kot weyhh, bijak kan si Zai ni. bagus ahh. tp oke laa, at least dapat gak tukar langsir baru blog aku ni. sedap lagi kan orang memandang. sedap kerrrr??
=.="



lawa kan? lawa kan? cepattt laa cakap lawa jugakkk! AHHAHAA, kreatif ah si Zai ni buat. cepat pegi serang blog dia yang cun tuu. cepattttt! heeeeee. thnx en Zai. sori laa macam macam request tadi dalam YM. orang tk pandai main main kod HTML mmg cmni yeee. tapi tk ada laa jahil sangat sangat. heeeee.

Ori Punya, Talak Juai !

mari blogging sampai lebamm lagi.

30 Days Blogging Challenge

haaaa. khas buat semua para para mahsiswa yang tgh cuti semester tu dan asek onlineeeee onlineeee onlineee jekkk! macam aku ni memang daa sah sah tiap ari akan online jek tambah kat Penang ni laju jek line 3G. tk macam dekat Merbok, siksaa menonggeng nk dapat line. hehhhh. frustt! frustt ni wehhh. dapat bayangkan tk? hehhhhh. tensi aku memikir. =.="

nasib baek aku tk keja cuti sem ni jadi memang daa jadi kerjaya laa blogging ni. mampu? HAHA, bukan tk nak kerja tapi disebabkan budak budak sekolah pun nak gak cuti, terus aku kensel KENSELL nak kejaa. malaihhh aku. nnt mesti busy memanjang kena OT time keja even weekdays pun. gahhhh. so baek blogging sambil mkn kek moist aku. weeeee~!

semalam ter walking ke blog seniors Merbok aku tetiba terjumpa benda yang cam bess. heeee. dalam dok blogging ni mesti kadang kadang ampa kering idea kan. atau istilah akademiknye writer's block. woahhhh! jom laa kepada sesapa yang macam tk ada idea nk blogging tu kita sahut cabaran ni.


30 DAYS BLOGGING CHALLENGE!



bukan kontess jauh sekali giveaway dari aku okehh. challenge ini untuk mereka mereka yang macam tk ada bahan nk blogging tu boleh laa join challenge ni. terutama mereka mereka yang tengah SEMESTER BREAK tuu!! HAHHA, maknanyaa kena blogging tiap hari okehh 30 hari ni. non-stop updating. no skipping skipping day. hehhhh. kalau tk sempat pun auto publish kan adoooo. ni hah challenge nyee weyhhhh!

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 - The meaning behind your blog name
Day 03 - A picture of you and your friends
Day 04 - A habit that you wish you didn’t have
Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to
Day 06 - Favorite superhero and why
Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08 - Short term goals for this month and why
Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter to your parents
Day 25 - What I would find in your bag
Day 26 - What you think about your friends
Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned?
Day 30 - Who are you?

30 woiyhhhh! banyak bahan korang nk blogging! sempoi cukoppp! AHAHHAHAA! okee, aku start esok laa en. ESOKK! makkkkkkk...cheq nevesss laaa. AHAHAHAA!

ada berani? tk berani tengok jek dari jauh aku blogging. wahahaa! benda suka suki jek bak kata senior aku tu. buat hepi jari tangan korang nk taip lelaju jek kannn. heeeeee. jom blogging!


November 23, 2010

kek moist menjadi woiyhh !

semalaman mmg daa berangan nak buat kek moist choc. berangan punya berangan akhirnyaa macam jadi satu motivasi lak bila ada bufday sorang blogger itteww. heeee. jadi tk semena mena adrenalin aku macam laju jek excited nak buat kek moist ni. ditambah lagi dengan bufday blogger baek itteww. heeee.


dugaan giloo nak buat kek moist super duper yummy aku ni. start buat tadi pukul dua lebih. dok tengah dok syok syok ketuk ketuk mesin segala bahan tepung, koko, milo, blablablablaaaa semua. lepas tu pegi laa siap siap bahan untuk moist choc tu lak. heeee. sibuk tengah buat double boiling untuk moist tu sambil tu aku pegi laa idupkan oven nak bakar nanti. tup tup tup! hahhahaa. sekali lagi enn TUP TUP TUP!











