Pages

Showing posts with label eman's story. Show all posts
Showing posts with label eman's story. Show all posts

July 11, 2011

kalau-lah aku ni POPEYE

kalau semua orang boleh jadi kuat dengan cepat macam Popeye kan best. lepas telan jek setin bayam daa boleh timbul muscle ketat ketat kat lengan. pastu boleh-lah nak lawan orang jahat. lawan orang jahat yang suka kacau awek aku. boleh jaga dan lindungi dia dari orang gemuk dan boroi. best kan jadi kuat dengan sekelip kelip? heeeeeeeee.

kejadah laa kan? manusia ni insan biasa jek. kudrat pun ala kadar macam telur dadar jek pun. sekadar mana yang mampu jek bertahan. apa kan daya lagi lagi nak jaga hati perempuan yang macam kapas. haihhhhh. mengeluh panjang aku.

kalau lah aku kuat dan dekat dengan orang tu, mesti aku akan jaga dan lindungi dia. kalau laa aku boleh jadi macam Popeye The Sailorman mesti dia tak kan dalam keadaan susah dan senang tersentuh. awak, sabarlah. sebagai kawan rapat, saya memang setia dan sedia mendengar semua masalah awak. hmmm...

sabarlah.

sabarlah oke?

saya kan ada ni ;



pee/ass : minum MILO anda jadi sihat dan kuat !
pee/ass : cuti mid-sem daa dekat. nak tengok HP7! nk jugak tgk Kilauan Emas Astro!
;D


July 10, 2011

aku tak sanggup lagi, aku akan pilih cinta

Salam.

orang cakap kalau nak pilih sesuatu ikut lah kemampuan sendiri; ukur baju badan sendiri. kalau tk mampu dan tak daya nak harungi sesuatu, jadi jangan amik risiko dan redah jugak. kalau kantoi, menyesal pun tk guna lagi; nasik sudah menjadi bubur. haaaa, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai okesss u olls?

kejadah kejadah kejadah aku dok bebel dengan pepatah pepatah semua nih kan. HAHHAA, sesaja jek nk over siket petang nih. kebelakangan ni aku runsing dan dilemma memikirkan perjalanan aku selepas diploma ni kemana. yeap, mmg akan ke setingkat tinggi lagi itu pasti. aku perlu dan masih mampu hidup dengan assignment, test dan buku untuk 3 tahun lagi.

kesanggupan = settle
kewangan = settle

yang menjadi permasalahan adalah satu jek. jurusan apa yang aku nk sambung nnt?

semalam ada talk JOM BUAT DEGREE kat kampus. aku pi dan dengar dan menilai. kebanyakkan yang cakap, kalau pilih jurusan nnt pilihlah mengikut minat dan belajar dalam suasana yang enjoy. bukan terpaksa.

CGPA time degree kena meletop u olls.

pilihan yang berlegar legar dalam kepala aku ada DUA jek;
Bachelor Corporate Admin(BCA)
Bachelor Mass Communication(MASCOM)



BCA = 2 tahun (jurusan masih dibawah fakulti diploma aku)
MASCOM = 3 tahun (minat yang tk penah padam. SUMPAH!)


yang mana satu nih pilihan kalbu?



pee/ass : nak mintak abah sebijik skuter ah nnt time degree. mintak oke, bukan loan.


May 12, 2011

bukan semua laki minat sukan bola


kalau pompuan itu pink, maka laki itu bola.

tapi bukan semua lelaki minat bola. dan semestinya semua pompuan minat pink. bluwekkkkkkk! ada ke pompuan tk pena pakai baju pink? HAHA, even time depa baby pun mommy and daddy ampa pena jek bagi pakai baju pink occay! so never say never!!

okee, tamat pasal pompuan dan pink. macam tajuk entry kat atas, bukan semua laki minat sukan bola oke. jadi apa pandangan orang lain terhadap laki yang tk minat bola nih? pelik sangat ke orang orang lelaki yang tak minat bola nih? hehhhh. lepak jek dohhh! bukan benda ajaib dunia pun kalau laki tk minat sukan bola kan. ke ada yang tk setuju dengan aku? cer angkat tangan macam Usop Wilca tengok. hehhhh.


ada beberapa jenis lelaki boleh dibahagikan mengikut kategori perihal dengan bola sepak ni.


