Salam.
orang cakap kalau nak pilih sesuatu ikut lah kemampuan sendiri; ukur baju badan sendiri. kalau tk mampu dan tak daya nak harungi sesuatu, jadi jangan amik risiko dan redah jugak. kalau kantoi, menyesal pun tk guna lagi; nasik sudah menjadi bubur. haaaa, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai okesss u olls?
kejadah kejadah kejadah aku dok bebel dengan pepatah pepatah semua nih kan. HAHHAA, sesaja jek nk over siket petang nih. kebelakangan ni aku runsing dan dilemma memikirkan perjalanan aku selepas diploma ni kemana. yeap, mmg akan ke setingkat tinggi lagi itu pasti. aku perlu dan masih mampu hidup dengan assignment, test dan buku untuk 3 tahun lagi.
kesanggupan = settle
kewangan = settle
yang menjadi permasalahan adalah satu jek. jurusan apa yang aku nk sambung nnt?
semalam ada talk JOM BUAT DEGREE kat kampus. aku pi dan dengar dan menilai. kebanyakkan yang cakap, kalau pilih jurusan nnt pilihlah mengikut minat dan belajar dalam suasana yang enjoy. bukan terpaksa.
CGPA time degree kena meletop u olls.
pilihan yang berlegar legar dalam kepala aku ada DUA jek;
Bachelor Corporate Admin(BCA)
Bachelor Mass Communication(MASCOM)
BCA = 2 tahun (jurusan masih dibawah fakulti diploma aku)
MASCOM = 3 tahun (minat yang tk penah padam. SUMPAH!)
yang mana satu nih pilihan kalbu?
pee/ass : nak mintak abah sebijik skuter ah nnt time degree. mintak oke, bukan loan.




