Pages

Showing posts with label randomly awesome. Show all posts
Showing posts with label randomly awesome. Show all posts

July 11, 2011

kalau-lah aku ni POPEYE

kalau semua orang boleh jadi kuat dengan cepat macam Popeye kan best. lepas telan jek setin bayam daa boleh timbul muscle ketat ketat kat lengan. pastu boleh-lah nak lawan orang jahat. lawan orang jahat yang suka kacau awek aku. boleh jaga dan lindungi dia dari orang gemuk dan boroi. best kan jadi kuat dengan sekelip kelip? heeeeeeeee.

kejadah laa kan? manusia ni insan biasa jek. kudrat pun ala kadar macam telur dadar jek pun. sekadar mana yang mampu jek bertahan. apa kan daya lagi lagi nak jaga hati perempuan yang macam kapas. haihhhhh. mengeluh panjang aku.

kalau lah aku kuat dan dekat dengan orang tu, mesti aku akan jaga dan lindungi dia. kalau laa aku boleh jadi macam Popeye The Sailorman mesti dia tak kan dalam keadaan susah dan senang tersentuh. awak, sabarlah. sebagai kawan rapat, saya memang setia dan sedia mendengar semua masalah awak. hmmm...

sabarlah.

sabarlah oke?

saya kan ada ni ;



pee/ass : minum MILO anda jadi sihat dan kuat !
pee/ass : cuti mid-sem daa dekat. nak tengok HP7! nk jugak tgk Kilauan Emas Astro!
;D


May 11, 2011

Taj Mahal India telah ku tawan dikala cuti sem

ohh, well. now everyone can fly. so fly-lah! HAHHAA, wadehell ah kan nk fly ke Terengganu jek pun. hehhh. kali ni entry pasal ganu lagi. yess, aku excited weyhh!

heeeeeee. kalau sebelum ni aku dok verangan berada di Taj Mahal disini. kini aku daa boleh dabik dada megah sebab realitinya aku daa sampai ke Taj Mahal u olls!! heeeeeeeeeee.


cantiknya seni bina Taj Mahal ni kan. seindah cinta Shah Jehan kepada isterinya, Mumtaz. lol. kejadah bina Taj Mahal untuk bini yang daa meninggal kan? kejadah pi bunuh arkitek Taj Mahal konon takut arkitek tu pi bina monumen lagi hebak dari Taj Mahal ni kan? kejadah? kejadah? kejadah?

HAHHAA, saja jek wat ayat kontroversi pulekkkkk aku kan. tk kisah ah nak buktikan cinta agung macam mana sekali pun. tapi jangan menduakan cinta kepada yang SATU tu daa ah en. bercinta biar berpada pada, jangan tandus kecundang di tengah jalan. merana teran taik kang. erkk..

jadi untuk menunjuk kan kelambangan cinta sempena Taj Mahal ini monumen cinta. kat Taj Mahal yang mahal ni aku abadikan cinta aku dengan adik adik aku. hehhhhh. nak tangkap bertiga sekali payah pulak, jadi asing asing laa. baru fair and square. biasa laa adik beradik bergaduh lawan nk letak default picture dalam FB nak gambaq sorang sorang jaaaa. haihhhhhh.



ohh, well. adik adik aku mestilah kacak bergaya cantik menarik macam aku jugak. MIAHAHAHAAA! anak sapa lagi kalau bukan anak Pak Nuar. nak gorhib(maghrib) time ni aku snap pic ni. inilah lambang cinta kami adik beradik. sweetkan di Taj Mahal okehhhh!
;)


pee/ass : dia Issabella. lambang cinta yang laraa . . . 



May 10, 2011

tempat tinggi tu sejuk, tempat rendah panas. tempat tengah tengah ?

salam semua.

hujung minggu yang lepas aku dengan family aku ke Terengganu pi amik adik aku yang belajar kat UNISZA nuh. boleh tahan gelong gak kepala aku naik kereta dari Penang - Kuala Terengganu tu. yelaa, jalan nak ke Terengganu dari utara nih pakai jalan Titiwangsa tu ah kan. pegi pagi memang lawa dan sejuk jek pemandangan kat banjaran Titiwangsa tu. sejuk jek berkabus awan jek. SERIOUSLY, sejuk!


haihhhh. setakat hari ni aku tk penah lagi nk sampai ke Genting Highland. Cameron pun macam tk merasa sangat pegi sebab time parents aku bawak pegi tu umur aku 2 tahun. wadehell kan nak merasa? hehhhhh. lagi pun aku ni jenis tak tahan sojuk. jadi kalau pegi tempat tempat sejuk ni memang senang ah nak dapat penyakit. haihhhhh. tk sampai laa aku ke London cemmni kalau kat Titiwangsa pun tk lepas. lol.

heeeeeeeee. tapi aku teringin ah nak sampai ke Genting. ada apo ah kat sana? ada main main roller coaster ah kan? cehhhh! nampak jahil jek aku ni kan. yelaa, aku tk penah sampai ke sana pun lagi. yang dok tau pun kat sana Anugerah Bintang Popular BH jek yang selalu dok buat event kat Arena of Stars tu kan. tu ah knowledge aku paling typical tentang Genting. hmmmmm... nak kena sampai ke Genting gak ni sebelum aku kawin. erkkk... motif?

hehee, yelaa nnt daa kawin bawak bini senang daa tau selok belok kat sana. mana yang halal, mana yang haram pun daa tau kan. heeeeeeee. *honeymoon Genting jek ke bang?*

Mak, yun nak kawinnnnnnnnnnnnn !  puh-lishhh.



pee/ass : tk sabaq tunggu filem KONGSI. lu langsi, lu matik!