1. Tidak pandai bermain bolasepak serta tidak langsung meminati sukan bolasepak.
2. Tidak pandai bermain bolasepak serta sekadar meminati sukan bolasepak.
3. Tidak pandai bermain bolasepak,  tetapi amat amat amat meminati sukan bolasepak, selalunya mereka terdiri dari kalangan peminat/penyokong tegar/fanatik sukan bolasepak.
4. Pandai bermain bolasepak dan boleh bermain dengan bagus serta amat meminati sukan bolasepak.
5. Pandai dan mempunyai kemahiran yang bagus bermain bolasepak tetapi amat tidak meminati sukan bolasepak. erkkkk...


kategori yang nombor 5 tu aku tak pasti ah. mungkin wujud atau mungkin tak. tapi ia tak mustahil kan. HOHO, jadi kalau bagi awek awek kepada lelaki yang tak minat bola nih mcm mana pulak persepsi depa nih en? hmmm, entah ah. aku tk pasti sebab tk penah pun diskus pasal benda nih. tapi kalau daa sayang tu tk kisah ah si balak dia minat ke tak bola sepak kan.

even bagus apa kalau dapat boyfren tk minat bola. nanti kawin boleh tidoq awai kannnnnnn. heeeeeeeeee. ke kalau ada awek yang minat bola, tapi balak dia tk minat bola tu payah jugak kann. HAHA, apa apa pun minat ampa yang penting saling setia oke.

aku pun tak laa minaty sangat bola. kalau mai WORLD CUP atau final mana mana liga baru laa gegeh nak tengok. AHAHHAA! jahil betol aku kan. nak buat macam mana daa tak minat kan. kalau mai tang WORLD CUP otometik pulak minat, siap sarung jersi lagi weyhhhh! heeeeeeeeeee. ni time tengah team harimau muda dok naik ni layan jugak aku. tunggu ah nak rembat jersi kuning+hitam tu nanti. AHAHAHHAAHAA! upsss, aku penah hampir hampir terpilih wakil sekolah main bola oke dulu. posisi GOAL KEEPER lagi kotttt!! okee, tu time sekolah rendah ah darjah 5 cemmtu. hehhhhh. boleh dibanggakan kot! aku bukan kaki bangku. sekian.

kejadah aku dok cakap pasai bola nih. kejadah? kejadah? kejadah? HAHA, saja jek nk bagi tau hari ni dapat satu lagi BE dari Nuffnang. iklan ESPN LR. nak capture print screen tak timbul pulak iklan ESPN tuh. jenuh jari dok refresh refresh daaa. daa aku malas daa nak buat rajin! grrrrrrrrrr !!

HAHA, thanks sekali Nuffnang dan ESPN !
mwahhh! mawahhh! mwahhhhhhhhx!


pee/ass : awek awek kisah ke bf tk minat bola? cer bagi pendapat jap.


May 11, 2011

Taj Mahal India telah ku tawan dikala cuti sem

ohh, well. now everyone can fly. so fly-lah! HAHHAA, wadehell ah kan nk fly ke Terengganu jek pun. hehhh. kali ni entry pasal ganu lagi. yess, aku excited weyhh!

heeeeeee. kalau sebelum ni aku dok verangan berada di Taj Mahal disini. kini aku daa boleh dabik dada megah sebab realitinya aku daa sampai ke Taj Mahal u olls!! heeeeeeeeeee.


cantiknya seni bina Taj Mahal ni kan. seindah cinta Shah Jehan kepada isterinya, Mumtaz. lol. kejadah bina Taj Mahal untuk bini yang daa meninggal kan? kejadah pi bunuh arkitek Taj Mahal konon takut arkitek tu pi bina monumen lagi hebak dari Taj Mahal ni kan? kejadah? kejadah? kejadah?

HAHHAA, saja jek wat ayat kontroversi pulekkkkk aku kan. tk kisah ah nak buktikan cinta agung macam mana sekali pun. tapi jangan menduakan cinta kepada yang SATU tu daa ah en. bercinta biar berpada pada, jangan tandus kecundang di tengah jalan. merana teran taik kang. erkk..

jadi untuk menunjuk kan kelambangan cinta sempena Taj Mahal ini monumen cinta. kat Taj Mahal yang mahal ni aku abadikan cinta aku dengan adik adik aku. hehhhhh. nak tangkap bertiga sekali payah pulak, jadi asing asing laa. baru fair and square. biasa laa adik beradik bergaduh lawan nk letak default picture dalam FB nak gambaq sorang sorang jaaaa. haihhhhhh.



ohh, well. adik adik aku mestilah kacak bergaya cantik menarik macam aku jugak. MIAHAHAHAAA! anak sapa lagi kalau bukan anak Pak Nuar. nak gorhib(maghrib) time ni aku snap pic ni. inilah lambang cinta kami adik beradik. sweetkan di Taj Mahal okehhhh!
;)


pee/ass : dia Issabella. lambang cinta yang laraa . . . 



