Pages

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

June 27, 2011

bahaya kalau copy-cat karya KRU

Salam.

Kalau sesiapa yang perasan, semenjak dua menjak ini aku jarang update blog sbb kemaruk edit video untuk di upload dalam YouTube. video yang aku edit tu semuanya lagu lagu baru tempatan dan disertakan dengan caption lirik.

well, aku kalau masuk YouTube pun hanya sekadar nak cari lagu dan lagu yang aku cari tu mestilah "with lyric on screen". lol. bukan apa senang untuk aku nak lips-sync lagu tuh. HAHHAA, aku ni payah sikit kalau nak tangkap lirik lagu, lagi lagi lirik lagu omputehh. sebab tu lebih baik aku dengar/tengok video yang ada sekali caption lirik lagu tu. mana nak tau kot kottt ada mencarut carut lagu tu keh kan, terpesong akidah Mak Jemah okaiiii.
=P

setakat hari ni baru hanya 7 videoss aku berjaya upload dan paling nak dibanggakan pun, video yang paling mendapat tempat kat channel YouTube aku tu lagu nih ah ;





lega, aku Meet Uncle Hussain tak claim copyright ke atas lagu POKOK ni. bukan apa, sebab dulu aku penah buat vid lirik lagu SEDETIK LEBIH by Anuar Zain. dan bila aku upload jek tk sampai seminggu, video tu dah kena banned sebab KRU STUDIO claim copyright keatas lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa tu. haihhhhh. bukan aku dapat sebarang pulangan pun keatas lagu tu. se-SEN pun tak dapat oke. aku cuma nak promosikan single Anuar Zain lagi ada lah. tak paham aku dengan tindakan KRU tu. panas okeyyyyy, penat kot edit video tu dengan niat nak meraikan ciptaan muzik yang sedap. tapi mungkin KRU ada sebab lain untuk claim copyright tu. takpa-lah.

bebaru ni aku ada perasan satu vid lagu KISAH DONGENG by Stacy pun dah kena banned sbb KRU STUDIO claim copyright. HOHOHHHOHOOO. moral of the story,
JANGAN UPLOAD LAGU LAGU KRU DALAM YOUTUBE !!!

ohh, subcribe laa channel YouTube InchikEman okaiiii.

peace, no war!

May 11, 2011

shoutmix gelong buatkan blogwalking aku macam haram.

Shoutbox Inchik Eman
Shoutbox APIT
Shoutbox NANO

memang jammed ah shoutbox lately nih. link url kita letak kat ruangan WEBSITE tu mesti macam apa jek. kadang kadang tak direct ke blog kita pun. tapi pi ke mana hala jek tup tup tup PAGE ERROR! demmittt! kalau yang rajin blogwalking kalau ampa perasan kan, kadang kadang bila kita klik kat link orang yang tinggal jejak kat shoutbox kita tu, akan direct ke shoutbox kita sendiri. wadehell?

bila cross over mouse kat link dalam shoutbox tu ada link url cemmni :

http://www.shoutmix.com/link.php?go=http://inchikeman.com


dulu dulu takda pun jadi macam ni. kalau kita type link blog kita www.inchikeman.com memang bila cross over mouse pun link tu tetap sama tak ubah pun jadi macam ni :-

http://www.shoutmix.com/link.php?go=http://inchikeman.com


mujur lahh ada blogger macam NANO yang prihatin pasal benda ni dan tegur kat shoutbox aku. memula memang aku daa macam pelik kenapa lak dia cakap link aku silap padahal link aku type dalam ruangan WEBSITE tu memang sah sah link blog aku yang betul. hmmmm, shoutmix ni ada problem ah. kang aku padam kotttt!! daa laa memberatkan kati belog aku. nak aku buang ka? grrrrrr!!

betul cakap APIT, blogger yang kuat blogwalking cekap dan bijak jek pasal code. pepandai ah depa edit godek godek link blog yang rosak atau disabotaj oleh shoutmix tu !!

ampa ada pena kena tak problem macam ni time dok syiokkkk blogwalking tak hengat donia? demmm kann.


pee/ass : buli adik pi beli cendoi kat aku. padan muka !


May 05, 2011

Tarikh Tutup Giveaway Cupcakes

dengan ini secara rasminya saya Inchik Eman akan menutup giveaway cupcakes pada tepat

7 MEI : 0005 AM



giveaway ini dibawakan khas oleh



pee/ass : berkejar ke Merbok untuk submit proposal research.
pee/ass : modem broadband rosak, pinjam broadband kawan nih. haihhhhh.