April 24, 2011

susu pekat dari susu kucing ?

dalam seminggu dok exam ni memang buku memang tk lekang dari tangan aku. ni nk update entry blog pun still buku aku tk lekang oke. kejap kejap ade jek benda merah naik dalam buku aku. kejap kejap ada jek bunyi plup-plup dalam buku aku. erkkk.

okeee, tu Facebook. niat hati memang nk deactivate tapi aku tak sanggup. sebab nnt kalau aku deactivated buah hati aku bising dia cakap aku block dia. hehhhh. wadehell? aku deactivate memang laa tk boleh nak cari/view profile aku. cehhhh! manja betol okee dapat buah hati gelabah macam tu. erkkk, aku single oke.
;)

jadi untuk stay up sampai stim bijik mata sampai ke tengah malam, memang Nescafe 3 in 1 ah dadah aku. sehari boleh sampai 5-6 gelas aku bancuh. nak power atau sedap lagik tambah susu pekat manis. pehhhhh, terangkat kain pelikat guwa cakap lu! AHHAHHAAA, tapi tk tambah susu pekat pun daa sedapp daa sebab daa nama pun 3 in 1 kan. jadi daa siap bancuh serbuk Nescafe, Coffeemate dan gula kottttt. en? ntah aku tk sure ah apa lagi satu tu. hehhhh.

tadi tengah dok lepak dalam Facebook sembang dengan gangbang ganggang blogger KBU (Kami Blogger Utagha), terdetik satu persoalan dalam benak fikiran aku. meronta ronta aku fikir tentang susu lembu. aku pikir pasal asal usul susu pekat manis. adakah ia dari perahan susu lembu? lembu jenis mana yang keluarkan susu yang pekat dan manis sedemikian rasa? pehhhhh, kalau ada lembu yang susu dia manis pekat tu kannnn. AHAHHAHHAAAHAHAA! aku hanya mampu gelak, tk sanggup nk sambung ayat seterusnya, SERIOUS JANGAN SURUH AKU SAMBUNG.

okee, kat sini aku nk bagi tau yang susu pekat boleh dibuat sendiri. yeahhhh!! ini bukan bohong, ini bukan cerita hantu. ini realiti mistik!! AHAHHAHAA! susu pekat homemade. aku jumpa tadi time Google asal usul usul buatan susu pekat manis. jadi aku terjumpa ini dari sini ;

Resepinya:

Bahan
500ml susu segar
100ml gula
(* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

Cara-cara :

1) Mula-mula masukkan susu segar dan gula ke dalam periuk.

2)Panaskan dengan api yang sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal.
3)Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
4)Kena berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan sesekali guna api yg besar.

jadi kat sini aku tegaskan yang susu pekat manis bukan berasal dari susu mak kucing. BUKAN. heeeeeeeeeeeee. jom bancuh nescafe. mai secawan.


pee/ass : minum milo anda jadi sihat dan kuat!
pee/ass : penah nampak penyanyi Atilia berseluar pendek kat Penang. peha gebu mak oiii.

April 22, 2011

awek KFC panggil aku abang ? wadehell ?

ini kes plat nombor giliran KFC daa kena curik ah ni. cisss!

cer tengok. cer tengok memo yang kena tempek tempel tempel sebelah pinggan Snack Plate itewwww. yes, and ohhhh yes! dia panggil aku abang.


" ABG pakai baju kelabu. baju dia tulis 'CHANGE' "


wadehell ? HAHA, bukan aku nak marah dia panggil aku abang oke. tak pun. ehh ehhh, selama ni ada ke yang akan melenting macam keling kalau orang panggil dia abang? yes, and ohhh yes. memang ada oke. PERCAYA-lahhhhhh~ *tarik forseto macam siti*

tapi aku rilex rilex jek laa orang nk panggil aku abang ke akak ke atok ke baby ke kannnnnnnnn. upsssss!! heeeee, TAPI TAPI bukan ke sweet panggil orang yang tua dari kita, kita gelarkan dia dengan Abang @ Kakak.

bukan apa, sebagai tanda hormat jek. yela, melayu kan terkenal dengan adab sopan santun. jadi elok laa pertahankan kannn. dan kalau kita nak mintak tolong dari depa yang lagi tua dari kita ni bukan ke lagi manis panggil depa macam tu. heeeeeee. yes, and ohhh yes. aku sebenarnya geli ketiak nak panggil lelaki lelaki yang tua dari aku abang. tapi kalau jarak usia lebih dari 5 tahun dan ke-atas takpo kotttt. kotttt. SEKALI LAGI, kottttttttttttt. hehhhh.

yes, and ohhh yes. awek awekkss puh-lishhhh laa panggil aku abang. HAHHAA, okee, ini gedik. tadi Onie Oh-nana panggil aku abe. buleh puleksss panggil aku abe abe. perasan mek kelate pulop daa dior nih. hehhhh. TAPI tkpo nasib baik aku suka. MUAHAHHAHAAA!!