May 10, 2011

tempat tinggi tu sejuk, tempat rendah panas. tempat tengah tengah ?

salam semua.

hujung minggu yang lepas aku dengan family aku ke Terengganu pi amik adik aku yang belajar kat UNISZA nuh. boleh tahan gelong gak kepala aku naik kereta dari Penang - Kuala Terengganu tu. yelaa, jalan nak ke Terengganu dari utara nih pakai jalan Titiwangsa tu ah kan. pegi pagi memang lawa dan sejuk jek pemandangan kat banjaran Titiwangsa tu. sejuk jek berkabus awan jek. SERIOUSLY, sejuk!


haihhhh. setakat hari ni aku tk penah lagi nk sampai ke Genting Highland. Cameron pun macam tk merasa sangat pegi sebab time parents aku bawak pegi tu umur aku 2 tahun. wadehell kan nak merasa? hehhhhh. lagi pun aku ni jenis tak tahan sojuk. jadi kalau pegi tempat tempat sejuk ni memang senang ah nak dapat penyakit. haihhhhh. tk sampai laa aku ke London cemmni kalau kat Titiwangsa pun tk lepas. lol.

heeeeeeeee. tapi aku teringin ah nak sampai ke Genting. ada apo ah kat sana? ada main main roller coaster ah kan? cehhhh! nampak jahil jek aku ni kan. yelaa, aku tk penah sampai ke sana pun lagi. yang dok tau pun kat sana Anugerah Bintang Popular BH jek yang selalu dok buat event kat Arena of Stars tu kan. tu ah knowledge aku paling typical tentang Genting. hmmmmm... nak kena sampai ke Genting gak ni sebelum aku kawin. erkkk... motif?

hehee, yelaa nnt daa kawin bawak bini senang daa tau selok belok kat sana. mana yang halal, mana yang haram pun daa tau kan. heeeeeeee. *honeymoon Genting jek ke bang?*

Mak, yun nak kawinnnnnnnnnnnnn !  puh-lishhh.



pee/ass : tk sabaq tunggu filem KONGSI. lu langsi, lu matik!


April 28, 2011

exam tammat

*update yang pantas sepantas membaling batu ke laut dengan strike 6 loncatan di permukaan laut!


Yayyyyyyyy !
Yayyyyyyyyyyyyyyyy !!
Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy !!!

exam tammat ; macam tu laa bunyi status Facebook sebaik saja dapat pegang laptop dan sambungan internet. tekanan cengkaman exam daa lepas. aku nyanyi tadi kuatkuat lagu Jaclyn Victor 'Gemilang' lepas jek habis exam keluar dari dewan exam tu. heeeeeee. nyanyi kekuat dalam hati jek yang mampu. LOL.

ohhhhhh mama! im free from exams and notes. HAHAHHAA, selamat tinggal semester 5. dan selamat bercuti semester kepada yang daa abih exam macam aku jugak. ohhhhhh mama! i will be home soon! jumpa lagi next semester. semester terakhir diploma aku. Insyaa-Allah kalau grad on time laa. kepada yang tengah exam lagi atau yang akan mengambil exam nanti selamat bertuah oke!
;)

tibai lagu Kristal 'Seragam Hitam'

 ohh mama! aku dapat jugak pegi karaoke okee. yes, at last. HAHA, jangan nak terancam pulak oke Juan Nasir.


pee/ass :  kat KFC update entry.
pee/ass : esok nak kena submit research proposal untuk proceed next sem.
pee/ass : aku tertekan.
pee/ass : sekain pembacaan anda.
pee/ass : yess, sekain. kenapa ? standart ah typo. bluwekkkkk!

April 26, 2011

aku bersemangat polis bukit kepong


selamat tengah hari. hari ni aku tak ada paper. aku bangun lambat hari ni. bangun sat subuh tadi jek, sebab semalam tengok filem melayu, Bukit Kepong. fuyhhhh, tragis gila peristiwa berdarah 23 Februari 1950 tu. sedih pun ada bila tengok isteri isteri polis pun sanggup bergadai nyawa pertahankan balai polis dari komunis bangsat. SERIOUS, semangat polis dulu kuat dan kental. hebat jugak filem Bukit Kepong tu. kalau laa pengarah/produser filem sekarang boleh buat filem nasionalis sehebat macam Bukit Kepong kan lebih bagus. sedikit sebanyak dapat bagi pelajaran kepada generasi sekarang. lattest filem nasionalis yang dihasilkan 1957 : Hati Malaya kan ? hmmmmm . . .

sekarang anak anak dalam Genarasi Y kebanyakan dah luntur daa semangat nasionalis. HOHO, kejadah apa aku semangat nasionalis dalam bulan April. hoyyy, ingat nk tunggu bulan Ogos jek ka baru nk semangat. yes, and ohhh yes. aku terkesan sebab tengok filem Bukit Kepong ah semalam. lagi lagi bila Jins Shamsudin teriak ;

"Kami orang orang pulis tak kan menyerah diri. Biar kami mati disini. Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami."

phewwww, power ah filem tu! terasa aku bila tengok polis akhirnya gugur tanpa menyerah kalah langsung! isteri isteri polis pun sama jiwa kental bersama berjuang dengan suami depa. okee, aku daa over kan.

