Pages

May 12, 2011

gambar Izzah dan Hariz asmara (Maya Karin & Aaron Aziz)

entry kali ni pasal hiburan sikit en. hehhhh. jarang jarang ah aku nk update entry pasal dunia hiburan nih. menyampah occay u olls! tapi disebabkan OMBAK RINDU punya pasal, ADA AKU KESAH?

well, filem OMBAK RINDU ni based from novel dari Fauziah Ashari. novel yang meletop letop time aku sekolah menengah dulu. lol. apesal laki tak boleh baca novel cinta keh? HAHHA, tapi sekarang ni aku daa stop baca novel dekat 3 tahun daa. haihhhhhhhhhhhh. umm, novel OMBAK RINDU ni bukan jek best gila babeng kambeng hitammm! tapi memang layan gak sebab banyak part part ranjang. errrrr..


kalau tgk latar belakang pic ni, scene ni bukan dalam condo Bayu Damai yang Izzah kena kurung tu. hmmm, mungkin scene ni time kat rumah Pak Dollah kat Negeri Sembilan tu. scene yang Hariz dengan Izzah kantoi tu ahh. alaaa, kalau ampa ingat lagi time tu Izzah dengan Hariz tengah dingin. scene jadi kat rumah Pak Dollah time Hariz beriya masuk bilik Izzah nak tido bersama dengan isterinya ni ah.

HAHA, pastu kantoi pulekkk dengan Mak Jah dan Pak Dollah. last last dapat tau daa yang Hariz dan Izzah ni suami isteri sah. rasa rasa masa Pak Dollah dan Mak Jah bukak pintu bilik, scene Izzah dengan Hariz kantoi tu macam ni ah kot kannnn. heeeeeeeeeeee. tapi dalam novel scene ni malam ah. haihhhh, ntah laa aku men teka jek. kita tunggu laa filem dia nanti en.


kejadah? kejadah? kejadah? aku masih tak puas hati lagi dengan pemilihan pelakon untuk Ombak Rindu nih. SERIOUSLY, Maya Karin bukan pelakon yang sesuai untuk watak Izzah nih. kalau yang baca novel asal OMBAK RINDU tu mesti setuju jugak dengan aku. memang lain imaginasi aku time baca novel ni time form 4 dulu. time tu aku bayangkan Sofia Jane yang jadi Izzah. tapi btahun lepas aku baca sekali lagi OMBAK RINDU ni aku imaginasikan watak Izzah tu Tiz Zaqyah. SERIOUS, Tiz memang sejibik dengan Izzah kalau ikut cerita dalam novel tu. haihhhhhhhhhhhh.

apa apa pun kita tengok lah hasil Izzah dari Maya Karin dulu oke. pastu baru laa kondemmmmmmmmmmm. kejadah laa aku ni nak condemm orang jaa. apa punya umat daaaa. hehhhh.
;)



pee/ass : OST Ombak Rindu khabar nya nyanyian duet dari Hafiz & Adira (AF).
pee/ass : Maya 1st time berlakon ber'shawl' dalam OR.

10 comments:

Mun said...

huhu..cikmoon pon masih xpuas hati bila maya karin jadi izzah.. huhu... xsesuai laa..

Anonymous said...

nak kiss pliss =P heh

Puteri Iqa Izyan said...

sodap gile novel ombak rindu. tp kalau filem xtau ler.. harap2 best mcm novel jugak ^_^

Ndeyla :) said...

betoiiiiii. MAYA tak sesuaiiii T_T

ckynwan said...

x suka maya karin jadik izzah! izzah bukan ke budak muda remaja! maya karin xsesuai laaaaaaaaaaaaa

ZaYaNi said...

btol2...maya cam xsesuai bwk watak izzah... sbb izzah dlm novel tu umornye mude yg amat..baru 19thn...tp klu tgk novel ni maya karin punye muke xde rupe budak 19thn...adesss penin pale melihatnye...tp xpe..ape2 pun mmg nk tgk movie ni dlu..baru komen lebey2 sket... :)

Farhan Zafry--;LITHIUM said...

1... Filem bukan novel 100%
2... Jgn la set mindset org tu muka tua xyah berlakon.. yg pnting kualiti lakonan

❤nadiah.rahim❤ said...

xsuke maya karin pegang watak izzah..x sesuai..lagi 1....maya kan ckp cam indon2 gitu..huhu..

patutnye...izzah tu lisa ke..ni x...bg lisa watak antogonis plak...huwa...

bile cte ni nk kuar ea?

Nini Hartini said...

kalau saya, masa baca novel ni, Izzah yg saya imaginasikan sama betul dgn Nur Fathia...Dulu fathia dpt offer watak izzah tp dia tolak sbb nk exam. frust betul..walaupun dia berlakon kayu, tp kurang minat maya karin punya suara. x pure malay mcm izzah..

jolie said...

maya x sesuai jadi izzah..gambaran izzah dalam ombak rindu x spt maya. masa baca ombak rindu saya hanya terbayang EJA sebagai izzah...izzah gadis kg yg putih, tinngi..kemelayuan..EJA yg ada semua tu.