kalau ampa orang panggil ampa abang/akak marah dak? aku rilex jaaa.


pee/ass : geli couple yang panggilan sesama sendiri "papa-mama" *muntah tutup hidung*


April 17, 2011

Lembah Bujang tempat jin bertandang ? ke bertendang ?

minggu lepas buat pertama kalinya baru aku dapat jejak ke Muzium Lembah Bujang. daa hampir 3 tahun menetap kat Merbok, Lembah Bujang, baru minggu lepas tergerak hati nak ke Muzium Lembah Bujang itu. HOHO, masuk free weyy! tak payah bayar sesen pun cuma kena tulis nama jek kat buku log kat pintu masuk muzium tu.

dalam muzium tu macam biasa-lah seperti muzium muzium kat dunia nih, tapi tk laa exciting macam Madaam Trusade Wax Museum okehh. kat muzium tu banyak tayang artifak artifak lama, contoh tapak candi, batu ukiran lama dan macam macam ah. yelaa, Lembah Bujang ni kan tapak time zaman zaman Paleolitik, Neolitik, Mesolitik dan Logam semua tu kannn. hehhhh, tapi aku tak sure pulak tapak Lembah Bujang ni dari zaman mana. ampa pi bukak buku sejarah tingkatan 4 tengok sat. heeeeee.


kat Muzium Lembah Bujang ini ada 2 bahagian. satu bangunan pameran artifak artifak tinggalan yang dari kurun keberapa ratus-ribu-tahun-lampau dan satu lagi kat luar dari kawasan bangunan muzium, kat belakang muzium tu terletak 4 tapak candi. perghhhh, boleh tahan lawa candi kat sini. tapi tak la SELAWA candi Boruboddur kat Jawa atau pun SELAWA Angkor Watt. pehhhhhhhhhhh!! Angkor Watt memang aku target nak pi dalam masa kurang dari 2 tahun lagi. SERIOUSLY! tak percaya tengok wishlist aku kat sebelah nuhhh  ------------------------------------------------------------->


HOHO, sehari sepetang di Lembah Bujang mmg best. kalau bawak anak beranak sekali harung bawak tikaq nk berkelah memang terbaik dari ladang ah. sebabnya kat belakang tapat tapak candi tu ada air terjun super duper cantik! kepada bebudak UiTM Merbok yang tk jejak kaki ke Muzium Lembah Bujang singgah laa selagi ampa dok dekat sini sini. kalau tak, dok taw dari buku teks sejarah tingkat empat jaa buat apa. LOL.

pesaipa tataw rata rata orang dok kata sana ada hantu. aku pi relax jaa siang siang takda hantu ponnnnnnnnnn?! hehhhhh.


April 15, 2011

Giveaway kepada ahli KBU !!

memandang ramai GENG KBU yang tk sharp pensel color depa untuk join Peraduan Mewarna. maka dengan ini aku

1, 2, 3 TUKAR
hadiah tajaan COCO CHIP CUPCAKES kepada satu Giveaway! Yayyyyy!
heeeeeeeeee.

nak  tk cupcakes yang comel comel macam ini?

utk kawan yang kaki pancing

ni lawa buat hantaran nih.
Anniversary couple yg berkenalan dari internet. 
*nak tengok design yang lain singgah laa ke COCOCHIP CUPCAKES! SUMPAH, lawa lawa!

okee, yang ni khas untuk GENG KBU  (Kami Blogger Utagha) sahaja. nak tahu apa tu KBU? haaa, KBU ni group dalam Facebook yang mengumpulkan blogger blogger dari utara sahaja. memang rapat rapat depa semua ni walaupun ada yang tak penah jumpa time gathering lepas. KBU mmg aktif tetiap hari dan sangat sangat erat antara satu sama lain. *skema*

jadi aku dengan ini sangat sangat menyeru ampa semau join GIVEAWAY ini sebab hadiahnya adalah :
1 BOX with 9 CUPCAKES

pemenang giveaway ini boleh request nk design mcm mn pun. tapi ada syarat nk join GIVEAWAY ini. simple jek syarat syarat nak join GIVEAWAY ini.

1. buat entry " SAYA NAK CUPCAKES ITU! "

2. masukan header blog Inchik Eman (link kan ke entry ni kalau boleh)

3. jadi follower di blog COCOCHIP CUPCAKES ini. 

4. sejak bila jadi geng KBU? dan dari negeri mana?

5. DONE! submit entry ampa tu di koment sini.

TARIKH TUTUP tak decide lagi. tengok laa kalau meriah sangat tutup awal laa.
;)

senarai peserta GIVEAWAY disini.
ohh, pemenang akan dipilih melalui random.org
sekali lagi, GIVEAWAY ini untuk GENG KBU SAHAJA!


April 11, 2011

minggu ni saya boleh gantung diri

disebabkan semester ini sangat sangat cepat dan singkat gila cuti semester nanti. jadi segala benda nak dipercepatkan. malangnya nasib aku. semua ni sebabkan nk selarikan untuk semua universiti nak diselaraskan jadual cuti.

minggu ni bukan setakat minggu last untuk semster ni sebelum ke final exam. minggu ni laa jugak semua test nk berkumpul nak buat, semua quiz nak dibuat. pastu ada pulak event Sayembara Puisi 100 Jam. hehhhhh.

okee, yang ni menarik tapi kenapa perlu nak buat minggu minggu terakhir ni? haihhhh. umm, Sayembara Puisi 100 Jam ni dijalankan oleh fakulti aku. HAHAHAA! nak pecah rekod Malaysia oww. kalau sebelum ni cubaan dari USM GAGAL! kini turn UiTM Merbok pulak nak jalankan deklamasi sajak puisi TANPA HENTI SELAMA 100 JAM! mampu?

