Pages

Showing posts with label kumat-kamit. Show all posts
Showing posts with label kumat-kamit. Show all posts

May 16, 2011

aku nak pi Mekah

hari ni sehari suntuk aku kat rumah sorang sorang. mati kutu cuti sem macam ni tk buat apa apa. tk ada projek, tk ada plan, tk ada aktiviti apa apa. macam ni laa hari hari kalau hari bekerja. mak-abah pi keja, adik aku pi sekolah. tambah hari ni adik aku yang cuti sem jugak tu tk ada pi Taiping, amik sijil SPM. lol.

daa laa bangun lambat. rutin harian aku buruk ah. nak kena plan sesuatu mulai esok. ehhh, esok cuti Wesak! mak-abah still keja, tk cuti. HOHO, double triple payment kot mak! nak duit poket lebih plis. heeeeeeeeee. esok aku dengan adik aku nk plan apo ahhhh!! demmm ah cuti sem ni cemmni. grrr!

nak update blog pun susah dengan internet cam haram jadah jek. daa laa bloggger buat hal hari tu. terus aku merajuk tanak update 2 hari. ni update pun sebab bosannnn. otak aku jammed ah. tk boleh pikir isu nk dikupas dalam blog. tengok laa malam ni aku pi bertapa cuci mata kat tepi laut ke cari ilham untuk entry esok.

oke, bye!


pee/ass : doa kan aku pi Mekah oke. errrr..

May 11, 2011

mimpi tidur di IKEA. aku dihujani meatball !!

IKEA! IKEA! IKEA!

daa lama daa, dari dulu lagi aku teringin nak sampai ke IKEA nih. yelaa, sadis jahil kan aku banyak tempat yang common aku tak penah pi. nak buat macam mana kan, aku bukan hari hari pi berjalan sana sini. lagi pun IKEA nuh berkilometer jauh dari Penang. cer bukak satu outlet IKEA kat Penang sat. cer bukak cer bukak. heeeee.

ahh, aku teringin nak pi IKEA pun bukan nak beli perabot perkakas rumah ke apatah lagi beli peti sejuk mahupun dapur gas. umm, peti sejuk dan dapur gas tu salah satu pecahan perabot jugak kan? ke aku masih jahil ilmu ni. lantak-lah. bukan aku nak beli pun. AHAHAHAA! aku nak pi pun sebab meatball IKEA. orang dok bagi tau kat aku kalau pi IKEA nih ada kedai jual meatballyang sedap estalabishta-bebehhh! pehhhhhhh!! aku bab makan makan nih memang bergetarrrrrrr jek telinga aku ingat sampai sekarang. yess, meatball kat IKEA!

pic dicopek dari blog cik epal gonjeng
pehhhhhhh!! kalau ampa pi baca entry menternak lemak cik epal gonjeng di IKEA surely ampa meroyan tonggeng bontot nak makan meatball IKEA ni jugak. memang estalabishta-bebehhh ah! lagi lagi tengok kegirangan melampau lampau cik epal ni lagi ah buat macam nak pelempang jek cik epal ni. MUAHAHHAA! gurau jek cik epal en. haihhhhh. bajet dia singgah blog aku pulekkkkk nyahh. awwww!


kejadah? kejadah? kejadah? erkkk, kenapa aku asyik sangat story telling pasal meatball IKEA dohh! HAHHAA, aku sebenarnya nak promote IKEA Bedroom Contest : you & your bedrooom dari IKEA nih. yelaaa, BE baru dohhhh!!  huwaaaaaaaaaaa, kelaut daa pulak entry aku nih. heeeeeee. kalau ampa nak join buat gila join ah contest ikea nih. ampa boleh bajet tidoq kiut kiut pastu siap pilih katil macam mana ampa nak pastu boleh laa mimpi basah bersama tettttttttttttt. MUAHAHHAHHAA! so kalau nampak banner iklan kat atas ni jangan lupa klik untuk join aku tidorr oke. heeeeeeeeeee. tanak ke join aku tidor weyhhhhhh. aku baik kotttttttt. lol.


thanks cik Nuffnang dan IKEA. sori pi promote meatball pulak tiba tiba. HAHHA, tiba tiba okee.

mwahh! mwahh! mwahhhhx!
=P

May 05, 2011

Tarikh Tutup Giveaway Cupcakes

dengan ini secara rasminya saya Inchik Eman akan menutup giveaway cupcakes pada tepat

7 MEI : 0005 AM



giveaway ini dibawakan khas oleh



pee/ass : berkejar ke Merbok untuk submit proposal research.
pee/ass : modem broadband rosak, pinjam broadband kawan nih. haihhhhh.