AHAHHAHHAHAA! bosan kot semalam tk tahu nk buat apa. internet memang ah laju tapi sebabkan semalam aku banyak sangat update software dan download installer. bajet nk format laptop tapi bila nk format tk boleh pulak sebab CD pirate memang tak lut dalam laptop aku ah. tergendala aku nk blogwalking melawat kawasan semalam. hehhhhh. balik ni kena format pakai CD ori. tapi nk pakai Windows 7. haihhhhhh.

esok last paper! aku akan berjuang sampai ketitisan darah terakhir. yeahhhh, semangat Bukit Kepong daa mengalir dalam jasad aku sekarang.


erkkkkk . . .


pee/ass : Yusof Haslam macam Remy Ishak ah aku tengok dalam filem Bukit Kepong.
pee/ass : habis paper esok aku nak nyanyi kuatkuat 'kini gemilanggggg itu semakin blablablaa . . .'


April 25, 2011

dinding rumah aku cantik macam Taj Mahal

baru tadi tengah hari abes satu lagi paper exam, paper ETR. preparation utk paper ETR hanya kurang dari 24 jam dari previous paper petang semalam. mata sembab. mata panda. mata lobang. mata lebam. mata kucing. mata ayer. semua ada. letih gila mata. kalau pakai contatct lens time time cemmni memang kelaut kelaut kelautttt. erkkk, aku suka SEPAH.

heeeeeeeee. disebabkan masa yang suntuk untuk cover semua chapter dalam ETR, maka aku dan housemate aku sepakat untuk mengembleng tenaga mengerah keringat dan lapar dahaga bersama sama studi ETR. ini jek jalan paling singkat dan effective untuk belajar dalam masa yang sangat sangat terhad. aku tension. rambut aku banyak gugur. muka aku daa macam Kak Limah. jari aku lembik macam kena hempuk hempuk dengan sempoa.


cantik tak mind maping kami buat. macam Taj Mahal ke tak? HAHA, bekalan ilmu ni lagi mahal dari Taj Mahal oke! haaaaa, ini baru sikit jek okee. kalau paper LAW, lagi penuh dinding tu dengan recap cases dari tiap principle. bukan 20-30 oke cases dalam LAW. errrr. mahu terbutang mata kalau studi hapal sorang sorang. HOHO, jadi aku sangat sangat setuju yang studi berkumpulan ini memang sangat sangat effective. lagi lagi kalau dalam keadaan darurat dan terdesak tanpa sebarang persediaan untuk menjawab keesokkan harinya.

bertahan bertahan bertahan. lagi satu paper lagi jek tinggal Eman.


pee/ass : 6hb Mei Mac ke Terengganu amik adik balik cuti semester di UNISZA.


April 24, 2011

susu pekat dari susu kucing ?

dalam seminggu dok exam ni memang buku memang tk lekang dari tangan aku. ni nk update entry blog pun still buku aku tk lekang oke. kejap kejap ade jek benda merah naik dalam buku aku. kejap kejap ada jek bunyi plup-plup dalam buku aku. erkkk.

okeee, tu Facebook. niat hati memang nk deactivate tapi aku tak sanggup. sebab nnt kalau aku deactivated buah hati aku bising dia cakap aku block dia. hehhhh. wadehell? aku deactivate memang laa tk boleh nak cari/view profile aku. cehhhh! manja betol okee dapat buah hati gelabah macam tu. erkkk, aku single oke.
;)

jadi untuk stay up sampai stim bijik mata sampai ke tengah malam, memang Nescafe 3 in 1 ah dadah aku. sehari boleh sampai 5-6 gelas aku bancuh. nak power atau sedap lagik tambah susu pekat manis. pehhhhh, terangkat kain pelikat guwa cakap lu! AHHAHHAAA, tapi tk tambah susu pekat pun daa sedapp daa sebab daa nama pun 3 in 1 kan. jadi daa siap bancuh serbuk Nescafe, Coffeemate dan gula kottttt. en? ntah aku tk sure ah apa lagi satu tu. hehhhh.