AHAHHAAA, semalam aku daa deklamasi 5 puisi. semua pelajar fakulti aku terlibat dan dikerah untuk berpuisi selama 100 jam secara bergilir gilir. hehhhh. semalam turn kelas aku dapat slot pukul 2 pagi sampai pukul 5 pagi. berpuisi bukan main lagi suara terjerit jerit. HAHAA, tapi ada gak yang berpuisi tapi bunyi macam pantun. SERIOUSLY, aku gelak mengekek ngekek dengaq. MUAHAHAHHAHAAA!

khamis ini Insyaa-Allah selesai laa 100 Jam tu. dan pihak Malaysia Book of Record pun akan umumkan sama ada UiTM Merbok wakil daripada Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Polisi layak ke tidak. bukan nk mengejar nama, tapi apa salahnya menjadi kenangan seumur hidup. haihhhhhhh. bersusah senang bersama classmate pagi semalam. nice one!
;)

pee/ass : akan jarang online sebab BUSY. haihhhhh.


April 07, 2011

BUKU CONTENG² | buku indie style !

Ohh, aku antara yang terpilih yang dapat memiliki buku yang terhad edisi kedua nih. phewwwww . . .

sesampai jek rumah dari makan tengah hari lepas kelas tadi, daa ternampak bungkusan dari Pos Ekspres. heeeeeee. dalam hati daa agak daa BUKU CONTENG² daa sampai weyyy!! HAHAA, Fadhli cakap dia pos hari isnin lepas. so aku bajet dalam selasa atau rabu daa sampai laa buku tu. dok tunggu laa tetiap hari tunggu posmen datang hantar bungkusan untuk aku. tapi alih alih bungkusan tu daa tercampak kat bawah moto pulak hari nih. cehhh, bedebah punya posmen. mesti dia main pakai lempar jek macam lempar frisbee buku aku tu. hehhh.


BUKU CONTENG² ni aku order online direct terus dengan Bro Fadhli. dalam hujung bulan Mac lepas. lepas bank in duit semua, jadi tunggu membilang kalendar jek laa bila laa nak dapat baca buku tu kan. buku tu sangat sangat menarik sebab diconteng SENDIRI secara kreatif! dari idea, sketching, printing, banking, posting semua dilakukan oleh si pelukis tu sendiri, Fadhli. dasyat tak?

ampa penah tgk KAMI THE SERIES tak? ingat lagi tk Liyana Jasmay buat buku sendiri dan jual sendiri? haaaa, lebih kurang gak laa dengan BUKU CONTENG² nih cuma yang ni komik bergambar dan berplot cerita mengenai kisah kisah si penulis. buku ni banyak features dengan sticky sticky notes, itulah medium utama si penulis ni dalam menconteng contengannya. buku ni adalah Second Edition lepas First Edition daa lama SOLD OUT. hehhhh. aku tak berpeluang untuk dapatkan First Edition tu sebab lambat tahu pasal kewujudan BUKU CONTENG² ni. SERIOUSLY, menarik dan lawa! UWARGHHHHH!!! percaya-lah cakap aku sebab ;

Inchik Eman bukan pembohong.
;)

Antara sticky notes yang di stick.

Sangat colorful buku BUKU CONTENG² ni. worth it!


BERMINAT TAK  ?
masih ada stock lagi kot tak silap aku. HAHA, sila-lah ke sensawang pemilik oke.


pee/ass : sangat sangat excited sebab ni first time beli sesuatu diatas talian (online) ! uwarghhhh!!


April 06, 2011

Usop Wilca live screening !!

"happy birthday to me. happy birthday to meeeeeeeee~"


heeeeeeeeeeeeeeee. saja jek nak tayang desktop aku yang berwajah baru dan segar malar hijau lagik u olls! HAHAA, semalam ternampak desktop housemate aku Isma pakai wallpaper nih. jd aku pun google search image Usop Wilca ni jugak nak tiru jugak. sebab lawa pulak kan bila wat desktop backgound. hehhhh.

penangan betol filem Hantu Kak Limah nih. SERIOUSLY, setiap hari ada jek ayat dari filem ni aku pakai untuk berkomunikasi. HAHAA, sampaikan lecturer dan Naib Canselor UiTM pun pakai jugakk okeeehh!
MUAHAHAHAHAAA!

ohh, semalam aku baru terbaca satu info. Usop Wilca nih atau nama penuhnya Syed Mohamad Asri nih memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Koprat disebuah syarikat gas dan minyak.
WUU-YOHHHHH! bayangkan laa watak Usop tangan patah tu, pastu keja real life dia pulak. langit dan bumi! haaaaa, itu lerr pentingnye English Edukasyennn.


pee/ass : tgh membilang hari sebelum nginjak ke umur 21.