April 09, 2011

kenapa orang suka curang ?

kebelakangan aku asyik terpikir pikir kenapa orang yang tengah sedia ada berpasangan boleh ada keinginan untuk curang? padahal daa macam macam susah senang daa depa kogsi dan lalui sama. dan bila suatu masa, depa sanggup untuk curang.

daa bermacam efforts daa si curang tu daa buat kepada pasangan. tapi boleh pulak dia curang jugak. pelik! adakah dia curang sebab segala efforts dia selama ni kepada pasangan tak dihargai sepenuhnya. atau efforts dari dia tu tk ikhlas?

dan kenapa tk berterus terang cakap berdepan jika ada sesuatu yang tidak sedap dimata atau puas dihati? haihhhhhh. nafsu membelakangkan segalanya. sebabkan nafsu semua kemanisan bersama pasangan jadi gelap. sedih kottt. hmmm..

1. bosan dengan pasangan. bila kita daa bosan dengan pasangan, maka kita lebih suka untuk mencari lain. bila kita start kenal orang lain, kita sah sah memang tak kan bosan. sebab orang baru, idea baru, pengalaman baru dan cerita baru. hmm, at least bagi tau laa kat pasangan kita yang kita daa TAK BOLEH BELAH daa dengan dia. jangan curang secara diam diam. jangan! tolong-lah jangannnnnnnnn plis.

2. tak puas dengan apa yang ada. ini memang masalah sendiri. bila mana kita berjalan dengan pasangan sendiri pun, boleh lagi usha usha orang lain. usha pulak tu bukan sesaja usha sekali pandang, malah berkali kali pandang macam haram! hehhhhh. sebelum bersama, macam macam puji.

"Nak tahu kenapa saya pilih awak? sebab awak lain dari yang lainnnnnnn!" 
hak-tuiyhhhhhh!!

3. bukan jenis setia. orang ni memang wujud atas muka bumi Allah ni. daa memang sifat dia untuk flirt around kenal orang itu, kenala dengan orang ini. ada satu kes aku dengar, boleh texting dengan 5 orang yang berlainan dalam suatu masa! perghhhhh, meriah kott message masuk henphone. daa macam hari raya lak kan.

hehhhh. ini saja yang dapat aku pikirkan. kalau ada tambahan jom debat dengan aku dengan KOMPLAINT kat entry nihhh. bluwekkkk!
=P

pee/ass : kenapa budak sekolah suka rakam vid sex sendiri? BODOH!


April 06, 2011

Inchik Eman bukan pembohong

Inchik Eman panggilan aku di rumah sawang nih.
bukanpembohong pulak alamat rumah sawang aku.

sejarah alamat rumah (URL) aku nih asalnya memang tak ketahuan. lepas 3-4 bulan blogging dengan alamat nih baru rasa macam nak tukarrrr!!! nak tukarrr!! tapi bila dipikir pikir kalau ditukar nanti akan hilang link aku kat bloglist beberapa blogger yang daa rapat. time tu blog aku nih daa listed dalam bloglist Abg Ben oww. tapi sekarang daa tk listed daa pun.
T.T

tapi SERIOUSLY aku memang nak sangat sangat tukar alamat rumah aku nih. hehhhhh. kalau dengan cara beli domain dan tukar oke tk? daa banyak kali aku check URL www.inchikeman.com tak ada orang beli lagik. HAHA, tetiap bulan kot aku check URL tu. umm, tunggu masa sebenar ni nak bertukar ke domain.

survey bukan main kencang lagik aku kat NetKL, Exabytes dan Serverfreak. bila di survey survey rasa macam tertarik pulak dengan package dari Exabytes. heeeeeeeee. tengah tunggu membilang hari. sambil menyanyi nyanyi lagu Rossa.


ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu,
takkan ku ganggu kau dengan kekasihmu,
ku kan selalu disini untuk menunggumu.

AHAHAHAHAAA!

Hai, senangnya dalam hati,
Kalau beristri dua,
Seperti duniaaaa~
Ana yang punya!

AHAHAHAHAAA!
;)

April 05, 2011

cara handle bulu hidung yang tersembul

bebaru ni ada malaun mulut haram jadah tegur sebab secotet bulu hidung aku tersembul. tapi takpa, aku tak gelabah pun sebab yang tegur aku tu memang mulut haram jadah. jadi tk makan dalam pun. aku selamba badak jolok jolok bebulu hidung aku masuk balik ke dalam lobang yang sepatut patutnyaa balik. heeeeeee.

okee, persoalannya. bagaimana nak tebang bulu hidung? takkan nak kena upah mamak gunting rambut potong kottt. arghhhh, nak cabut bulu hidung tu sakett kottt!! demmitt! aku penah try dan SERIOUSLY sakit macam kena patuk kala jengking! okee, itu hiperbola saja. nak pakai gunting buat sendiri, aku daa trauma sebab penah bila nak letak muncung gunting tu kat lobang jek daaa terbersin bersin. haihhhh. tak jalan jugak.