tadi tengah dok lepak dalam Facebook sembang dengan gangbang ganggang blogger KBU (Kami Blogger Utagha), terdetik satu persoalan dalam benak fikiran aku. meronta ronta aku fikir tentang susu lembu. aku pikir pasal asal usul susu pekat manis. adakah ia dari perahan susu lembu? lembu jenis mana yang keluarkan susu yang pekat dan manis sedemikian rasa? pehhhhh, kalau ada lembu yang susu dia manis pekat tu kannnn. AHAHHAHHAAAHAHAA! aku hanya mampu gelak, tk sanggup nk sambung ayat seterusnya, SERIOUS JANGAN SURUH AKU SAMBUNG.

okee, kat sini aku nk bagi tau yang susu pekat boleh dibuat sendiri. yeahhhh!! ini bukan bohong, ini bukan cerita hantu. ini realiti mistik!! AHAHHAHAA! susu pekat homemade. aku jumpa tadi time Google asal usul usul buatan susu pekat manis. jadi aku terjumpa ini dari sini ;

Resepinya:

Bahan
500ml susu segar
100ml gula
(* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

Cara-cara :

1) Mula-mula masukkan susu segar dan gula ke dalam periuk.

2)Panaskan dengan api yang sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal.
3)Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
4)Kena berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan sesekali guna api yg besar.

jadi kat sini aku tegaskan yang susu pekat manis bukan berasal dari susu mak kucing. BUKAN. heeeeeeeeeeeee. jom bancuh nescafe. mai secawan.


pee/ass : minum milo anda jadi sihat dan kuat!
pee/ass : penah nampak penyanyi Atilia berseluar pendek kat Penang. peha gebu mak oiii.

April 23, 2011

ohh mama, saya mahu kahwin.

rasa macam tanak belajar jek, rasa nak kawin jek nih. heeeeeeeee. tapi calon tkda sebab saya SINGLE. heeeeeeeeeeeeeee.
;)

okee, aku tension. dalam keadaan otak tengah tepu dengan segala akta-akta, seksyen-seksyen dan ordinant-ordinant paper LAW dan Industrial Relations, aku still kena kuat untuk next paper esok. otak nak jammed keh nak hanged keh puhh-lishhhhhhh laa lepas dari aku exam plis. kalau orang cakap daa nama pun students standart ah studi dan exam kan. yes, and ohhh yes. aku memang nak merungut pasal pelajaran, bluwekk!

suka hati ah aku nak merungut pun. kalau tk suka atau rimas sila cari pintu suka hati dan keluar. hehhhh. HUHU, bukan apa. untuk semester ni memang tahap survival aku memang tercabar cabar dengan jadual exam jarak gap antara paper memang tertekan. 5 paper semua sumbat dalam satu minggu. naiya laa pointer aku semester ni. tak penah penah final exam semua paper sumbat dalam seminggu macam ni. haihhhhh.

sabar sabar ah eman. lagi 3 paper jek lagik. haihhhh. tu laa sapa suroh tk cover awai awai. hehhhhh. tu laa sapa suroh selalu balik Penang. hehhhhh. blame it all on me. amek, padan muka aku!

makkkkkkkkkkkk....... ~ ~ ~
abahhhhhhhhhhh....... ~ ~ ~

cheq makan megi tetiap hari. tetiap hari tidoq 3-4 jam jek sehari. diri pun daa tk terurus daa ni macam Kasyah dalam Lagenda Budak Setan daa gaya. jambang berbulu, sideburn rambut bersepah, bulu bulu lain tayah cakap ah. memang trim elok jek okeh. erkkkk.

=.="



gambar ni time roadshow presentation ETR business proposal. phewwwwwww, ni pun minggu lepas settle ni. thanks kepada semua member member group ETR aku! memang terbaik ah WOODSTOCK Jamming Studio kita. rasa relief gila lepas jek settle roadshow ETR ni. SUMPAH SERIOUSLY! tak sabar nak rasa macam tu lagik hari khamis nih.
;D


pee/ass : rasa nak dukung dukung baby ah sekarang.


April 22, 2011

awek KFC panggil aku abang ? wadehell ?

ini kes plat nombor giliran KFC daa kena curik ah ni. cisss!

cer tengok. cer tengok memo yang kena tempek tempel tempel sebelah pinggan Snack Plate itewwww. yes, and ohhhh yes! dia panggil aku abang.