GAS HABIHH WEYHH!











melalak kejap aku dalam dapur tadik. hehhhh. daa garu kepala aku tgk jam daa pukul 3 lebih ni. adoii, nak tipon orang anta gas aku tk ada duit nak bayar. tunggu laaa sampai mak aku balik keja pukul 1830. sementara tunggu tu sempat lak aku review resepi kek moist aku tu. saje jek nak tengok semua betul tk. pastu baru aku terperasan satu bahan lupa nak letak. SUSU PEKAT! demmmmmmm! dohh kek daa dalam loyang tu. hmmmm, cedok 2 sudu besar susu pekat tarok dalam loyang dan mesinnnnnnn dalam loyang tu jugakk!! HAHHAA, express punyaa talak juai. heeeee. mak aku balik kejaa jek terus call orang mai anta tong gas baru. weeeee~!

masa untuk membakar!


TADAAAA~~


heeeeee. siap bakar. biar suhu bilik sikit pastu baru tuang moist. heeeeeeeee.

dan sepotong ini untuk blogger itteww.


SELAMAT HARI JADI AKAK LYDIA MIZA. SEMOGA PANJANG LAGI UMUR DAN DIBERKATI LAGI HIDUP PAS NGINJAK ANGKA 30 NI OKEHH. heeeeeeee. alang alang buat kek ni bolehh laa kongsi ngan akak yeee. selamat hari lahir sekali lagi.


pee/ass : thnx Falii pinjam kabel henpon sony nk transfer gambaq. sempat upah kek jek tadi. weeee~!


ikhlas dengan blogger

sori semalam BW tersekat seketika sbb shoutmix ada problem entah pehal tetiba system shoutmix tu down. hehhhh. maintenance kottt. takpo-lahh.

sekarang aku tengah dok tunggu butter aku lembut sikit. maw buat kek ah hari ni. kek coklat lembab. weeee~ choc moist laaa. daa tepung dok belambak tu baik aku main masak masak kat rumahh. lagi pun ada janji dengan sorang blogger itteww nak buat kek sempena bufday dia. AHAHHAHA! sabarrrrrrr..


hikssss. lama kot tk main main oven tu. tadi aku daa cuci sikit sikit oven tu. tgh bagi kering jek ni. semalam lepas godek godek resepi dalam myresepi.com tu terus jek aku rembat resepi choc moist. heeee. aku pakai tepung kek yang daa ready made lol. senang laa kann. ;DD

kepada mereka mereka yang asek dok tanya mintak tutorial aku macam mana aku mekap mekap blog ni semalaman semalam. karang laa pass aku bakar kek aku bagi website mana yang aku pegi copy-cat kod HTML sesemua tu enn. kek aku lebih peting sekarang okehhh. sabarrrrrr... 

kepada yang ada masalah atau ada hal hal peribadi yang nak dikongsi keh apo kehh silaa laa nuless email kecemasan kat aku en. kompemm dilayann! heeeee. sekarang aku daa mula berpikir untuk lebih serius dengan blog. blog aku ni sekarang bukan sekadar nak merepek merapu tunggang langgang tapi daa boleh jadi tempat untuk aku  nak berkawan kawan lebih rapat dengan para blogger lain. para blogger ni yang ramai yang sememangnya jujur dalam bersahabat. walaupun medium hanyalah di blog tapi sangat dekat lol. i loikeeee~!

add laa Facebook Inchik Eman enn.
TULES SIMPLE MESSAGE CAKAP BLOGGER GAK TAU.



November 22, 2010

mekap blog

disebabkan tahap kecipanan melampau lampau bosann. aku pun rajin laa layan blogwalking semalaman sampai laa satu tahap aku panas hati. panas hati weyhhhh! AHAHHAA! panas hati tengok blog blog orang yang aku pegi blogwalking banyak yang cun meletusss! hehhhh. bukan dengki khianat en. jeles jek sebab blog aku tk cantik dan simple look macam yang lain. jd dari semalaman aku sempat laa mekap mekap sikit blog ni bagi nampak ringan dan ringkas. tk ada daa semak samun kot. tapi still aku tk puas lagi nak mekap tempate aku ni macam tk beshh jek.

hummmm. yang sempat aku mekap pun ;


Ubah shoutmix ke sisi blog
Floatkan SS (Skycrapers) Nuffnang
Remove header Blogger
Tambah page "Email Kecemasan" (Email Form)


dan aku masih perlu sangat sangat nak

 DESIGN HEADER BARU !

penat kot men kod HTML. copy paste save delete. copy paste save VIEW delete. copy paste EDIT VIEW SAVE! fuyhhhh, macam men jawab exam main kod kod HTML ni. hehhhh. NAK HEADER BARU!!

