Pages

December 08, 2010

hepikan roommate yang membosankan!

tips ni mungkin berguna buat pelajar pelajar IPT yang baru mendaftar masuk untuk semester baru. ini lah tips paling berkesan dan efektif untuk berkenalan dengan roommate ampa yang baru kenal tu dengan lebih cepat tanpa banyak buang masa. sebab kadang kadang ada sampai berbulan bulan kita amik masa nak kenal roommate kita tu kan. jadi ni sebagai satu panduan jek. heeeee. cuba-lah step by step okehh.


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang ampa dan bagitau kat roommate ampa nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tak ada org kat rumah. Unpack segala brg ampa & pegi tidor mati.

2. Setiap kali roommate ampa balik, jerit sekuat hati "Horeeyy…kau dah balik!". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg kan?".

3. Buat buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat kuat "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura pura tak tahu apa yang dia cakap dan cakap dia gila! heeeee.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ampa. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak… dah merebak! Arghh, dah MEREBAKK!!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi…tak lama lagi…"

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa apa atau cakap apa apa. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagik!".

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau.". Lepas tu buat buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate ampa balik, berpura pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakapkan yang mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate ampa hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate ampa.

14. Bila roommate ampa tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat jek selambe badak macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ampa ada binatang peliharaan, spt kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada ampa.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate ampa sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 baca yasin ramai ramai. bila roommate terjaga pakat pakat buat tak nampak apa apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok tengok ada mayat.


heeee. SELAMAT BERAMAL!


13 comments:

zureen said...

hehe. nice!!!

najihah sahami said...

eman!!sanggupke ang wat cenggitu kat rumate hah??hahahh

aibaks said...

teringat aku kat room mate aku masa study dulu.. haha

julicavero said...

posting mantaf bro..thx..

famy said...

berani ko buat ak cnie..hahahaha
ak sula ko nnt!haaha

nohfee said...

buat mcm ni, x psl2 aku kena hntr p tampoi. hahahah

Shazmiey Abdurahman said...

kalau aku buat mcm nih konfem rumet aku jadi gila teros.heehe..

Syat0za said...

waaa~ entry ni dah ade kat blog zai..wahahahaha

Omu Rice said...

yosh...memang maut lah kene...hahaha...

Anonymous said...

how are you?

Looking forward to your next post

yad'z said...

eman kejam... haha...^^

Puteri Iqa Izyan said...

eman..hepy holiday! ade award nih

http://puterizyan.blogspot.com/2010/12/this-blog-has-it-own-value.html

sui nawi said...

dashat...
mmg tk bole dgr nasihat eman ni..
konfem roommate pingsan