" ABG pakai baju kelabu. baju dia tulis 'CHANGE' "


wadehell ? HAHA, bukan aku nak marah dia panggil aku abang oke. tak pun. ehh ehhh, selama ni ada ke yang akan melenting macam keling kalau orang panggil dia abang? yes, and ohhh yes. memang ada oke. PERCAYA-lahhhhhh~ *tarik forseto macam siti*

tapi aku rilex rilex jek laa orang nk panggil aku abang ke akak ke atok ke baby ke kannnnnnnnn. upsssss!! heeeee, TAPI TAPI bukan ke sweet panggil orang yang tua dari kita, kita gelarkan dia dengan Abang @ Kakak.

bukan apa, sebagai tanda hormat jek. yela, melayu kan terkenal dengan adab sopan santun. jadi elok laa pertahankan kannn. dan kalau kita nak mintak tolong dari depa yang lagi tua dari kita ni bukan ke lagi manis panggil depa macam tu. heeeeeee. yes, and ohhh yes. aku sebenarnya geli ketiak nak panggil lelaki lelaki yang tua dari aku abang. tapi kalau jarak usia lebih dari 5 tahun dan ke-atas takpo kotttt. kotttt. SEKALI LAGI, kottttttttttttt. hehhhh.

yes, and ohhh yes. awek awekkss puh-lishhhh laa panggil aku abang. HAHHAA, okee, ini gedik. tadi Onie Oh-nana panggil aku abe. buleh puleksss panggil aku abe abe. perasan mek kelate pulop daa dior nih. hehhhh. TAPI tkpo nasib baik aku suka. MUAHAHHAHAAA!!

kalau ampa orang panggil ampa abang/akak marah dak? aku rilex jaaa.


pee/ass : geli couple yang panggilan sesama sendiri "papa-mama" *muntah tutup hidung*


April 17, 2011

Lembah Bujang tempat jin bertandang ? ke bertendang ?

minggu lepas buat pertama kalinya baru aku dapat jejak ke Muzium Lembah Bujang. daa hampir 3 tahun menetap kat Merbok, Lembah Bujang, baru minggu lepas tergerak hati nak ke Muzium Lembah Bujang itu. HOHO, masuk free weyy! tak payah bayar sesen pun cuma kena tulis nama jek kat buku log kat pintu masuk muzium tu.

dalam muzium tu macam biasa-lah seperti muzium muzium kat dunia nih, tapi tk laa exciting macam Madaam Trusade Wax Museum okehh. kat muzium tu banyak tayang artifak artifak lama, contoh tapak candi, batu ukiran lama dan macam macam ah. yelaa, Lembah Bujang ni kan tapak time zaman zaman Paleolitik, Neolitik, Mesolitik dan Logam semua tu kannn. hehhhh, tapi aku tak sure pulak tapak Lembah Bujang ni dari zaman mana. ampa pi bukak buku sejarah tingkatan 4 tengok sat. heeeeee.


kat Muzium Lembah Bujang ini ada 2 bahagian. satu bangunan pameran artifak artifak tinggalan yang dari kurun keberapa ratus-ribu-tahun-lampau dan satu lagi kat luar dari kawasan bangunan muzium, kat belakang muzium tu terletak 4 tapak candi. perghhhh, boleh tahan lawa candi kat sini. tapi tak la SELAWA candi Boruboddur kat Jawa atau pun SELAWA Angkor Watt. pehhhhhhhhhhh!! Angkor Watt memang aku target nak pi dalam masa kurang dari 2 tahun lagi. SERIOUSLY! tak percaya tengok wishlist aku kat sebelah nuhhh  ------------------------------------------------------------->


HOHO, sehari sepetang di Lembah Bujang mmg best. kalau bawak anak beranak sekali harung bawak tikaq nk berkelah memang terbaik dari ladang ah. sebabnya kat belakang tapat tapak candi tu ada air terjun super duper cantik! kepada bebudak UiTM Merbok yang tk jejak kaki ke Muzium Lembah Bujang singgah laa selagi ampa dok dekat sini sini. kalau tak, dok taw dari buku teks sejarah tingkat empat jaa buat apa. LOL.

pesaipa tataw rata rata orang dok kata sana ada hantu. aku pi relax jaa siang siang takda hantu ponnnnnnnnnn?! hehhhhh.


April 14, 2011

happy birthday to me ;)

Alhamdullilah. sempat gak cecuri masa nak update entry nih. ohoyyyyyy orang kampong dengar sini aku ada pengumuman penting!! heeeeeeeeeeeee. *senyum gedik kejap*
;DD

hari Alhamdullilah aku daa menginjak ke usia 21 tahun. Alhamdullilah hidup sihat lagi pada tahun ke-21 ni. pagi tadi dapat SMS dari Mak.
:')

tengoklah kek aku ini ditaja khas oke dari


erkkk, kenapa 31 tahun pulak?!
aku baru masuk 21 lahhhhhh!!!
grrr!!

