Pages

June 26, 2014

Musang King Malaysia Bukan Jaguh Kampung


Dengan hanya bau buah durian sahaja, sudah boleh mengamatkan keadaan di Australia. Bau enak yang sentiasa dinikmati rakyat Malaysia ini disangka kejadian kebocoran gas di sana. Segagah nama yang dibawa, durian Musang King (Mao Shan Wang / 猫山王) atau pun dipanggil Raja Kunyit terdahulu ini sudah dua kontena sampai ke tanah kangaroo. Raja buah durian Musang King ini bukan sahaja sudah terbang merentasi Lautan Hindi malah juga sudah merentasi benua hingga ke Eropah.

Isi ulas durian berwarna kuning keemasan ini manis apabila masak. Setiap ulas isi durian ini tebal, berkrim, berlemak, dan mempunyai biji yang sangat kecil. Antara durian Musang King terbaik berasal dari Bentong/Karak, Tangkak dan Balik Pulau.

Raja Musang ini telah didaftarkan pada tahun 1993 di Tanah Merah, sebuah daerah di jauh utara Malaysia dekat Kota Bahru. Pada ketika itu ia digredkan kod D197. Musang King yang cukup popular di Gua Musang berasal dari daerah Guar Musang dan ia merupakan daripada keluarga durian kunyit sebelum ia dikacukkan dengan durian lain dan diubah suai namanya ke Musang King seperti sekarang.

Untuk mengenali dan cam buah durian Musang King ini adalah paling senang melalui kulitnya. Pada pangkal buah akan terdapat corak seakan bintang pecah lima atau ada yang panggil corak tapak sulaiman. 

Antara durian-durian terbaik penggemar durian di Malaysia: 

Udang Merah (Ang Hae) 
D 175 
 D600 
D101 
ThRaka (竹脚) 
Ho lor 
XO 
Durian Penang D24

June 16, 2014

MH370: Hari ke-100 dan Teori Konspirasi


Kehilangan pesawat komersial negara, MH370 telah masuk hari ke-100 hari ini selepas dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 lalu dalam perjalanan dari Kulala Lumpur ke Beijing. Pencarian pesawat buatan Amerika Syarikat, Boeing 777 ini telah melibatkan kerahan tenaga lebih 20 negara dalam membantu misi pencarian pesawat yang sehingga kini masih samar bagaimana pengakhiran kepada MH370 ini. Adakah terhempas ke dasar lautan? Adakah meletup di udara? Pelbagai kebarangkalian ini timbul dan bermacam lagi teori kehilangan pesawat komersial Malaysia Airlines ini. Walau apa pun jalan cerita bagi MH370, dimanakah bangkai pesawat ini masih belum dapat dijawab.

Prinsip asas penulisan kewartawanan masih belum dipenuhi apabila  soalan “dimana” tidak terjawab setelah masuk hari ke-100. Bukan sahaja para media yang masih mendebatkan isu ini, malah seluruh dunia dan rakyat Malaysia khususnya masih hangat memperkatakan tentang misteri kehilangan ini.

Merujuk kepada  artikel dari Mingguan Malaysia 6 April 2014 bertajuk ‘CIA dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370’, kemungkinan penulisan artikel ini ada wajar dan logik akalnya. Ia bukan suatu perkara yang baharu buat dunia apabila ada tangan-tangan ghaib disebalik kehilangan MH370 ini. Kapasiti pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 krew pesawat masih menjadi tanda soal mengenai kapasiti di bahagian kargo pesawat itu pula.

Dengan 135 penumpang warganegara China menjadikan teori mengenai penglibatan dalang CIA makin kuat apabila dua kuasa besar dunia iaitu China dan Amerika Syarikat masing masing sebenarnya terlibat cecara tak langsung. Mana tidaknya, pesawat buatan Amerika Syarikat membawa kapasiti 135 penumpang warga China, tetapi mengapa melalui MAS (Malaysia Airlines)? Adakah ia untuk menutup penglibatan secara langsung AS? Adakah ini suatu sabotaj buat Malaysia yang mempunyai hubungan diplomatik yang akrab dengan kedua-dua negara gergasi ini? Adakah ini suatu ujian buat Malaysia mengenai kesetian dipihak mana Malaysia  berada?

Dapat dilihat melalui artikel Mingguan Malaysia ini dimana tragedy “9/11-WTC” yang kesudahan ceritanya ialah dengan pencerobohan keatas bumi Afghanistan dan pembunuhan kepala pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden. Adakah persamaan modus operandi 9/11 dengan MH370 ini? Yakni dengan mewujudkan kegemparan dan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia seperti yang dimegahkan oleh AS sebagai polis dunia.

Peranan media antarabangsa juga dilihat sengaja menimbulkan keraguan terhadap bagaimana Malaysia mengendalikan misi pencarian. Ini telah mengeruhkan keadaan para keluarga penumpang terutama warga China. Siapakah yang dengki dengan hubungan akrab Malaysia-China? Amerika Syarikat mungkin? Apa yang membuat Presiden AS, Barrack Obama datang ke Malaysia pada April lalu? Apa ada dengan Malaysia? Episod kebencian bantahan warganegara China terhadap Malaysia telah dipadamkan dengan kehadiran dua ekor Panda dan lawatan rasmi diplomatik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China bulan lalu.

Wang berjuta ringgit telah dilaburkan dalam misi pencarian MH370 ini, dan jutaan air mata telah mengiringi kehilangan yang masih misteri ini. Kesudahan misteri ini masih belum terjawab. Iringan doa dan airmata ketabahan buat semua rakyat Malaysia dan keluarga penumpang dan krew khususnya.