Pages

November 09, 2010

cinta perlu kreativiti

tadi terbaca entry terbaru incik mazidul. hehhh. antara idola aku nih wehhh. dia menules pasal kesetian minat seorang lelaki terhadap kekasih. kes cintan cintun ah ni. aku seriously tertarik dengan pendapat dan hujahnya;

" Bagi saya, amnya, lelaki akan menaruh minat konsisten terhadap teman wanita mereka selagi wujud curiosity pada diri wanita terbabit. Jika 'semua' telah didedahkan terlalu awal maka terhapus semua tanda tanya, minat juga turut lupus bersama."

heeee. CURIOSITY

selepas di translate oleh cik google maknanye 'rasa ingin tahu'. curiosity sesama pasangan aku tafsir sendiri memang tepat tepat shoot bulleye! errr, heeeee. memang benda mcm ni yang akan wat dua insan bercinta tu tahan lamaa. gilaa bapak lama. lama disini maknanya hubungan sebelum kawin en. kalau daa kawin tk tahan lama tu cerita dalam kelambu. itu lain daaaaa, bukan bidang kuasa aku. yang lelaki boleh rujuk Dr. Ismail Thamby okehh. hehhhh. balik pada topik curiosity ni dapat lihat dari segala benda yang penah kita share sesama pasangan tu. makin banyak share mungkin bagi sesetengah orang makin sayang. pastu makin cepat laa bosan kan. sebab daa tk ada benda baru lagi nak discover sesama. maka, jd la pasangan yang membosankan pastu terbiar macam kicap tk tutop kena hurung semuttttt. semut mkn kicap keh? hehhh, kicap tu manis kan. hmmm.

bagi sesetengah orang pulak rasa ingin tahu ni mungkin dorang playsafe jek dulu. segan segan nak bagi laa orang cakap. tp jangan laa buat pemikiran kuning kat blog aku nih wehh. segan segan maksud aku ni jgn laa sangat share segala benda bersama. macam share pic time korang kecik kecik yang telanjang tu simpan laa cakap nnt daa bertunang baru bole tgk. kira macam umpan laaa. nnt pas selamat kawin umpan laa benda lain pulakk. tgkkk! step by step laa kan. jangan gelojoh nak kenal orang yang kita sayang tu dari A-Z jek, kita nak kenal kalau boleh dari 1-INFINITY! baru laaa sekebun cinta yang berbunga kann. AHAHHAHA!

kalau boleh bercinta laa dengan kreatif supaya tk bosan. masing masing main la peranan. jangan laa jadi kayu jek nak emo emo mintak dilayan padahal si pakwe/makwe bukan main beriya laa nak bawak bergurau nak bercintan cinton tp tk dilayan dengan sepatotnya. cinta kena kreatif. kalau tk, seriously akan bosan. sentiasa laa cari benda baru untuk discover sesama. tk kisah laa nak belajar masak resepi baru keh. masak spaggeti pun special kot. ahhh, lapar pizaa cheesy tuu!! gahhh.

daa laaa. makin merepek aku cakap pasal cintan cintun. jap gi ptg last paper final, LAW! weeeee. macam macam principle daa dok belagar legar dalam otak pon sempat nak update entry. ;DD


pee/ass : kadang kadang main panggilan hangit ngn kekasih bess gak. AHAHAA!

10 comments:

JuAn NaSir said...

tapi kan...tu yg wat kita sakit ati coz ade jek benda yg pasangan kita try nk smbunyikan,haha....Gud Luck eman!! =)

Siti Noor Aminah said...

hihih. curiosity. i like.

EMANNUAR said...

JuAn NaSir ;
bersebab kot dy sembunyi. heeee.
guwdluck gak!

EMANNUAR said...

GaDis CoMeL ;
i likeeeee~

K I E R A said...

Best entri ni,

And keyword for today,

CURIOSITY ;D

Afiq Bukhari said...

kreatif dalam cinta itu penting supaya x xbosan bila da lama sangat bercinta.. macam kena kreatif bila jawab paper law. hehe
psst~! aku xsuka betul jawab paper law haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

GKSB suka jadi diri sendiri dan tak suka control2

mungkin itu lebih jujur

LATEST ENTRY

TUTORIAL CARA NAK ASINGKAN KOTAK KOMEN

HIDUP DI KAMPUS: INDAH ATAU SEBALIKNYA?

H.A said...

hahah..memang terbaik..feez slalu curiosity..ecececeehhh... tapi kalau die tak suke korang lak jgn dh letak curiosity kat die taw..ahaksss...

meh usha sini : "dia buat macamni untuk nyatakan yg dia tak suke anda""

ieda Qema said...

hehehe.. suka buat2 gaduh... hahaha.. best!

eZad niMo said...

hehe. kalo blh taknak kapel lama2. kawen je terus, lepas kawen t cintan la puas2, xde halangan g. (lain la kalo ada yg x puas ati, mintak d elakkan la. hehehe).

curiosity~ =P