sabar sabar sabar sabarrrrrr. sebenarnya ada suprise lagi hari ni okee. heeeeeeeee. stay tuned sayangggs!!
;)

banyak benda bess jadi hari ni. selain dari dapat free call dan dapat prank call orang ramai. AHAHAHHAHAA!
;DD

happy birthday to me~
happy birthday to me~


pee/ass : malam ni ada test RESEARCH! @_@


April 11, 2011

minggu ni saya boleh gantung diri

disebabkan semester ini sangat sangat cepat dan singkat gila cuti semester nanti. jadi segala benda nak dipercepatkan. malangnya nasib aku. semua ni sebabkan nk selarikan untuk semua universiti nak diselaraskan jadual cuti.

minggu ni bukan setakat minggu last untuk semster ni sebelum ke final exam. minggu ni laa jugak semua test nk berkumpul nak buat, semua quiz nak dibuat. pastu ada pulak event Sayembara Puisi 100 Jam. hehhhhh.

okee, yang ni menarik tapi kenapa perlu nak buat minggu minggu terakhir ni? haihhhh. umm, Sayembara Puisi 100 Jam ni dijalankan oleh fakulti aku. HAHAHAA! nak pecah rekod Malaysia oww. kalau sebelum ni cubaan dari USM GAGAL! kini turn UiTM Merbok pulak nak jalankan deklamasi sajak puisi TANPA HENTI SELAMA 100 JAM! mampu?

AHAHHAAA, semalam aku daa deklamasi 5 puisi. semua pelajar fakulti aku terlibat dan dikerah untuk berpuisi selama 100 jam secara bergilir gilir. hehhhh. semalam turn kelas aku dapat slot pukul 2 pagi sampai pukul 5 pagi. berpuisi bukan main lagi suara terjerit jerit. HAHAA, tapi ada gak yang berpuisi tapi bunyi macam pantun. SERIOUSLY, aku gelak mengekek ngekek dengaq. MUAHAHAHHAHAAA!

khamis ini Insyaa-Allah selesai laa 100 Jam tu. dan pihak Malaysia Book of Record pun akan umumkan sama ada UiTM Merbok wakil daripada Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Polisi layak ke tidak. bukan nk mengejar nama, tapi apa salahnya menjadi kenangan seumur hidup. haihhhhhhh. bersusah senang bersama classmate pagi semalam. nice one!
;)

pee/ass : akan jarang online sebab BUSY. haihhhhh.


April 10, 2011

uitm2u.my FACEBOOK untuk budak UiTM

socializing student network.

tadi terkujat aku bila housemate aku suruh bukak www.uitm2.my tetiba. dia cakap page tu ala ala facebook dan hanya untuk bebudak UiTM jek yang join. page tu jugak baru lagi sangat sangat dibangunkan. jadi memang tk ramai orang lagik.

housemate aku semua daa join daa page tu. memang kira dasyat gak ah application dalam uitm2u.my tuh. boleh dikatakan SEBIJIK MACAM FACEBOOK! jadi disebabkan aku baru lagik join. memang friends tk ramai lagik. hehhhhh.


HAHA, dalam uitm2u.my ni boleh add friend pastu ada pulak application untuk chatting online sesama friend yang tengah online jugak. alaaa, macam IM FB tu laaa. yang tk boleh belah tu kan, boleh pulak ada iklan NUFFNANG dalam uitm2u.my kann. kemana perginya duit tu en? cisssss!!
AHHAHHAHHAHAA! *dengki kesumat*
=p

tetawu jek UiTM ni yang students dia ramai yang habiskan dengan membaca mukabuku ni. HAHAA, ni macam menggalakkan jek pulak kannn. HAHHAAA, teknologi yang diperkenalkan tak kan nak dihentikan kann. jadi layannnnnnnnnnnnn.
;)


pee/ass : kalau FACEBOOK orang singkatkan ke FB, uitm2u pulak singkatkan ke U2U bole?


April 07, 2011

BUKU CONTENG² | buku indie style !

Ohh, aku antara yang terpilih yang dapat memiliki buku yang terhad edisi kedua nih. phewwwww . . .

sesampai jek rumah dari makan tengah hari lepas kelas tadi, daa ternampak bungkusan dari Pos Ekspres. heeeeeee. dalam hati daa agak daa BUKU CONTENG² daa sampai weyyy!! HAHAA, Fadhli cakap dia pos hari isnin lepas. so aku bajet dalam selasa atau rabu daa sampai laa buku tu. dok tunggu laa tetiap hari tunggu posmen datang hantar bungkusan untuk aku. tapi alih alih bungkusan tu daa tercampak kat bawah moto pulak hari nih. cehhh, bedebah punya posmen. mesti dia main pakai lempar jek macam lempar frisbee buku aku tu. hehhh.