April 15, 2011

Giveaway kepada ahli KBU !!

memandang ramai GENG KBU yang tk sharp pensel color depa untuk join Peraduan Mewarna. maka dengan ini aku

1, 2, 3 TUKAR
hadiah tajaan COCO CHIP CUPCAKES kepada satu Giveaway! Yayyyyy!
heeeeeeeeee.

nak  tk cupcakes yang comel comel macam ini?

utk kawan yang kaki pancing

ni lawa buat hantaran nih.
Anniversary couple yg berkenalan dari internet. 
*nak tengok design yang lain singgah laa ke COCOCHIP CUPCAKES! SUMPAH, lawa lawa!

okee, yang ni khas untuk GENG KBU  (Kami Blogger Utagha) sahaja. nak tahu apa tu KBU? haaa, KBU ni group dalam Facebook yang mengumpulkan blogger blogger dari utara sahaja. memang rapat rapat depa semua ni walaupun ada yang tak penah jumpa time gathering lepas. KBU mmg aktif tetiap hari dan sangat sangat erat antara satu sama lain. *skema*

jadi aku dengan ini sangat sangat menyeru ampa semau join GIVEAWAY ini sebab hadiahnya adalah :
1 BOX with 9 CUPCAKES

pemenang giveaway ini boleh request nk design mcm mn pun. tapi ada syarat nk join GIVEAWAY ini. simple jek syarat syarat nak join GIVEAWAY ini.

1. buat entry " SAYA NAK CUPCAKES ITU! "

2. masukan header blog Inchik Eman (link kan ke entry ni kalau boleh)

3. jadi follower di blog COCOCHIP CUPCAKES ini. 

4. sejak bila jadi geng KBU? dan dari negeri mana?

5. DONE! submit entry ampa tu di koment sini.

TARIKH TUTUP tak decide lagi. tengok laa kalau meriah sangat tutup awal laa.
;)

senarai peserta GIVEAWAY disini.
ohh, pemenang akan dipilih melalui random.org
sekali lagi, GIVEAWAY ini untuk GENG KBU SAHAJA!


April 12, 2011

Minggu Orientasi UBM

*entri ini berbentuk formal sebab ini adalah assignment okehhh!!

AMIRUL AIMAN ANUAR pemilik sensawang Inchik Eman


saya secara rasmi telah mula berblogging sejak 2009 jika tidak silap. tapi time tu saya berblog dalam blog lain. kalau ikutkan blog yang sekarang ni usia daa hampir 9 bulan saya berblog menggunakan URL bukanpembohong.blogspot.com ini.

berblog bagi saya se[erti diari kehidupan seharian. cuma yang beza. diari untuk simpanan sendiri, blog pula dikongsi bersama tentang apa yang menarik dan buruk yang terjadi kepada seseorang penulis. ada juga blog yang niat untuk berkongsi informasi dalam pelbagai bentuk informasi. ada pasal kesihatan, politik, hiburan dan keagamaan. yelaa, sekarang ini orang kelau nk dapatkan maklumat dengan pantas dan mudah search kat Google jek sekarang.

bagi saya pula, blog saya ini merupakan medium wacana saya untuk menulis mengenai peribadi saya, dan informasi yang secara kebetulan memang menarik untuk dikongsi. tapi selalunya lebih kepada personal laa. blog ini saja yang mampu menulis dan menyimpan kisah sulit, manis dan pahit saya. ia lebih kepada peribadi.

Mengenai kewujudan UBM (Universiti Blogger Malaysia) ini, saya lihat menarik jugak. hehhhhh. kalau tk menarik tak ada laa aku gagah nak join nules assignment nih. AHAHHAHAA! mungkin ini salah satu cara untuk blogger yang menuntut di IPT untuk berinteraksi dan saling berkongsi pandangan melalui pelbagai sudut dan idea blogger tersebut. tk kisah budak engineering keh, budak medic keh, budak mascom keh, budak accounting keh dan lain lain ahh. dan tk lupa gak budak sains sosial macam aku. heeeeeeeee. lain ilmu di dada, maka lain idea dan cara penulisan dan pemikiran blogger blogger yang bergelar pelajar ni. ohh, lagi satu tk salah kalau sambil menyelam minum air. lecturer aku penah cakap masa kita di IPT laa kita nak bercinta dan cari pasangan untuk berkahwin nnt. kalau tunggu daa kerja nnt daa lewat sangat dan ramai daa kena booked!
;DD


April 08, 2011

PERADUAN MEWARNA INCHIK EMAN

Assalammualaikum WBT.

test test test mic. fuhhhh! fuhhhh!
oraite?
cun!