Harry Potter dengan Rizman Ruzaini

rabu malam lepas, lepas jek habis beraya qurban sana sini, malam tu jugak daa gedik gedik nak kuar pi tengok wayang. penat kot, lemah longlai badan aku sepanjang hari nak re-energize balik tenaga. gagah gak keluar mlm tu gak pas balik beraya dari Permatang Pauh, umah mama. heeee. penat makan sebenarnyaa. "=.=

siap siap. Irwan mai amik terusan pecut ke Gurneyy. dorang sampai amik aku pukul 2323, screening pukul 2350. hehhhh, GSC banyak iklan kot. herann apaaa. gahhh. sesampai kat Gurneyy Hazrul daa beli daa 6 tiket. woahhhhh, Rizman Ruzaini pun adaa. dia yang bayar kredit kot tiket tu. woahhhhhhh!! kali pertama kot jmp designer hebat ni. btw, dia ni senior sekolah aku. HAHHA, senior 8 tahun kottt. Hazrul dengan Irwan senior 2 tahun jek. bess kot dpt jmp senior PFS yang mcm feymess. hehhh. tk dapat jmp CT, jmp designer CT pun okehh laaa. ;DD

mlm tu mmg tk tido. dorang antar aku balik rumah pukul 6 pagi. pastu pukul 9 pagi dtg amik aku balik. okee, aku malas nk ceritaa pegi mn pagi tu. hehhhh. sempat gak aku pegi add FB Rizman Ruzaini. weeeee~ tp tk boleh add pun. iskkk, pastu dengan rasa tabah dan gigih aku sent inbox message kat Rizman Ruzaini tu berbunyi ;


beberapa minit jek pastu terus Rizman Ruzaini add aku. wuuu! wuuu! AHAHHAHAA!

;DD

woiyhhh, film HARRY POTTER And The Deathly Hallows kaww kaww bess! pegi tengok weyhhh. heeee. malas aku nk review pasal HP ni. lenguh bontot kot duduk dalam panggung tengok HP tu, 2 jam lebih! panjangg siyott. tu baru Part 1 owww. haishhh.


pee/ass : merasa gak naik Vios Hitam abg Rizman. =))

November 21, 2010

cuti sem buat Reunion

tiap kali cuti sem laa ramai remaja cuti. kawan kawan lain pun cuti, balik kampung halaman masing masing. time mcm ni gak laaa pegi pasar malam ramai jek orang akan tegur. HAHA, rasa glamer kan mcm baru balik dari oversea jek rasa kadang kadang. heeee. masa ni laa daa ramai orang yang tengah cuti belajar. ramai yang sibuk sibuk nak buat reunion sekolah. sekolah menengah, sekolah rendah, class tuisyen pun ada gak nak wat reunion jugak. AHAHHAHAA!

bess buat reunion ni sebab byk bnd boleh update. yelaa, semua lepas bertahun tahun tak jumpa daa mcm mcm bnd daa buat. kalau ada yg bisness baik tu bolee laa tambah networking keh kan. berbaloi baloi wa cakap lu! pastu boleh gak gossip gossip imbas cerita masa lepas semua. BAPAK BEST SIAK! ahahaa. semua pas daa bertahun tk jumpa daa lain kott. makin cantik, makin hensem makin segala galanyaa laaa. 


cuti sem yang lepas sempat gak aku handle buat reunion sekolah rendah aku dedulu, Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong (SKTT).



yeapp, aku yang handle dan aku nk konlusikan sendiri yang ia nya BERJAYAAAA! AHHAHAHA! sekati laa aku nak konklusi sendiri. enjoyyy abes abesan! ;DD

cuti sem kali ni sekolah menengah aku lak nak wat reunion. hmmmm.. RM30 ni nak korek mana tk tau. daa laa aku tk bekerja cuti sem ni. Makkkkkk...!!

hehhhh. ramai yang cakap nak pi ni. aku ON weyhhh! aku pun pi weyhhhh! tunggu nnt aku bank in duit okehhh. WAHAHAHAHA! gilooo exciting ni.