Pages

March 10, 2011

teori memonteng kelas (UiTM)

aku tak tahu laa sama ada perlu ke tak kongsikan cerita ni ke tak. tapi cerita laa pertama kali pengalaman aku berdepan dengan situasi macam ni. jadi rasanya tk salah kalau aku nk sisipkan celah celah blog aku entry ni. btw, daa 156 entries daa blog aku ni aku menulis dalam masa kurang lebih 8 bulan. HAHHAHA, tk sangka aku rajin menulis kann. alangkah baiknya kalau aku dapat jawab essay macam ni dalam test LG (Local Government) semalam. hehhhhhh.

balik pada topik. sebenarnya minggu lepas iaitu khamis lepas, aku ponteng kelas OB (Organizational Behavior). lepas tu minggu ni kelas hari isnin yg baru jek lepas ni ada kelas lecture OB ni. dan memang aku kena marah dan disoal laa kenapa tk datang khamis minggu lepas tu. fine, alasan yang sangat lembik tanpa ada surat, dan aku jawab "saya balik Penang".

"Get out from my class!"
keras suara lecturer aku ini balas.
=|

aku keluar.
=(

memang salah aku, aku sedar benda tu. tp entah laa aku ni bukan nk tegak kan benang yang basah. tp mungkin ni memang tabiat aku atau student student lain pun rasanya ada gak tabiat macam aku ni kot.

tabiat memilih ari yang sesuai untuk ponteng dengan sengaja.

well, aku memang daa terbiasa untuk setiap subjek memang memang kompem kompem aku AKAN PONTENG DENGAN SENGAJA. sebabnya syarat UiTM senang jek dalam kehadiran students ni. tak bole kurang dari 80% kehadiran ke kelas.

jadi secara matematiknyaa laa kan ;

1 semester = 14 minggu
1 minggu = 2 kelas
jumlah kelas = 28 kelas

28 = 100%
1 = 3.57%
24 = 85.68% (4 kali ponteng)
*minimum kehadiran adalah 80%. kalau tak, kena BAR Final Exam.

okee, ini laa yang aku amalkan selama aku berada kat UiTM sepanjang hampir masuk 3 tahun. tapi aku tk pakai laa sampai 4 kali untuk ponteng. sebab masuk kali ke empat tu daa bole dapat WARNING LETTER! untuk selamat aku amalkan untuk setiap subjek hanya TIGA KALI SAHAJA KUOTA PONTENG! get it? okee, ni teori jahat. jangan ikut oke. SERIOUSLY jangan ikut!!

untuk semester ini baki hari untuk aku ponteng untuk setiap subjek mengikut kuota aku ini seperti berikut ;
Organizational Behavior = 1
Local Government = 1
Administrative Law = 3
Industrial Relation = 1
ETR = 1

err, kalau ikut nak abeskan kuasa imuniti memonteng ni. tapi tengoklah macam mana nanti. aku serik ah lepas ponteng kelas OB tu. SERIOUSLY, sebelum sebelum ni semester lepas lecturer tk marah sangat pun kalau ponteng sekali dua kali. pasni tk bole ponteng. sekian.

pee/ass : kalau semua nk manis jek time studi, tk life laa. kadang kadang yang pahit itu laa yang akan buat kita ingat.


12 comments:

aTeN i_nur said...

ok..hnks 4 the teori..hhahha...aga2 bole dgunakan ke x??huhu

najihah sahami said...

haha..yess...dulu masa mish duk poly pun salu guna petua ni. tp skang blaja kat KSKB kehadiran kena 100%. xfun langsung kan.wuuuuuuuu

EMANNUAR said...

Aten Inur ;
bole laa guna pakai teori ni. alaaa, pandai pandai laa tanggung kan nnt.
;)

EMANNUAR said...

Mish ;
HUHU, makin besa makin tinggi belajar, makin kena disiplin ah mish. sabar jek laaaa belajar ni. walaupun nk dekat lebih dr 10 tahun dok blajar.
=.="

knini said...

bahahaha. aku pon dulu mmg gn teori ni. tp mmg xpilih 4hari r. 3hari tiap subjek cukuplah. siap leh tanye member ni, eh dah bape kali aku xp kelas ETR eh? heee

syukur, dah selamat mengGrad kan diri sudah.

cik FIFFY said...

weh.. aku pon mengamalkan teori ni. but then UUM kan dewan kuliah besar. 1 kelas beratus2 org. so, kdg2 aku suh member aku sign kan. kalau time kelas kecik tak dapat nolong r eh. haha~

EMANNUAR said...

Knini ;
Woahhhh, tahniah sbb tk masuk tatatertib lagik. AHAHHAA! standet laa kan bdk bdk nakal time balaja.
;D

EMANNUAR said...

Efyna Pinkladies ;
haaaaaaaaaaa, bab bab nolong sign utk kawan ni jek laa tk penah try lg. seriau ahhh! tgk laa kalau keadaan memaksa. bole test time class LAW kot sbb campur campur kelas time lecture tu. hiksssssss.
;)

Lydia Miza said...

eman jgn ponteng2 tau!

EMANNUAR said...

LM ;
iyerrr ummi. eman tk ponteng daa pasni.
lallallallalaa~~
=p

Anonymous said...

owh yeke, bukan kali ketiga dapat warning letter ek? sama je kan teori ni for all uitm branch? 3 kali untuk setiap subjek ea?? if mc, kira ponteng ke???

gjotafiq said...

sgt menarik. aku sbenanya, sgt cuak. sebab takut kena bar final xm. aku keliru sebenarnya. setiap kelas dia kira or total kelas dia takleh lebih 4? get it? reply me asap. n dpt warning letter tu mmg bila dah azab sgt ah kannn?