PENGUMUMANNNNNNN !!
disini buat pertama tama kalinya saya yang bernama Inchik Eman akan menganjurkan contest untuk semua blogger yang hebat malah gelong yang bermastautin di Malaysia sahaja.

contest ini diberi nama "PERADUAN MEWARNA INCHIK EMAN"
menarik tak? tertarik tak? heeeeeeeeee. ditarik?? bertarikkan?? jangan! jangan! jangan bertarikkan! kerana contest ini tiada limit dan sangat terbuka kepada mereka mereka yang masih terngiang ngiang syahdunya ketika kecil tika ibu dan bapa melambai lambai ke'excited'an diwaktu anda memasuki peraduan mewarna dahulu.


KINI!
ampa boleh join lagik! siapa kata peraduan mewarna untuk kanak kanak sahaja?! saya sangkal sama sekali okeh!


Cara menyertai
PERADUAN MEWARNA INCHIK EMAN

1. Membuat satu entry "PERADUAN MEWARNA INCHIK EMAN"
2. Mendownload lukisan sketch yang masih suci ini.

Click pic ni untuk save ORIGINAL SIZE.

3. Mewarnakan gambar diatas mengikut ke'kreatif'an anda. tidak kisah menggunakkan apa apa pun software dan aplikasi. pakai Paint pun cun oke! sebarang tambahan lukisan dikeliling gambar Spongebob itu amatlah digalakkan. tunjukan kekebalan bakat anda!!
4. Meletakan banner PERADUAN MEWARNA INCHIK EMAN ini di SIDEBAR;


5. Sila-lah tag kurang lebih 2-3 blogger lain untuk memasarkan borang penyertaan ini.
6. Selalu update perkembangan contest ini. maka, nak follow ke tak, terpulang. 
7. Tinggalkan link entry penyertaan anda disini.
HADIAH !!

1st - RM50
2nd - RM30
Consolation Prizes (3X) - payung botol setiap satu
*akan dibuat secara cabutan, jadi semua ada peluang.(random.org)



TARIKH LUPUT PERADUAN
24 MEI 2011 (2359)


pee/ass : sebarang bentuk penajaan hadiah dialu-alukan. sila email saya.


April 06, 2011

Inchik Eman bukan pembohong

Inchik Eman panggilan aku di rumah sawang nih.
bukanpembohong pulak alamat rumah sawang aku.

sejarah alamat rumah (URL) aku nih asalnya memang tak ketahuan. lepas 3-4 bulan blogging dengan alamat nih baru rasa macam nak tukarrrr!!! nak tukarrr!! tapi bila dipikir pikir kalau ditukar nanti akan hilang link aku kat bloglist beberapa blogger yang daa rapat. time tu blog aku nih daa listed dalam bloglist Abg Ben oww. tapi sekarang daa tk listed daa pun.
T.T

tapi SERIOUSLY aku memang nak sangat sangat tukar alamat rumah aku nih. hehhhhh. kalau dengan cara beli domain dan tukar oke tk? daa banyak kali aku check URL www.inchikeman.com tak ada orang beli lagik. HAHA, tetiap bulan kot aku check URL tu. umm, tunggu masa sebenar ni nak bertukar ke domain.

survey bukan main kencang lagik aku kat NetKL, Exabytes dan Serverfreak. bila di survey survey rasa macam tertarik pulak dengan package dari Exabytes. heeeeeeeee. tengah tunggu membilang hari. sambil menyanyi nyanyi lagu Rossa.


ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu,
takkan ku ganggu kau dengan kekasihmu,
ku kan selalu disini untuk menunggumu.

AHAHAHAHAAA!

Hai, senangnya dalam hati,
Kalau beristri dua,
Seperti duniaaaa~
Ana yang punya!

AHAHAHAHAAA!
;)

April 03, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA



pee/ass : first time masuk segmen abg Ben Ashaari nih oww. hikssss.

