Pages

Showing posts with label ketuk-ketuk. Show all posts
Showing posts with label ketuk-ketuk. Show all posts

April 24, 2011

susu pekat dari susu kucing ?

dalam seminggu dok exam ni memang buku memang tk lekang dari tangan aku. ni nk update entry blog pun still buku aku tk lekang oke. kejap kejap ade jek benda merah naik dalam buku aku. kejap kejap ada jek bunyi plup-plup dalam buku aku. erkkk.

okeee, tu Facebook. niat hati memang nk deactivate tapi aku tak sanggup. sebab nnt kalau aku deactivated buah hati aku bising dia cakap aku block dia. hehhhh. wadehell? aku deactivate memang laa tk boleh nak cari/view profile aku. cehhhh! manja betol okee dapat buah hati gelabah macam tu. erkkk, aku single oke.
;)

jadi untuk stay up sampai stim bijik mata sampai ke tengah malam, memang Nescafe 3 in 1 ah dadah aku. sehari boleh sampai 5-6 gelas aku bancuh. nak power atau sedap lagik tambah susu pekat manis. pehhhhh, terangkat kain pelikat guwa cakap lu! AHHAHHAAA, tapi tk tambah susu pekat pun daa sedapp daa sebab daa nama pun 3 in 1 kan. jadi daa siap bancuh serbuk Nescafe, Coffeemate dan gula kottttt. en? ntah aku tk sure ah apa lagi satu tu. hehhhh.

tadi tengah dok lepak dalam Facebook sembang dengan gangbang ganggang blogger KBU (Kami Blogger Utagha), terdetik satu persoalan dalam benak fikiran aku. meronta ronta aku fikir tentang susu lembu. aku pikir pasal asal usul susu pekat manis. adakah ia dari perahan susu lembu? lembu jenis mana yang keluarkan susu yang pekat dan manis sedemikian rasa? pehhhhh, kalau ada lembu yang susu dia manis pekat tu kannnn. AHAHHAHHAAAHAHAA! aku hanya mampu gelak, tk sanggup nk sambung ayat seterusnya, SERIOUS JANGAN SURUH AKU SAMBUNG.

okee, kat sini aku nk bagi tau yang susu pekat boleh dibuat sendiri. yeahhhh!! ini bukan bohong, ini bukan cerita hantu. ini realiti mistik!! AHAHHAHAA! susu pekat homemade. aku jumpa tadi time Google asal usul usul buatan susu pekat manis. jadi aku terjumpa ini dari sini ;

Resepinya:

Bahan
500ml susu segar
100ml gula
(* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

Cara-cara :

1) Mula-mula masukkan susu segar dan gula ke dalam periuk.

2)Panaskan dengan api yang sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal.
3)Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
4)Kena berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan sesekali guna api yg besar.

jadi kat sini aku tegaskan yang susu pekat manis bukan berasal dari susu mak kucing. BUKAN. heeeeeeeeeeeee. jom bancuh nescafe. mai secawan.


pee/ass : minum milo anda jadi sihat dan kuat!
pee/ass : penah nampak penyanyi Atilia berseluar pendek kat Penang. peha gebu mak oiii.

November 25, 2010

ketuk-ketuk : Kek Choc Moist

Atas permintaan yang ramai disini maka amik laa resepi ni. weeee~!

Bahan-bahan untuk kek
1 cawan gula
4 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1 cawan butter (dicairkan)
1 1/2 cawan tepung kek

Bahan bahan untuk moist
1 cawan butter cair
3 sudu minyak
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan choc bar
1 sudu besar crisco shortening (tk de pun tk apa)

* untuk moist ni masak pakai sistem double boiling yee. macam ni haaa. tp tk payah laa letak dalam packet macam tu. terus jek dalam periuk kecik tu. sistem ni untuk elak choc korang hangussss. heeee.

gambar ehsan Google

Cara - Cara untuk kek
1. pukul/mesin gula, butter dan telur sampai kembang kuncup.
2. pastu masukan susu pekat.
3. masukan tepung, koko dan milo sikit sikit (ayak dulu tepung)
4. pukul sampai puas hati. tamau nampak bijik bijik en. milo ni susah sikit nk pecah laaa. hehhhh. penat mesin.
5. daa siap kembang kuncup doh kek tu biar rehat dulu 30 minit ke.
6. pastu bakar dalam oven yang betul betul panas selama 40 minit dalam kepanasan 180 degrees.
7. lepas bakar tu. bagi sejuk sikit kek tu nak ke suhu bilik.
8. tuangkan moist yang tengah suam suam ke atas kek.
9. tunggu lagi kejap. sabarrrrr.
10. nak sedap lagi letak dalam peti sejuk dalam 15 minit.
11. dan hidang!

