Pages

November 03, 2010

nombor henpon ke 11 digit pasni

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.

Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.

"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya.
- Bernama
..................................


WOAHHH! pasni nak tuka numb ah wehh! jom tukar ke 11 digit. bg lg pening nak hapal hapal numb yang panjang panjang ni. mabelessss! hehhh. mmg plan nk tuka numb daa lama pun. nak tuka numb ngn kwn aku sorang tu. jd kena tungu lepas 15 Disember nnt laa tukaa. Wuuuuuu! Wuuuuu! nak cari nombor 011-11011011 laaa. tahun depan mesti ramai yg gilo nak wat benda sweet sweet tarikh 11/11/11 kan. *tade kena mengena langsung*
=))

cerita mulut kemulut

penaa dgr tk mulut tempayan? mesti-lah penaa kan. time blaja sekolah rendah main main hapal simpulan bahasa bagai semua tu. heeee. mulut murai lak kuat bercakap tk lenguh gusi. buah mulut? bawak mulut? okehhh. mari dengar cerita si pembawa mulut dengan si buah mulut orang. mulutttt! mcm pelik kan perkataan mulut tu? cuba sebut lagi sekali MULUTTTTTTT! sebut bagi bunyi U tu. jangan sebut MULOT! sebut MULUTTTTTT!

AHHAHHAHAAAA! daa abes senaman gusi, gigi dan lidah. mari sambung ceritaa. heeeee.

si buah mulut kenal sorang orang. dia kenal sorang orang tu bulan puasa. sorang orang tu gak penaa baek dengan si pembawa mulut. dorang baik sgt sgt. dorang kenal lagi lama dari si buah mulut tu. baiknye dorang sampai bermacam macam kenangan dorang daa kecapi bersama sama. sampai satu tahap dan ketika sorang orang tu tak nak kenal si pembawa mulut tu lagi daa. disebabkan pelbagai masalah yang timbul dek kerana cemburu dan pelbagai berita dan cerita tk ketinggalan gak derita yang dialami mereka. maka sorang orang tu nekad nak tinggalkan si pembawa mulut tu jauh jauh. tak nak lagi kenal si pembawa mulut  tu. si pembawa mulut berdendam kesumat dan nekad nak balas dendam dan hancurkan si sorang orang tu.

pelbagai cara dibuat dengan tidak meghiraukan akan segala musibah yg bakal menimpa di kemudian hari. serangan gerila ke rumah sorang orang tu dengan tanpa diundang juga antara yang dilakukan. dek kerana serangan tu menempelak laa si kawan (housemate) sorang orang tu dek kerana hingar bingar yg cuba dicetus si pembawa mulut tu. si pembawa mulut masih juga tk puas hati dengan kesudahan yang diberi sorang orang tu. dipujuk rayu agar dapat berbincag bertemu muka supaya hubungan mereka kembali pulih. tp sorang orang tu masih pegang kuat bernekad tk nak lagi berbaik dengan si pembawa mulut tu. kuat dan tabahnya si pembawa mulut tu masih tak berputus asa mengharap belas sorang orang tu. haihhhh.

nantikan kemunculan si buah mulut dalam next story. it will be more excitingg! yippiee!


pee/ass : penat karang cerpen cetusan picisan keramat dewa dewi ni. nite.