March 28, 2011

Allah panjangkan umur Cik GKSB

semalam merupakan hari jadi Cik GKSB (Gadis Kampung Separa Bandar) ataupun nama sebenarnya Wan Nur Hanis Azman, orang kuat Kami Blogger Utagha (KBU). entah umur daa nginjak keberapa laa Cik GK nih en. ada sesapa yang taw dak? mai dedah sat bagi tau kat aku. heeeee.

banyak hadiah Cik GK dapat nohh. HUHU, tp memang sweet ah sebab sehari selepas gathering tu jek daa birthday Cik GK. time kat Tg. Asam tu banyak kali daa ayaq mata dia tumpah. sayu jek aku tengok. bagi tisu segulung tamau pulakk. kuat keja Cik GK nih. kalau bukan dia yang bersungguh sungguh ditambah dengan beberapa blogger yang turut sama mengembleng tenaga memang tak jalan laa program sabtu lepas.

GKSB cover teriak !
dari mula mula pilih tarikh, kemudian kepada design baju, tempah+deliver pos laju, design batch button, design banner lahh, goodies bag, dan macam macam lagi lah. tk taw laa sapa yang ditugaskan untuk itu untuk ini. sebab ramai gila blogger yang bagi komitmen yang tinggi dan sangat sangat bersungguh nak jayakan segala bentuk rancangan terlaksana tengahari sabtu tu. amazing gila! aku tergamam kott dengan segala persiapan. SERIOUSLY! SUMPAH!

memang amazing race ah Cik GK nih, pastu ada pulekss kes prank prank apa tak taw malam sebelum pi gathering tu. sian Cik GK dok tension tahan perasaan. HAHA, sampai ada yang panggil dia Gadis Kampung Se Bek (GKSB)! Muahahhahhaa! *sori tumpang gelak sbb memang lawokk*
pelawokpelawokpelawok

eman secara peribadi nak cakap terima kasih sangat sangat kepada Cik GK and the geng yang sentiasa tabah dalam handle event gathering sabtu lepas. TANJUNG ASAM memang gamat gilaa! walaupun sedikit sebanyak cuaca hujan tu daa membantutkan beberapa planning yang sepatutnya akan lebih meriah dan happening. tapi dah hujan kannn. redho. harap cik GK terus lagi memberi komitmen yang EVEREST dalam mengerakkan KBU ni okehh! sekarang ni daa makin rajin masuk FB KBU. notification toksah dok cakap laaa. phewwwwwwwwwwww.....


pee/ass : seluar bunga bunga kalew kalew aku simpan dalam beg jek sabtu lepas.
=)


March 27, 2011

Blogger Utagha beramas di Penang

Alhamdullilah, keputusan aku untuk join gathering KAMI BLOGGER UTAGHA yang berlangsung pada tengah hari semalam tercapai gak hajat. walaupun pada mula mula macam samar samar sebab tak sure nak join ke tak. tapi selepas dipikir-pikir, diconggak-conggak, ditimbang-timbang, tercirit-cirit, tujuh minit tujuh saat bertapa bawah ayaq terjun. akhirnya aku muncul jugak di Tanjung Asam, Teluk Kumbar, PENANG tengah hari semalam!


dengan muka baru bangun tidoq dan taik mata dok melekat lagi serta perut berkeroncong lagu SUA-SUWEYY-KEMONING aku daa sampai kat Tg. Asam tu dulu. kosong, sunyi sepi dan hujan masih renyai renyai. adeyhhh, kalau dok lena ataih katil lagi memang masyukkkk ah. AHAHHAHAA!

lepas daa kompem tempat, memang sah kat situ akan diadakan gathering KBU. aku chalo dulu round round pi hujung Tg. Asam masuk celah hulu banat area situ. SERIOUSLY, memang lawa! phewwwwww, ni kalau ajak Yuna dengan Aizat lepak sini mesti bermacam macam lagu depa dapat ilham nak cipta kann. heeeeeeeeeee.



HAHA, lega tengok gathering kali ni dapat sambutan dan sokongan dalam pelbagai bentuk. sumbangan tenaga, sumbangan wang ringgit, sumbangan keringat serta sumbangan sokongan. lebih 50 orang blogger berkumpul bersama kat tepi pantai beramas ramas tak kira sesiapa. yang jauh dirapatkan, yang dekat dieratkan. yang teruna senyum menyapa, yang gadis senyum tersipu. heeeeeeeee.

kat siapakah aku senyum itu?


pee/ass : seminggu nih Insyaa-Allah entry pasal gathering jaa. sebab byk benda bess jadi. SUMPAH!


