Pages

March 23, 2011

jangan phone sex selepas habis SPM

SPM! SPM! SPM!
tahniah kepada yang dapat result cemerlang hari ni. sana sini perkhabaran gembira dicanang tak putus putus. ada dari kawan kawan punya adik, sepupu sepapat, jiran tetangga dan skandel skandel yang tak berapa nak benci. heeehhhh.

daa 3 tahun aku lepas dari dunia sekolah uniform putih. teringat dulu time amik result exam exam besar macam UPSR, PMR dan last sekali SPM laa. sekarang daa dekat IPTA amik result exam tiap semester online jek. rasa amik result exam tiap semester memang sah sah tak sama dengan masa amik result kat sekolah dulu.

ka ada jugak antara ampa yang rasa gugup gementar siang malam tunggu result exam semester? mana nak taw lain orang lain gaya, lain padang lain belalang. heeeeeeee.

okee balik pada cerita SPM aku dulu. satu ja peristiwa time amik SPM yang aku ingat dan akan ingat sampai bila bila. iaitu paper ADD MATH aku kosong, blank! heeeeeeeeeeee. sori Cikgu Samad, saya memang tk boleh laa nak buat satu haram soalan paper ADD MATH. sebab tu saya kuar hall exam awai. sori cikguuuuuuuuuuuu.
=p

well, aku tak pernah menyesal dengan tindakan aku tu. kalau kita menyesal sampai bila dok rasa menyesal dan bersalah. sendiri buat, sendiri telan lorhhh. tapi memang result SPM aku teruk. sampai 2 hari 2 malam aku menangis tak keluar bilik. SERIOUSLY, itulah masa paling susah dan teruk aku rasa sampai kehari ni. benda yang paling teruk aku menangis. aku tak pi keja (time tu part time kat Nandos) selama seminggu. aku pi Bangi, stay rumah Pak Uda seminggu kat sana. Pak Uda ajak stay dengan dia bagi relax jangan tension dengan result SPM. jadi memang relieve jugak kat sana. haihhhhh.
*kalau laa time tu aku daa kenal orang Bangi kan bagus. heeeeeeee.

masa di Bangi selama seminggu memang enjoy. tak banyak pikir pasal result. cuma Pak Uda dan Mak Uda banyak consult step step lepas ni apa peluang aku ada untuk belajar. pulihkan semangat aku balik. Ya Allah, terima kasih tk terhingga kat Pak Uda dan Mak Uda atas segala nasihat dan suntikan semangat time aku tengah down gila. pengalaman paling ngeri aku memang masa dapat result SPM dari Cikgu Syed Sultan.

ohh sebelum itu, aku adalah bekas pelajar PENANG FREE SCHOOL.
heeeeeeeeee.
;D

pee/ass : jangan phone sex time sekolah menengah! JANGAN!

4 comments:

asphaq said...

Aku budak Raja Tun Uda :P

fahmie firas said...

Nice blog Buddy...
I followed you.. dont forget to follow mine..
thanks..
http://purplebloggerboyz.blogspot.com

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

i bdk SMK bandar baru bangi...

Anonymous said...

Where there's a will, there is a way.