April 05, 2011

tips kembang hidung time presentation

firstly, ni bukan entry pasal hidung oke.

hehhhh. bukan main nak ber-tips tips jek sekarang blog aku ni kann. baru lepas tips nk handle bulu hidung, ni tips nk dapat pujian time presentation assignment dalam kelas pulak. hehhhh. saja jek nak habaq yang tadi aku baru lepas jek settle presentation paper Industrial Relations tadi petang.


tajuk presentation group aku nasib baik direct question jek. jadi memang sah sah tak akan lari tajuk kami jawab dalam assignment kami. heeeeeee. ohhhh, kembang kuncupnyerr hidung ku. lihat-lah. terima kasih tamintrimmmmmm. bluwekkkk!

"Elaborate the role of the following trade union in Malaysian Industrial Relation; MTUC, CUEPACS & MEF."

okee, tanak buang masa, meh aku nk share tips berkesan untuk dapat pujian time presentation. terutama bila presentation yang berbentuk kerja berkumpulan.

1. buat slide sendiri. even bila presentation tu grouping, tapi mesti akan ada sorang budak hitam yang dilantik untuk membuat kerja kerja kerani ni. bila kita yang volunteer offer diri nak buat slide, kita boleh focus lebih kat part yang kita nak present. well, memang konsep makan sorang sorang disini.

2. slide mesti simple macam picit pimple. tamau yang letak bunga bunga, corak pelangi warna warni, gambar cartoon Ben10 atau Disney, tayah jugak letak Upin & Ipin. demmittt! sekarang penularan wabak Upin & Ipin sangat berleluasa dikalangan mahasiswa. slide tu jugak mesti laa bersih dan jangan semak sangat! ampa paham kan slide yang semak macam mana. aku memang maki hamun ah kalau tengok slide yang background dan font dia gelap. hehhhhhh.

3. jadi presenter paling last. bila kita jadi presenter paling last, kadang kadang masa berbaki banyak lagi. ni laa kesempatan kita nak mengoreng putaq alam topik yang kita present. ampa pusing pi laa macam mana pun janji confident gila batak! plus, conclusion sah sah kita yang buat. konsep makan sorang sorang lagi disini.
=.="

4. berpantun seloka semasa pembuka dan penutup presentation. okee, ni menarik. presentation dalam English, jadi pantun pun kena dalam English jugak. kalau tak, memang haram jadah. kalau boleh, dalam group ada 4 orang, tiap baris pantun 4 kerat tu sorang sorang baca dengan nada berpantun. SERIOUSLY, mesti teruja!

5. pepandai laa hidup. marks ampa, so bajet ah nak pulun present lagu mana pun.

last time aku dapat kepuasan time presentation waktu aku semester dua. time tu topik aku
"By-Election : Manek Urai".

;)


March 28, 2011

karma sang BUMI

cuaca sekarang tak menentu. dalam seminggu boleh kata sehari dua hari jek hari cerah tak ada hujan. tapi bukan bermakna bila hari hujan, hari tu terus jadi tak elok. bukan. hujan tu rezeki langit dari Allah. cuma bila hujan, ada aktiviti aktiviti yang rutin tergendala sedikit sebabkan hujan akan menyebabkan basah. maka dengan itu aku teringat akan lagu Memori Daun Pisang berbisik dalam hati. cehhhhh, ayat over!!
AHAHAHAHHAAA!!

tapi memang betul ah kan sekarang ni cuaca tk menentu. bukan saja kat Malaysia, malah kat dunia luar Malaysia pun tk menentu cuacanya. dengan bencana alam gempa bumi sana sini. dan baru baru ni dekat Myanmar pun kena gempa bumi mengorbankan lebih 70 orang nyawa. Alhamdullilah, Malaysia terselamat setakat ni takda lagi bencana alam yang dasyat dasyat. kalau ada pun kejadian tanah runtuh dek kerakusan developer developer tanah. itulah balasan kalau biadab dengan bumi. ada karma nya oke. kalau berbudi pada tanah pulak, ada laa hasilnya. pehhhh, mau mau sekarang tgh nak musim derian kan. sana sini daa dok nampak bau orang juai durian. tapi . . . . 

saya tak makan durian. kalau saya makan, saya muntah. durian busuk!
=.="

baru tadi bumi Lembah Bujang kena hukuman karma dari bumi.
jarak 5 meter jek dari rumah sewa aku.
apakah salah kami warga Lembah Bujang? adakah kami membuang sampah merata rata? adakah kami merosakkan alam flora? adakah kami rakus mencuri tanah? *motif nak curi tanah? ingat SINGAPORE keh* jadi jangan asyik nak salahkan sesiapa okee, tu kuasa alam. sekarang pegi tolong alih pokok tumbang tu lagi berfaedah.

HAHAHAA, saya Karam Sing Along melaporkan untuk sesapa yang perasan tak malu!
=p

March 25, 2011

saya tak tahu apa benda tu-lah !