Cara untuk moist
masukkan kesemua tu dan boiling sampai pekat.

*dicadangkan buat kek dulu. time bakar kek tu baru laa buat moist enn.


sangat payah dan susah buat kek moist. banyak lagi pantang larang tapi aku main randokk jek shortcut shortcut. SELAMAT MENCUBA!


November 12, 2010

ketuk-ketuk : Kek Batik


tadi malam aku try buat kek batik biskut marie ni. HAHA, tetiba aku bosann tk taw nak watpe selain online jek. jadi aku pegi cari resepi kek batik online. tk ingat laa website tu. tapi aku modified sikit resepi tu. bawah ni resepi acuan semalam aku buat. kek batik aku buat semalam nipis lol. korang tambah laa apa yang patut kalau nk lagi tebal okehhh.

Bahan-bahan
30 keping biskut Marie
1/3 butter 250 gram
2 biji telur
1 cawan Milo
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar gula halus
1 sudu besar susu pekat
1 cawan air masak

Cara-cara
1. campur milo, gula, koko, susu, telur dan air pastu kacau sampai pekat. (jangan bagi ketul ketul en)

2. panaskan pot, pastu masuk semua adunan tadi dalam pot yang panas. kacau kacau sampai didih.

3. masukan butter. (tambah air sikit kalau pekat sgt)

4. pepandai laa main api, jangan kuat sgt weyhhh. daa elok semua, tutup api.

5. pastu patah-patah kan biskut Marie kedalam bekas/loyang.

6. lepas tu tuang adunan kedalam bekas/loyang.

7. tekan tekan bagi semua biskut Marie tu bersalut habis.

8. masuk dalam peti ais semalaman!

rupa lepas keluar peti ais
SEDAYPPPP !!

October 25, 2010

Ketuk-ketuk : TELUR POPCORN

td lepas jek test OM (Office Management) terus aku jerit jerit AKU REPEAT! hehhh. blablablablablablablaaa.
kalau aku repeat mmg guiness record ahh. hancur musnah rekod bersih aku selama ni. grrr! daa malas nk ckp.

balik balik sampai rumaa terus basuh beras, tanak nasik. heeee. lapar-lah! haaaa. menu? hiksss, daa dekat 3 ari aku makan menu wajib ni. jd mari dengar cerita teruna bujang ni nk share resipi ketuk ketuk di dapur Merbok! AHAHAHAAA!

disebabkan kesempitan hidup dan keenakan resipi turun temurun ni jd aku daa bersedia nak berkongsi dengan orang ramai pasal resepi ringkas aku ni. aku namakan TELUR POPCORN! jum tgk mcm mn nk buat resepi bujang ni TELUR POPCORN ni. heeeeeeee.
.
.
.
.
.
.


mula mula basuh telur okehh. sunat taw basuh telur ni nak cuci cuci dari kuman daki dan antiseptik. erkkk. hehh, pakai sabun pinggan mangkuk sajokk cuci pun bolehh.

pastu panaskan minyak bagi atas suhu bilik yee. contoh kalau suhu bilik 10 darjah celsius kita panaskan minyak tu 100 darjah celcius. tayah pakai byk sgt tenaga solar pun buat telur ni kan.

pas daa komfiden minyak daa atas suhu bilik, maka pecahkan laa telur tu dalam kuali. pastu cepat cepat campak secubit garam dalam telur tu. secubit jek taw. nak bg ada lemak lemak masin baru sedap. kalau tk payau hanyir jek telur tu.


pastu ketuk ketuk ketuk kuali kuali sampai telur tu joget joget lambak dalam kuali. tp aku nak telur ni menari pop-dance. kalau tk, lari laa tajuk resepi aku. hehhh.


ketuk ketuk sambil lepas geram ye. ketuk jek telur sambil nyanyi nyanyi lagu pop hits. lagu raja pop pun oke gak.


haaaa. ni laa TELUR POPCORN! cantik kan kuning dy tu. mabeless! heeee. ;DD



boleh dihidang daa bersama nasik dan jugak ayam drumnet. jom lunch! =P



SELAMAT MENCUBA !