Isnin yang kosong. Perut lapar tak seperti kebiasaannya aku akan singgah warung jalanan untuk tapau nasi lemak buat sarapan.
Cuba nak menceriakan diri dengan piihan lagu kat AppleMusic tapi terPLAY playlist album SITISM?? APOOOO lagu futuristik sangat, memang tak sampai mood, lebih kepada annoying and pusing kepala aku mendengar. Barangkali unfamiliarized lagi dengan melodinya (Track MAGIS ketika taip ni. Hahahahahaha)! Time aku tengah menaip ni nampak macam aku buat-buat sibuk.
Tadi atas skuter dalam perjalanan ke pejabat, bermain kat fikiran aku betapa semalam aku hanya lebih banyak berehat dan tidur (memandangan pada hari Sabtu ada majlis aqiqah anak buah aku; Muhammad Aysar Rizqi. Maka tenaga bersosial aku dah habis pakai sampai kong).
Jadi tak semena-mena aku terimbas pada secubit memori yang agak kabur pasal 'introvert-extrovert' ini. Kinda make sense! Sekarang aku ada definisi baharu kepada istilah INTROVERT & EXTROVERT. Menurut podcast or sharing dari posting sosial media mana entah, aku tak pasti.
Introvert takrifnya; seseorang itu dia akan menggunakan semaksimal tenaganya dan masanya untuk bersosial (he/she need to put extra effort or invest more of himself/herself to be in a situation that he/she doesn't feel belong).
Extrovert ni pula menurut sumber yang aku rujuk tu, adalah seseorang yang memang dah jenis out-going person jadi memang memerlukannya bersosial ikut kadar yang dia perlukan, macam bersosial merupakan cara atau sumber kepada tenaganya. Dia serap tenaga dari situ.
pee/ass: Terlalu lama jadi pemerhati dan membaca itu ini; rasa geram nak menulis! Maka kelahiran semula barangkali posting aku ini.