Alhamdullilah Malaysia tk kena tempias bencana alam kat Jepun tu.
2-3 hari banyak khabar berita baik aku terima. hehhh. nk cerita semua kang cemuih pulak. baik aku sambung cerita pengalaman aku time first time akhil baligh.

ini kisah masa aku umur 11 tahun dan time tu aku darjah 5. dan ini kisah continuation dari cerita ini.

yeaa, time tu aku baru nak jadi remaja atau pun lebih sinonim orang panggil "teenagers". yelaa, angka 11 tu pun daa tunjuk yang time tu baru nak masuk remaja belasan tahun. time masuk umur 11 tahun aku ingat lagi dalam kelas time sekolah rendah dulu, semua dok tunggu tarikh birthday konon seronok gilaa lah bila masuk umur 11. padahal bercinta time tu pun pakai surat warna warni tabur bedak wangi kott. heeeeeee.
;D

time umur 11 tahun tu jugak adalah fasa aku nak bermatang-matangan dengan diri aku. heeeee. otometik kot kalau benda tu. okeee, matang untuk budak lelaki adalah dimana depa mula menunjukkan perubahan pada suara, halkum di tengkok dan bidang badan makin lebar. yekehh? hehhhh.

tapi yang paling mustahak adalah budak lelaki tu dapat mimpi basah yang memang memang basah okee.
pheewwwwwwwwww...

tetapi di dalam kes aku, aku matang dalam keadaan yang diluar mimpi. SERIOUSLY aku tk sedar. time aku tengah . . . .

aku tanak komen banyak okee. hehhhhh. time tu perasaan gatai memuncak. perasaan nak tahu memang tinggi tak boleh lawan ombak badai gelora tsunami pun, SERIOUSLY! yelaaa, time aku mana taw kewujudan CD blue kehh, porno kehh, Playboy kehhh. yang aku taw filem JAMES BOND memang lucah!

ya, benda tu terjadi part scene James Bond dalam klinik dengan dokter pompuan. aku tak taw okeee!! SERIOUSLY! aku tak tahu benda apa tu. tengok tengok daa terkeluar.
demmittttt!


=|

pee/ass : POMPUAN JANGAN KOMENT !

March 09, 2011

pole gayut tu kuat macam spinal chord saya

ampa penah tk jatuh dari tingkat 6? penah tk? okeee, aku tk penah. kalau penah mungkin aku tkda kesempatan nk tanya soalan bodoh ni kan. AHAHAHHAAA! yelaaa, silap silap Mungkar & Nangkir yg tanya aku soalan yg sama kat aku. hehhhhhhhh.

ahad lepas terselah kebodohan aku menge'testing' main gayut gayut lifting pole ke apo benda alah aku tk taw laa nama dia. memula tu memang ah aku main lift lift badan jek naik turun naik turun. lepas 4-5 kali pastu aku tetiba rasa macam kat hall Olympic gimnastik artistik puleksssssss. SERIOUSLY! pastu feeling feeling laa nak buat pusing artistik. hmmmmmm....nak cakap susa pulak nnt ampa tk paham.

ni aku siap wat animated gif (Graphics Interchange Format) kat ampa nak bagi gambaran yang lagi jelas kat ampa. (HEHE, baru pandai wat .gif lorhh. hiksss.)
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
pole tu tetiba tk melekat kat pintu. demmmmitttt!!!!! okee, aku tk boleh bernafas dalam 40 saat cemmtu pas terhempap kat atas SIMEN! SIMEN OKEHHH!! Ya Allah, tuhan jek yg tawu sakit pedih belakang badan aku. rasa macam spinal chord patah dua okehh! tengkok aku rasa macam daa tk sambung dengan kepala jek rasa. jatuh ke lantai tu jarak dalam 1.2 meter kottt! dengan berat aku 53kg nih. haaaaa, ampa pandai fizik kann, kira laa berapa laju impak dia. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. (aku bodoh)


makkkkkkkkkkkkk, sakittttttttttttttttt!!


aku terbaring kejap kat lantai simen tu dalam seminit dua cemmtu dengan suasana hingar bingar dengan teriakan teriakan housemate yang gila bapak gelak macam $*^&^(*(&^ kat aku time tu weyhhhh!!! demmitttt!

hehhhhh. pastu angkat jugak aku ke katil. sorang angkat kaki, sorang angkat tangan. macam mayat. hehhhhh. aku SUMPAH SAKIT! aku tanak main daa benda pole bodoh tu lagik! demmittttt!!! bodoh ah aku pi main benda tu. demmittt! demmittt!

pee/ass : fine, aku kuat. lepas 2-3 hari daa elok tk rasa sakit urat apa pun langsungggg! AMAZING RACE tk?


February 14, 2011

hadiahkan BB Torch untuk lecturer

"toksah dok buat muka sebekk depan ni."
"mana ada miss."
"muka dia memang macam tu pun dari part 1!" *kuangjaqqq !
"diam ah hang ni Wawa! tarik tocang kott."
"lol. sedih ka dengan markah quiz?"
"errrrr....nah amik BB Torch ni miss. Hepi Bufday Miss!"


first time tadi dalam kelas nyanyi lagu HEPI BUFDAY reramai dalam kelas. selalu dok nyanyi sesama sendiri jek pun. hari ni pulak tetiba gedik pi nyanyi. motif? takmau bagi Miss naik angin sebab Quiz 1 dia bagi hari ni. MUAHAHHAHHA! 

dan memang YA, Miss tk marah marah naik angin pun time consult sorang sorang time bagi paper Quiz tadi. hehhhh. Quiz 1 aku teruk cukopppp! demmmitt! aku kena kuat baca ah pasni. hmmm, sempat gak tadi ramai ramai buat kad express dengan semua orang sign dan tulis ucapan ringkas buat Miss. lol, sweetnyaa kelas aku ni. baru perasan.

kebetulan dalam beg aku tadi aku terbawak brochure BB Torch dari rumah. (okee, aku mmg suka kutip brochure BB) dalam kad ucapan bufday tadi sempat laa selit brochure tadi tu. weeee~! 