BUKU CONTENG² ni aku order online direct terus dengan Bro Fadhli. dalam hujung bulan Mac lepas. lepas bank in duit semua, jadi tunggu membilang kalendar jek laa bila laa nak dapat baca buku tu kan. buku tu sangat sangat menarik sebab diconteng SENDIRI secara kreatif! dari idea, sketching, printing, banking, posting semua dilakukan oleh si pelukis tu sendiri, Fadhli. dasyat tak?

ampa penah tgk KAMI THE SERIES tak? ingat lagi tk Liyana Jasmay buat buku sendiri dan jual sendiri? haaaa, lebih kurang gak laa dengan BUKU CONTENG² nih cuma yang ni komik bergambar dan berplot cerita mengenai kisah kisah si penulis. buku ni banyak features dengan sticky sticky notes, itulah medium utama si penulis ni dalam menconteng contengannya. buku ni adalah Second Edition lepas First Edition daa lama SOLD OUT. hehhhh. aku tak berpeluang untuk dapatkan First Edition tu sebab lambat tahu pasal kewujudan BUKU CONTENG² ni. SERIOUSLY, menarik dan lawa! UWARGHHHHH!!! percaya-lah cakap aku sebab ;

Inchik Eman bukan pembohong.
;)

Antara sticky notes yang di stick.

Sangat colorful buku BUKU CONTENG² ni. worth it!


BERMINAT TAK  ?
masih ada stock lagi kot tak silap aku. HAHA, sila-lah ke sensawang pemilik oke.


pee/ass : sangat sangat excited sebab ni first time beli sesuatu diatas talian (online) ! uwarghhhh!!


April 06, 2011

Usop Wilca live screening !!

"happy birthday to me. happy birthday to meeeeeeeee~"


heeeeeeeeeeeeeeee. saja jek nak tayang desktop aku yang berwajah baru dan segar malar hijau lagik u olls! HAHAA, semalam ternampak desktop housemate aku Isma pakai wallpaper nih. jd aku pun google search image Usop Wilca ni jugak nak tiru jugak. sebab lawa pulak kan bila wat desktop backgound. hehhhh.

penangan betol filem Hantu Kak Limah nih. SERIOUSLY, setiap hari ada jek ayat dari filem ni aku pakai untuk berkomunikasi. HAHAA, sampaikan lecturer dan Naib Canselor UiTM pun pakai jugakk okeeehh!
MUAHAHAHAHAAA!

ohh, semalam aku baru terbaca satu info. Usop Wilca nih atau nama penuhnya Syed Mohamad Asri nih memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Koprat disebuah syarikat gas dan minyak.
WUU-YOHHHHH! bayangkan laa watak Usop tangan patah tu, pastu keja real life dia pulak. langit dan bumi! haaaaa, itu lerr pentingnye English Edukasyennn.


pee/ass : tgh membilang hari sebelum nginjak ke umur 21.


April 02, 2011

banyak benda pelik kita daa buat

entry ni hanya untuk seseorang sahaja. awak sorang jek dalam dunia ni yang boleh baca.
=)



*kalau tak dapat sila tinggalkan pesan di Email Inchik Eman.


April 01, 2011

fidelity


Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are?


March 29, 2011

Hepi Bufday Muhammad Fithrie Ozair

HEPI BUFDAY FITHRIE !


dalam banyak banyak BFFANE aku, dia ni lah yang paling tua sebab dia yang terberanak dulu. tapi dialah yang paling paling paling sensitif hati kaca hati kapas gila! gila gila punya laa sensitif emo emo. grrr!!

macam nak penampaq sedas jaa kalau tengok dia nih emo. HAHAA, tapi sabaq jek laa sebab kawan susah dan senang, sama sama seronok, sama sama sedih, sama sama berlapar, sama sama pinjam duit, sama sama macam macam lahh!

aku teringat lagi peristiwa dalam tahun ni weyhh. time tu kita kat KL dan tengah nak sabotaj Ikhwan dari jangan mai KL. OMG, kejadian jalan jalan sama sama dengan Syafiq lebih kurang 2km tu sangat tragis okee dengan hujannyaaa. so sweet. dan masa sama Betty tak jugak ketinggalan kita roger roger sebab nak sepakat sabotaj Ikhwan.

tu first time kita berlima ada kat KL serentak, datang dari pelbagai cerok bumi Malaysia.
:')

sekarang hang daa ada lesen skuba en. gila-lahhh! merata pulau hang daa pi selam selam kat Malaysia. jeles! tapi hang tk sampai belah belah Borneo lagik kann. jadi aku tak jeles sangat pun. AHAHHAA!

pagi tadi hang text aku, time tu aku tak dak kredit weyhhh. sori en. bukan aku tak ingat, memang ingat pun dah sebab pagi pukul 1 lebih aku daa di notified oleh FB.

ALLAH panjangkan umur hang.
hepi hepi dengan awek tersayang okehh.
;)