March 25, 2011

baju KBU daa dapat !

semalam lepas dari balik dari Merbok. sesampai jek Penang terus calling calling Cik GKSB. time tu Cik GKSB ataih moto dari Sungai Dua. HAHAHAA, dalam dok ataih moto pun pulun angkat phone tu nak bagi direction kat Eman nohh Cik GKSB. heeeeeeee.
;D

Alhamdullilah tk susah pun nk cari blok hostel Cik GKSB kat USM nuhh. dalam dok renyai renyai hujan tu jumpa laa Cik GKSB kat Desasiswa Cahaya Gemilang. dapat jek baju KBU dan barter cash dengan Cik GKSB, dia tanya pi tak Gathering KBU sabtu nih. aku pun macam tk sure nak kata pi ka tak. cakap kat Cik GKSB, tak sure lagi.

tapi hari nih aku daa sure daa!

AKU JOIN GATHERING KBU !

tak sabaq nak serlum pakai baju KBU baru tu woooo. heeeeeee. jumpa kat sana oke ramai ramai kat Tanjung Asam sabtu nih!


December 29, 2010

GATHERING BLOGGER UTAGHA

*entry ni memerlukan space yg lebar dan luas. jadi aku tukar kejap atau mungkin tukar terus layout ini untuk memberi kapet merah buat entry ni. heeeeee.

haihhhhh. penatt aku menunggu gambar bercuti ke Pulau Jerejak tk dapat dapat jadi skip ah terus buat entry pasal Gathering Blogger Utagha sabtu lepas. heeeeeeeee. jom layannnnnnn yuk! HUHU, first time kot aku join gather gather mcm ni. nebessssss!!

25hb Disember 2010
lepas semua daa kecoh kecoh daa buat entry, aku baru laa macam siput nk buat entry gathering ni. heeee. semalam gathering blogger ganu? amacam bess tk? HAHA, ni mai tgk cerita Gathering Blogger Utagha okeee. heeeeeeee. ringkasan cerita; dari rumah aku amik bas ke jetty, tunggu ferry naik ferry, jumpa juan terus rembatt cik tomato dengan meaw kat Perda. heeeeeeeee. gentleman, starts your engines! ALOQ STAQQQ!! phewwww, juan bawak ketaa mmg laju gak laaa. aku tgk setiap kali mesti 100km/h ke atas okee. heeeee. daa laa perut aku tk terisi apa pun pagi tu, mmg nk cepat sampai ke sana nak makan ja weyhhh! aku lapaq giloooo! time dalam keta dalam perjalanan ke sana mmg keras sikit urat mulut aku nk cakap cakap. diammmmmmmmm jek. hehhhhh.

sesampai jaa Star Mall tu terus pi tempat bowling. sampai awal kot sebelum pukul 2 daa sampai tp tk ada orang pun lg. jadi aku dengan gaya komfiden mutu terunggul bg laa cadangan pi makan dulu laaaa. heeeee. talipon GKSB tk angkat angkat pun. tgh rempit atas jalan ah kot time tu kann. nk kena pelangkong taw penganjur lewatt. AHAHAHAA! abess makan semua pi balik kat tempat bowling daa start ada orang daa. Sharlox, LadyZul, dengan Taufiq Helios ada situ, salam salam tegur tegur semua mcm biasa pastu buat group bowling. heeeeee. aku, Juan, Meaw dengan Cik Tomato trus laa buat satu group wakil Penang. AHAHHAHAA! okeee, time bowling ni daa makin ramai yang join. jom layan gambaq laaa okeee. heeeee.




sikit jek dapat aku selit pic main bowling ni. haihhhhhh. orang tk ada camera laa katakan. kredit buat GKSB dan MEAW. nk tgk score aku utk 1st game? HAHA, kami main 2 game jek. heeeeeeeeee.


heeeeee. sikit jek kot jatuhan pin aku. HAHA, tp still tertinggi oke dalam group aku! AHHAHA! lepas jek abes main bowling, semua terus gerak pi Taman Jubli Emas kot tk silap nama tempat tu. hehhhhhh.







