Pages

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

October 28, 2011

Senarai Lagu Separuh Akhir AJL26

Berikut merupakan senarai 30 lagu berjaya ke peringkat Separuh Akhir AJL26 :

1. Sungai Lui (Aizat / Aizat dan Anas)
2. Kisah Hati (Alyah/ Manusia Putih)
3. Ilusi (Adira/ Audimok)
4. Janji (Akim)
5. Awan Nano (Hafiz/ M. Nasir/ Budi Hekayat)
6. Menyesal (6ixth Sense/Gjie)
7. Maaf Dari Hati (Sofazr/ Mohd Atlas)
8. Aku Permata (Salma/ Taja/ Tun Teja)
9. Sedetik Lebih (Anuar Zain/ Edry Abdul Halim)
10. Di Penghujungnya (Iqa/ Edry Abdul Halim)
11. Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito)
12. Babak Pertama (Drama/ Ammar Habir/ Aepul)
13. Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition)
14. Pokok (Meet Uncle Hussain & Nubhan/ Taja/ Tun Teja)
15. Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet)
16. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah/ Kevin Chin/ Tinta)
17. Cinta Teragung (Hazama/ Kuncidemak)
18. Cinta Muka Buku (Najwa Latif/ Ika Latif)
19. Bila Bertemumu (Shiha/ Ajai)
20. Muda (Hujan/ Noh Hujan)
21. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol/ Boy Clifford)
22. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan/ Noh Hujan)
23. Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus)
24. Karma (Faizal Tahir/ Audi Mok)
25. Mata Hati (Nubhan/ Audi Mok)
26. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque/ Monoloque)
27. Gadis Semasa (Yuna)
28. Cinta Matiku (6ixth Sense)
29. Penakut (Yuna)
30. Kisah Dongeng (Stacy/ Edry Abdul Halim)

#Yang bold tu aku bajet masuk final kot. HAHA, bajet jek pun. btw, favorite aku Kisah Hati dengan Sungai Lui. awww! awww! HAHAHA!


pee/ass: teringin nak pi tengok live AJL. orang kata AJL punya event yang paling best banding dengan acara anugerah lain.



April 04, 2011

warna baju lambangkan mood

dalam closet ampa banyak baju color apa? kalau aku, banyak baju color putih, hitam dengan merah. hijau setakat nih ada 2 helai jek pun. HOHO, color hijau telah membuktikan psychology sesorang pada sesuatu hari tu sangat sangat gembira dan bersenang hati.

setiap color mempunyai peratusan tahap kegembiraan seseorang dalam pemilihan warna baju untuk dipakai. HOHO, ni psychology ampa dalam tengah tengah membelek baju baju dalam almari. kalau time lepas mandi tu ampa macam baru lepas berak, so rasa legaa dan hepi mungkin ampa akan terambik baju color kuning. tu contohhh! heeeeeeeee.

pagi tadi waktu class Law aku pakai baju warna hijau. aku sangat senang hati pegi kelas Law sambil on laptop dan online sambil mengabaikan presentation 2 groups kat depan. itu tanda aku hepi. okeh?

lepas tu bila kelas petang pukul dua lepas mandi tengah hari aku pakai baju hitam. time tu class Research, 4 chapter marathon dengan laju dihabiskan dengan jayanya. aku tengok slide terkebil kebil, blurrrrrrrrrrrrrr. itu tandanya aku kurang bergembira di dalam kelas kerana tidak dapat menguasai pelajaran yang disampaikan. hehhhhh. *padahal roh melayang ketempat lain, jasad jek dalam kelas*

tapi tajuk Reseach aku dipuji antara dua yang terbaik! boleh score high mark nih!
;DD

esok ingat nak pakai baju kuning boleh?
ehh ehhh, esok isnin kena pakai cooperate entire. demmitt! kemeja putih jalur kurus merah laa pilihan esok.
;)


March 17, 2011

bergayut boleh mengurangkan sperma ?

macam semua orang, mesti semua suka dan kadang kadang daa jadi macam hobi buat sesetengah orang untuk adakan slot masa antara 24 jam sehari tu untuk bergayut telefon jek. well, aku tak dak laaa. mana kot nak taw kalau ampa yang lain ada. sebab benda ni memang wujud dalam kalangan housemate aku sendiri.

kadang kadang bergayut tu sampai telinga panas. ada cakap kalau bercakap/bergayut telefon ni lama sangat akan ada kesan sebabkan radiasi semasa membuat panggilan tu. kesan kepada sel otak laa, telinga laa dan macam macam lagi. tapi benda daa setahu aku tak lagi terbukti kesahihan bukti dia. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru baru ni ada mengatakan pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya. ini kes untuk lelaki lorhhh. adeyhhhhh, tapi tk silap aku lepas tu ada yang menyangkal pendapat CAP nih. entahhh lahhh.
=.=

tadi tengah hari lepas jek kelas OB (Organizational Behavior) singgah kejap ke Caltex kat Lembah Bujang isi minyak. tetiba henpon aku bunyi terima panggilan dari Abah. cepat cepat aku lari keluar dari kereta dan lari ke seberang jalan sebabkan radiasi telefon boleh menyebabkan kebakaran serious kat petrol station. benda ini memang sahih dan memang terjadi okehh!

jadi jangan dan jangan bercakap telefon ketika tengah isi minyak. tk kira laa yang tgh pam minyak atau pun yang dalam kereta tengah tunggu boyfren ampa isi minyak tu. hehhhh.