Pages

Showing posts with label Malaysia King Fruit. Show all posts
Showing posts with label Malaysia King Fruit. Show all posts

June 26, 2014

Musang King Malaysia Bukan Jaguh Kampung


Dengan hanya bau buah durian sahaja, sudah boleh mengamatkan keadaan di Australia. Bau enak yang sentiasa dinikmati rakyat Malaysia ini disangka kejadian kebocoran gas di sana. Segagah nama yang dibawa, durian Musang King (Mao Shan Wang / 猫山王) atau pun dipanggil Raja Kunyit terdahulu ini sudah dua kontena sampai ke tanah kangaroo. Raja buah durian Musang King ini bukan sahaja sudah terbang merentasi Lautan Hindi malah juga sudah merentasi benua hingga ke Eropah.

Isi ulas durian berwarna kuning keemasan ini manis apabila masak. Setiap ulas isi durian ini tebal, berkrim, berlemak, dan mempunyai biji yang sangat kecil. Antara durian Musang King terbaik berasal dari Bentong/Karak, Tangkak dan Balik Pulau.

Raja Musang ini telah didaftarkan pada tahun 1993 di Tanah Merah, sebuah daerah di jauh utara Malaysia dekat Kota Bahru. Pada ketika itu ia digredkan kod D197. Musang King yang cukup popular di Gua Musang berasal dari daerah Guar Musang dan ia merupakan daripada keluarga durian kunyit sebelum ia dikacukkan dengan durian lain dan diubah suai namanya ke Musang King seperti sekarang.

Untuk mengenali dan cam buah durian Musang King ini adalah paling senang melalui kulitnya. Pada pangkal buah akan terdapat corak seakan bintang pecah lima atau ada yang panggil corak tapak sulaiman. 

Antara durian-durian terbaik penggemar durian di Malaysia: 

Udang Merah (Ang Hae) 
D 175 
 D600 
D101 
ThRaka (竹脚) 
Ho lor 
XO 
Durian Penang D24