lepas puag ice breaking, gossip dan posing posingg keliling taman tu maka selesai laa gathering ni. adeyhhhh, penat aku hari tu. yelaa, dari Penang kott. HAHA, tp tkpa berbaloi kot pi dapat kenal kenal semua yang lain. besss! zesss! meletoppp!

 terima kasih laa buat GKSB sebab tungkus lumus anjurkan gathering ni. anda telah memulakannya, jadi teruskan okee menganjur tiap tahun. heeeeee. dia cakap tahun depan nk buat kat Penang kan?? heeeeeeee. ;DD


terima kasih gak buat Meaw dan Cik Tomato sbb sudi join lepas Eman ajak saat saat akhir. mati laa kalau aku dengan Juan jek yang pi melambung laa kos pengankutan nnt. HAAHHAA! gurau gurau gurau. first time kan kita semua jmp. bessss! nnt lepas ni bole laa lepak lepak lagi kann. Juan laa jadi driver lagi kannn. heeeeeee. Eman dengan Juan daa lama kenal cuma tk penah jmp jek sebelum ni. jadi alang alang masing masing pun nk pi gathering ni, dapat laa jmp akhirnyaa. heeeeeeee. thankss en Juan.

ni senarai blogger yang join gathering tu ;

Inchik Eman


pee/ass : thnx Juan, Yanti, GKSB, Meaw dan Cik Tomato. Eman amik gambaq ampa wat entry ni. mintak belas kasihan nohh. HAHHAHAA! ;DD


December 23, 2010

HADIAH SEMUA SELAMAT !

hadiah dari kontes makan ayam aku semua daa selamat sampai ke tangan aku. heeeee. timakaseh buat penganjur Ayeem. akhirnyaa dapat gak aku merasa banner sendiri. HAHA, tengokkk laa cantik tk wehh? Ayeem yang design sendiri owww. heeeeee. ampa tengok laa aku dok men lompat lompat pocong tu. AHAHAA! pasni aku nak buat page khas untuk barter banner dengan blogger lain ahhh. hehhhh. award award yang aku dapat pun tk buat pages lagik. sabaq nohhh. heeeeeeee. kalau ada sesapa yang sudi nk change banner dengan aku tinggal laa link okee. code banner aku kat sebelah. nnt aku add kat sebelah sidebar pulakk. btw, thnx Ayeem! thanksssssss!



semalam time aku kat Pulau Jerejak, lepas jek aku abes buat Flying Fox daa dapat panggilan dari Poslaju cakap ada parcel untuk aku. heeeeeeeee. aku daa taw daa ni mesti hadiah dari kontes makan ayam tu gak. disebabkan tk ada orang kat rumah, aku suroh jek abg Poslaju tu tinggal kan bungkusan tu dalam kabinet almari kt luar rumah aku. haihhhhh, adik pompuan aku pi mn laaa tk taw. kerap lesap rumah jek sejak balik dari Putrajaya ni. hehhhhh. dan hadiah cenderahati dia adalah;


heeeeeeeeee. termalu tersegan lak aku ado pic aku tgh makan ayam nuhh. haishhhhh. lawa kan frame gambaq ni? heeeeee. thnkss sekali lagi Ayeem. bess kot dapat hadiah ni. HAHA, ni kali ketiga aku dapat bungkusan dari Poslaju semenjak jadi bloger ni. dulu tk pena pun Poslaju nk singgah rumah aku bagi barang free. AHHAHAA! thnks sekali Ayeem. ampa mesti tw kan yang Ayeem skrg tengah jalankan satu lagi kontes baru! HADIAH LUMAYAN wehhhh!

December 15, 2010

AWARD : YAN & ZAI

pehhhhhh. first time ever ah aku wat entry pasal dapat award. first time okehhhh. sebelum sebelum ni orang dok tag aku suro pegi amoik award tp aku macam wat dunno badak sombuu jek. hehhhh. yelaaa, yang bg award tu bukan owner kepada empunya award tu tapi dari tag tag yang berantai berjuntai juntai. jadikk siakap sikap keikhlasan disitu semua orang daa bole nilai kan yang dorang bg award sbb nk berantai rantai. hehhhh.

lagi satu aku macam dok terpikir apa function award ni dalam dunia blogging? pikir punya pikir sampai satu tahap aku malas nak pikir daa dan terus rembat award pemberian dua orang blogger yang aku rapat ni. mehh usha usha dekat dekatt. sat sat sattttt! nyanyi lagu Mior Hassan seround dulu.

Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang,
Duduk renggang-renggang bertambah sayang,
Biar malu-malu biar segan-segan,
Kerna malu itu perisai orang beriman.



heeeeeeeeeeeeee. ni hah award dari ZAI.





dan yang kedua dari YANN! heeeee. i love u laa cmni yannn!


thankss en YAN ngan ZAI sebab datang susah payah ke blog EMAN suruh dan memaksa EMAN amik award. heeeeee. thankssss. kita kawan sampai tua okehh? heeeeeeee. sayangg laa kat ampa dua ni.


pee/ass : kena buat page khas untuk award pasni. kalo yang lain nk bg award tolong bagi sendiri yee. TAG TAG aku tk layannn. thankssss.

Juara Kategori GELOJOH

WOAHHHHH!!
pertama kali ah aku menang kontes kontes bergambar ni wehhh! pertama kali weyhhhh!! AHAHAHAA! selepas aku tewas tiga kali join kontes ini, ini dan ini. tuptuptup kontes bergambar sambil makan ayam ni aku menang. menang tempat pertama okehh! heeeee. tempat pertama kategori GELOJOH. woahhh! aku bajet aku akan tercalon dalam kategori cun, tp tetiba lak terkujat lak aku menang kategori gelojoh. hehhhh. gelojoh kah daku?? AHAHA, mungkin urat urat pipi aku time makan ayam tu kot nampak macam rakus jek kan. cehhhh.

AHHAHA, thankss kepada jejuri yang pilih aku menang en. thanksssssss. thanksssssss.

Category : Paling Gelojoh
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu


thanks en kepada Ayeem yang menganjurkan kontes ni. cantik lak gambar aku dalam flash ko wehh. aku tgh semak semak pic nak attach kasi kat Ayeem ni untuk banner. haihhh..


December 14, 2010

Gathering Blogger Utara 2010


Tema
Merah + Hitam

Tarikh
25 Disember 2010 (Sabtu)

Waktu
1400-1800

Tempat
Taman Jublis Emas Suka Menanti, Alor Setar, Kedah
(Tertakluk kepada perubahan)

Bayaran
RM 20 - Dewasa
RM 10 - Kanak - Kanak
**Kanak-kanak bawah 6 tahun tidak dikenakan bayaran**

Cadangan Aktiviti
Ice Breaking
Games
Jamuan Makan
Penyampaian Hadiah

Bayaran Boleh Dibuat Di
NO AKAUN BANK CIMB
07060004039200
(WAN NUR HANIS BT AZMAN)

**Setelah bayaran dibuat pastikan anda memaklumkan kepada beliau tentang Nama, No. Telefon dan Link Blog Anda Sekali Kepada Gadis Kampung Separa Bandar** .


Untuk Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi Beliau Di:

HP : 019-4446535.
EMAIL : anyss273@gmail.com
YM : anyss_0327@yahoo.com.my



Untuk yang ingin menyertai gathering ini,
anda dikehendaki meninggalkan link blog anda di Gadis Kampung Separa Bandar

aku nak join tapi masalah pengankutan laaa. uwaaa, 25hb tu hari krismas! ada sesapa yang free nk pergi gak keh? bolee laa nk tumpang pi ALOQSTAQ nuhhh. Okee, aku akan usahakan gak nk pi gathering ni. AKU NAK PI dan JUMPA DISANA!

;DD

November 29, 2010

Cikgu Shida Dari Parit

tetiba jek malam ni aku kena sampok apo tk tawu laa sampai gigih nonton banyak video dek Cikgu Shida ni. ramai blog sekarang hangatt tengah cakap cakap pasal Cikgu Shida Dari Bota ni. sebenarnyaa Cikgu Shida ni daa lama feymes dalam Facebook dan Youtube dan memiliki fans ribu raban dalam Facebook dan ribu raban gak viewer kat Youtube weyhh. yeaa, aku baru tawu berita Cikgu Shida ni dari blog LM dan sis DJ jek. pastu daa macam meroyan kejap kenapa masing masing tengah kecoh pasal Cikgu Shida Dari Bota ni??

