Pages

November 15, 2012

nama saya masih Eman



Assalammualaikum :) 
errrr...oke memang dah setahun blog aku ini hidup dan tiada isi selain iklan Nuffnang aje yg silih berganti. haha. sejak bergelar pelajar ijazah sekarang tekanan dia lain macam. kalau aku yang jauhnya hanya lah Penang-Shah Alam, apatah lagi pelajar luar negara kan. macam langit dan kerak bumi nak dibandingkan.

kisah belajar kalau nak mengomel pun buat apa, dah nama pun pelajar dan kerja dia belajar dan belajar. kadang kadang simpati tengok kengkawan kelas terutama yang perempuan yang kadang kadang merungut itu susah ini susah. dan ada jugak yang malah hebat dan rasa tercabar bila mana kerja amali depa lagi hebat dari aku. haha, ini penDENGKIan yg positif oke. takde lah pulak aku nak sabotaj kerja orang lain yg lagi hebat tu. perbaiki dan perbaiki lagi.

kebiasaan orang sentiasa ingin berubah ke arah menjadi lebih baik dan disenangi orang lain. Insyaa-Allah kalau itu niat yg kita bawa, jiwa kita tenang dan setiap perkara yg kita buat mudah kita laksanakan. pernah dengar pesanan dari Wardina Saffiyah, kalau kita ingin berubah lebih baik, tuhan akan hantar orang yg baik baik juga berkawan dengan kita. Insyaa-Allah :)

Salama Maal Hirah 1434
Amirul Aiman Anuar


October 28, 2011

Senarai Lagu Separuh Akhir AJL26

Berikut merupakan senarai 30 lagu berjaya ke peringkat Separuh Akhir AJL26 :

1. Sungai Lui (Aizat / Aizat dan Anas)
2. Kisah Hati (Alyah/ Manusia Putih)
3. Ilusi (Adira/ Audimok)
4. Janji (Akim)
5. Awan Nano (Hafiz/ M. Nasir/ Budi Hekayat)
6. Menyesal (6ixth Sense/Gjie)
7. Maaf Dari Hati (Sofazr/ Mohd Atlas)
8. Aku Permata (Salma/ Taja/ Tun Teja)
9. Sedetik Lebih (Anuar Zain/ Edry Abdul Halim)
10. Di Penghujungnya (Iqa/ Edry Abdul Halim)
11. Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito)
12. Babak Pertama (Drama/ Ammar Habir/ Aepul)
13. Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition)
14. Pokok (Meet Uncle Hussain & Nubhan/ Taja/ Tun Teja)
15. Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet)
16. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah/ Kevin Chin/ Tinta)
17. Cinta Teragung (Hazama/ Kuncidemak)
18. Cinta Muka Buku (Najwa Latif/ Ika Latif)
19. Bila Bertemumu (Shiha/ Ajai)
20. Muda (Hujan/ Noh Hujan)
21. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol/ Boy Clifford)
22. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan/ Noh Hujan)
23. Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus)
24. Karma (Faizal Tahir/ Audi Mok)
25. Mata Hati (Nubhan/ Audi Mok)
26. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque/ Monoloque)
27. Gadis Semasa (Yuna)
28. Cinta Matiku (6ixth Sense)
29. Penakut (Yuna)
30. Kisah Dongeng (Stacy/ Edry Abdul Halim)

#Yang bold tu aku bajet masuk final kot. HAHA, bajet jek pun. btw, favorite aku Kisah Hati dengan Sungai Lui. awww! awww! HAHAHA!


pee/ass: teringin nak pi tengok live AJL. orang kata AJL punya event yang paling best banding dengan acara anugerah lain.