HADIAH NI JEK YANG MAMPU KAMI BAGI UNTUK MISS.
SEMOGA MENJADI KENYATAAN!
;DD


February 12, 2011

disangka kulit taugeh, rupanya lalat

okeee, yang tengah eksenn nak gusti tu taugeh. sebelah tu maskot taik cicak.

Inchik Eman disisi adinda Gucci.

Benda yang paling kotor ampa penah makan?
Jawapan 1
"lalat hidup terkapai kapai dalam air bandung ais dan teguk."

Jawapan 2
"ais krim conneto yang terjatuh yang ice cream tu kebawah pastu amek tiup tiup dan sambung jilat."

Jawapan 3
"kuew tiaw bersos lalat yang ingatkan kulit taugeh."

Jawapan 4
"air kencing sendiri time kecik kecik pegi medical check-up."


EEUWWWWWW!! gelimat gilak dengan jawapan jawapan depa ni. AHAHAHAHAA!
ni bukan jawapan aku okee. hehhhhh. kalau ampa pulak pena makan atau minum benda apa yang paling kotor ahh?


ni lagi sebatang sekor taugeh.

pee/ass : penjodoh bilangan untuk taugeh apa en?

pegang buaya hidup bukan anganan

aku suka masuk masuk hutan ni. mulai sekarang aku nak pupuk hobi baru iaitu kembali bersahabat dengan flora dan fauna. motif? suka hati aku laa. MUAHAHAAA! motifnya sebab makin naik umur ni makin bosan lak aku nak berhibur berlibur. kalau dulu aku excited nak keluar pergi mall melewaqq nak cuci mata laa nak pi KL lahh. lorhhhh, dulu standet laa budak budak nak up kalau turun KL riuh bagi tau sana sini yang depa turunnn. jakun kaa! okee, tu zaman budak budak baru nak up oke. sekarang aku langsung tak teruja kalau turun KL ni. hehhhhhh. Penang lagi best kottttt. heeeeeeeee.

seriously aku sekarang lebih kalau nak berjalan jalan ke tempat yang cantik flora fauna alam fana dia. mukin aku daa mula suka warna hijau dan biru mungkin ahh. sebab dulu baju aku banyak pattern color hitam putih, tak hitam mesti hitam. demmmitt! mak aku marah bila time raya aku selalu beli baju shirt t-shirt hitam. hehhhh. sekarang baju daa banyak color hijau dan biru, SERIOUSLY!

okeee, takda kaitan warna baju dan cintakan flora dan fauna kan? demmitttt! aku berazam banyak tempat aku nak pegi sekitar Malaysia ni. semua tempat yang dalam list aku tu semua tempat yang nature oriented. antara tempat yang aku teringin nak pi waktu terdekat ni macam ;

Tasik Dayang Bunting Langkawi
Hutan Simpan Pahang (Canopy Walk)
Air Panas Baling

hehhhh. Sabah & Sarawak tu belum tercapai lagi laaa. tapi tengok laa aku daa start dengan Zoo Taiping Night Safari. lol. mungkin ada kata setakat zoo baik tak payahh kan. tapi at least aku start at somewhere jugakkk. Zoo Taiping not bad kotttt. commonnnnnnn-lah.


tengok tu ada buaya yang jarak hanya 2 meter jek dari manusia weyyy! bessnya kalau dapat usap kepala buaya tu. SERIOUS, suatu hari nnt aku akan pegang sekor kepala buaya. phewwww, aku rasa binatang tu sangat dekat dengan jiwa aku. bess siak! wallet crocodile lawa tk?


haaaa, yang ni pulak beruang matahari atau honey bear. dia dok ulang alik kelinting kat tembok tu jek weyy. aku pun naik hairan kenapa dia asik ulang alik kanan-kiri tembok tu dengan laju. macam bapak bapak tunggu bini depa dalam bilik bedah tengah bersalin jek. lol, beruang ni jantan ah tu kottt. 


okee, ni gajah. sapa tak kenal mmg tak lama laa tu. hehhhh. aku malas nak cakap banyak jek.


yang ni pulak ampa teka laaa sendiri. hehhhhh. lagak zoo keeper lak aku. okeee, aku nak pi Zoo Negara plis. last time pi sana tahun 1999 kottttt. lama gilaa kot daa tu.

pee/ass : Sunway Pyramid tu besaqq! aku byk kali sesat, sekian.

February 07, 2011

berubat cara kampung di Jeniang

pagi semalam aku gerak dari Penang nak balik Merbok. gerak dalam pukul 0800 macam tu daa kat atas jambatan Pulau Pinang daa. aku ingat kan Abah aku terus anta aku ke Merbok terus sebab aku gilo mengantok ah pagi tu. daa laa malam sakit sengugott tido pukul 5 lebih. hehhhhh.

alih alih terus Abah aku pecut pi nun sampai ke Jeniang. nak berubat kampung katanya. aku diam jek laa sebab yang nk berubat tu Abah aku, penyakit kulit. daa lama daa penyakit kulit abah aku ni, pakai ubat hospital bertahun tahun tk jadi apa pun. haihhhh..