adrenalin aku laju jek nak tawu pasal Cikg Shida ni. jadikk nak dipendekkan cerita aku pon google, youtube dan facebook abes sesemua cte pasal Cikgu Shida ni. haihhh. aku tk taw laa aku ni jahat ke tidak ataupun berhati perut ke tidak. tapi kalau orang yang tak tahu apa apa pasal Cikgu Shida ni dan menonton video miming lagu dia memang kompem kompem tergelak terburai anak tekak wehhh. aku pun jenuh dok geli kuman jiwa raga dok gelak sebab lawokkk! tk percaya meh test satu vid ni.

vid Cikgu Shidaa daa kena tarik balik dalam Youtube. hehhhh.

tadi sempat aku godek tiga vid jek pun.
Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hasan & Ana Raffali)
Yank (Wali Band)
Waka-Waka (Shakira)

macam aku cakap tadi kalau orang biasa yang tak tahu apa apa mesti gelak separuh hati mengekek ngekek tengok vid miming Cikgu Shida ni kan. mungkin mereka yang tengok vid vid Cikgu Shida beranggapan apa yang ditonolkan Cikgu Shida ni satu bentuk hiburan baru. yeaa, bentuk hiburan baru okee di Malaysia ni. tengoklah dengan hanya buat vid amatur dan miming secara kreatif sendiri boleh jadi feymess. perghhhhh. memang sempoi tahap cipanzi ah Cikgu Shida ni.

TAPI!
KENAPA CIKGU SHIDA JADI MACAM NI?!

melalui sumber dari seorang blogger Megat Azfar (pehh, feymess ko wehh) ;

"Persoalan sekarang, kenapa dia boleh jadi macam tu? Ya, nampak macam gila+mental+gila talak? Eh? haha. Sebenarnya dulu dia tak macam ni. As well as my mum said, she teach very well in English subject. Tetapi segalanya berubah bila dia putus tunang kalau tak silap aku. Yea, she is very butthurt tentang ini dan telah mencacatkan sikit mentalnya. Sebab itu kalau korang perasan, video awal-awal dia semuanya lagu frustrated."

jadi jangan laa kepada yang kutuk mau tak mau tu terus terusan mengutuk Cikgu Shida ni. mungkin bebanan kerja dan ketidak kawalan emosi dek kerana putus tunang yang menyebabkan perkara seumpama macam ni terjadi. dimana dia mencari perhatian yang diluar norma batasan seorang yang bergelar pendidik. kita doakan dia sedar dan terus menyumbangkan lagu ilmu bakti dia dalam pengajaran Inggeris di sekolah.

CIKGU SHIDA KEEP IT UP YOUR GOOD WORK! I KNOW YOU CAN ACHIVE MORE THAN THIS! GO! GO! GO!

pee/ass : okee, aku nak cari tuisyen English. "=.=

November 28, 2010

Blog WAJIB Inchik Eman

dahh hampir seminggu lebih Eman praktikkan melawati blog yang wajib singgah dan bertegur sapa ni.
ni adalah anatara list blog eman yang memang memang akan pergi setiap hari. MEMANG AKAN PERGI SETIAP HARI okehh. mungkin sebab makin dekat nak kenal hati budi blogger blogger ni kot kann. heee. berinteraksi lebih dekat sebagai blogger jek laa. lagi pun dorang pun kerap gak datang sini tanya tanya khabar. heeee. bess kan kalau orang singgah daa at least TYPE NAMA KITA daa bertanya khabar.

bukan mcm,
hari ni sihat?

kan elok mcm ni,
eman sihat sihat jek ke ari ni? eman makin chumel tk?

hehhhh. psychologist pun ramai cakap kalau kita tegur orang dan memanggil orang dengan gelaran yang dia suka sememang memangnya akan menerima respons yang baik. jadi eman memang tiap kali pergi BLOG WAJIB eman ni akan bertegur direct dengan dorang. tk pkai Ctrl-V en. heeeee.

ni hah BLOG BLOGGER WAJIB eman singgah tu.


sebab kenapa eman selalu menyinggah blog dorang gak ialah sebab blog dorang ni selalu jek update dan kencang sangat sangat dalam BW. SANGAT SANGAT okeyy. heeee. blog yang lain pun eman pergi gak. tapi melaui shoutmix sebelah ni jek laa ataupun koment dari post post. rasa lebih bersalah kalau tk respons dengan blogger yang betul betul directly cakap/koment dengan kita.

pee/ass : ada tk sesapa nak eman pergi blog dia tiap hari dan wat kacau mcm eman wat kat 10 blog atas ni?