abah aku follow kawan dia yang memang pelanggan tetap berubat tradisional kesitu. jadi ketiduran laa aku sepanjang jalan ke Jeniang, KEDAH. sesampai jek kat Kampung Tala, Jeneri, Jeniang, KEDAH dalam pukul 0945. okee, bayangkan laaa situ kampung yang sangat sangat cerokk dalam dan ramai GILAAA orang yang datan nak berubat jugak dan the best part aku pakai seluar track pendek. demmmitttt! mak aku tk bagi aku naik ke atas ke rumah Bomoh Pak Teh tu. dia perambat aku balik kereta suroh tuka seluar pakai jeans panjang. hehhhh. okee, aku tukar.

rawatan mula tepat pukul 1030 dengan hampir lebih dari 100 orang yang nak berubat masuk ke dalam rumah tu dengan berbekal sebotol air 1.5 liter dan sireh pinang. aku dok luar umah jek dengan mak aku, perati dari luar kat tingkap jek sesekali.

kat dalam rumah lagi RAMAI okeh! percaya-lah!

aku memula tu cuak jugak tengok suasana orang ramai yang tk putus putus mai nak berubat. penuh kott kawasan tu dengan kereta yang parking merata rata dalam kampung yang sempit tu! pertama kali aku berada dalam suasana macam tu, SERIOUSLY! hehhhh. yang tua tk dapat jalan tu, sampai ke muka pintu anak depa anta. umm, tu laa kan selagi hidup tu cari laa jalan pelbagai alternatif nak berubat kan. jangan nak tunggu mati jek tk usaha nak sembuh. penyakit tu datang dari Allah, dan dari Allah jugak penyakit tu akan disembuh dengan izin-Nya, Insyaa-Allah.

pelbagai penyakit dari resdung, jantung, migrain, thyroid, mata, telinga, bisu, pasang surut, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi sampai ke sakit terkena buatan orang ada jek datang berubat tradisional kat situ.

ada sorang macik tu lepas berubat kencing manis tu, lepas jek dia kuar dari umah tu terus lembik rebah ke tanah. badan dia jadi lembik sgt sgt. nasib baek suami dia ada jaga papah macik tu. haihhhh. kesian aku tgk gelagat org macam macam kat situ datang berubat. haihhhh...

untuk menghubungi disini disertakan nombor telefon untuk dihubungi Pak Teh Bomoh Jeniang :
0124874952

tiket jangan lupa bayar okee, RM30.50 seorang berubat!
=)

January 30, 2011

merayap ke IPOH 3H2M

lepas jek quiz dan class OB hari khamis lepas daa mula daa cuti pertengahan semester aku. heeeeee. dapat cuti seminggu jek pun jadi laa nak bercuti relax relax. tp mmg diharamkan bercuti sgt sgtt laa disebabkan assignment mmg gila bapak banyak cukop! semua subjek ada assignment. demmittt. okee, ketepikan hal assignment yang memang aku akan sentuh sikit jek pun.
=p

khamis lepas jugak gerak ke Ipoh. ni kali ketiga aku ke Ipoh dan stay. secara kebetulan dan dipaksa rasanya selepas di provoke provoke oleh monyet HO86! hehhhh. pi la jugakk lepas bergolok gadai henpon SE W980 aku. demmitt. yeaa, aku daa jual henpon cilakak tu. next entry aku stori.

3 hari 2 malam stay kat rumah Famy bersama Farhana ngan Najwa. layanan tiptop ah, mak Famy masak sempoi cukoppp! rajin gila mak dia masakk. kenyangggggggg kott, mmg tk kan lapaq ah kalau kat rumah Famy tu. errr, tp kenapa Famy kedingg ah?? hehhhhh.

tujuan utama pegi Ipoh pun sekadar nak berjalan jek sambil teman mencapap ngekor group ETR depa ni pi selidik soal siasat Kilang Batik Fauzi kat Chemor nun. HOHOO, terbaek ah! dapat gak aku belajar percuma nak canting dan warna batik weyhhhh! SERIOUSLY sgt best dan bermakna kunjungan kami kat kilang batik tu. niat nak beli sepasang kain batik canting kat mak aku tp terbatal cemmtu jek sebabkan harga batik canting tangan tu mahal laaaaaa. demmmitttt!

cantik tk batik yang tanah biru tu? aku yang lukis oke! heeeeeee. :D

HAHA, tujuan yang utama dan paling terutama sekali aku pegi ke Ipoh sebetul betulnya adalah nak main air kat LOST WORLD OF TAMBUN jek. AGAGGAAA! pic tk bole upload lagik, tk dapat kat tgn aku lagikk. cepatt laa upload dalam FB Famy hoyyyyyy!! tapi sebelum pegi ke Tambun hari terakhir aku di Ipoh iaitu semalam, sempat gak Jumaat malam lepas singgah GERBANG MALAM. heeeeeeee. part ni best sbb byk cash aku abes kat sini. syhhhhhhhhh, mati ah kalau mak aku tau.
=p

terima kasih IPOH. jumpa lagi okee. byk lagi rasanya tempat aku tk sempat singgah. btw, aku lebih kepada mencari makanan makanan yang best area Ipoh. Ipoh White Coffee aku tk dapat rasa! demmmitttt!!! Famy bole tk taw area mn yang sedap lakk. hampehhhh.

jumpa lagi Ipoh!












pee/ass : kematu bontot aku naik KTM dari Ipoh-PENANG.