TAPI TAPI TAPI sekarang aku daa temui formula senang dan mudah serta ringkas juga tangkas untuk meng'handle'kan masalah bulu hidung tersembul nih. cara ni aku dapat ilham time aku kerja kat Nandos dulu lepas SPM.

okeee, caranya simple jek macam picit pimple. apa yang perlu ampa buat adalah ;

1. mencari seseorang yang bergelar perokok rokok.

2. kemudian mintak keizinan untuk meminjam lighter kejap buang 2-3 minit.

3. after that, ampa pi berdiri depan cermin yang boleh dapat view yang jelas duduk letak lobang hidonggg ampa. kalau hidong macam Zizan rasanya tkda masalah yee, sebab pakai side mirror pun bolehhhhh.

4. then ampa nyalakan lighter di tangan. untuk yang kidal pakai tangan kiri. yang tak kidal pakai tangan kanan macam biasa biasa jaa.

5. next step ni adalah untuk tontonan pihak berwajib yang daa penah mandi wajib saja okee. yang tak penah mandi wajib tayah baca.
SERIOUSLY PEMBACAAN ANAKDA ANDA SETAKAT INI SAHAJA!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tahniah kepada yang penah mandi wajib. langkah ke-5 yakni yang terakhir adalah dengan menyalakan lighter dan dihalakan sepantas mungkin ke kedua dua belah lobang hidong ampa. kemudian dengan tidak semena mena ampa akan terhidu bau hangittttt.

yaaa, lebihan bulu hidong ampa yang secotet tersembol tadi daa lupus dek api.

;DD

February 09, 2011

budak UiTM kebanyakan excited ke UiTM Shah Alam

hari ni takda kelas. yeaa, setiap rabu mmg selalu mcm ni takda kelas. bangun awal tadi kejap pegi kampus godek godek cuci mata jap pastu balek tido.

aku baru bangun tido. dengan cotact lens melekat kat mata lagik ni. 8 jam tido dengan lens masih kat mata. demmmitt! first time aku tido lame cemmni dengan lens tk bukak. bukak bukak mata jek kabur blurr mata aku. genyit genyit mata lebih dari 100 kali baru ah jelas mata ni. hehhhh.

cuma tadi aku lepas bangun tido, kabut jek aku pegi dobi amek baju semalam punya aku hantar. hehhhh. lupa ah nak amek sbb tido punya pasal. HOHO, esok maw ke SHAH ALAM. lawatan sempena subjek Local Government (LG). 3H2M kat sana stay kat Puncak Alam jek pun. selama 3H2M tu daa direncanakan untuk buat lawatan ke Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan pada hari jumaat pagi dan berikut petangnya ke MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam).

heeeeeeeeeeeee. lepas dari petang tu bole laa nak melewaqqq merata. depa kata nak pi Sunway. hehhh. aku pena pi sekali jek Sunway tu pi men bowling dengan sepupupupu aku dulu. hehhh. ni first time aku akan menginap dalam UiTM Shah Alam yang ramai yang nak sgt sgt nak belajar kat kampus induk tu. bukan sekadar first time menginap tapi first time nak masuk UiTM Shah Alam tu!  oke, aku mmg excited nak pegi sana. heeeeee. bukan aku jek okee, ramai lagi yang lain pun excited kot. ke aku jek yang excited ahh? hehhh, lantak-lah.

kalau ada sesapa yang nak ajak date nnt jumaat ptg tu email personal aku okee. MUAAHAHAHHAHAA! alaa, Shah Alam jek pun. nak gerak gerak kat situ kacang jek.
=p

pee/ass : Nadia Marcello tu belajar kat UiTM Shah Alam kan?


February 06, 2011

ter-cash out duit Nuffnang

jam detik nk masuk pukul lima pagi. tetingkap chrome aku terbukak empat; gmail, Facebook, blog dan tingkap drafting entry ni.

baru jek lepas update player Songbird. baru jugak lepas defrag hardisk laptop. tunggu punyaa tunggu abes berbelas kali dok ulang lagu "Years From Now" by Aizat Amdan. serioiusly aku kemaruk lagu lagu Aizat sekarang. tolonglah hentikan ketagihan musik aku ni. assignment aku tk abes lagi woyhhh! demmitttt!

dengan projek ETR aku tak gerak lagi nuhh. mati laa esok ni aku balik Merbok. tadi baru siap packing barang barang nak balik Merbok, balik rumah sewa der. cuti CNY pun daa abes. legaa gak dapat jugak bercuti seminggu ni memang aku manfaat sehabis mungkin, tgk laa mn ada aku update blog pun. hehhh. tk sempat laa walaupun internet di hujung jari dan sgt sgt laju tapi panggilan cuti aku merayap rayap lagi kuat yang amat! SERIOUSLY! hampir lima hari aku tk melekat kat rumah! kemana? haaaaaaaaaaaaaaaaaa, itu yang kita tk tau. hehhhh.

Inchik Eman tolong-lah kembali berblogging plis. BE Nuffnang pun daa tk rajen melekat ni. haihhh.. btw, aku daa cashout duit! heeeeeeeeee. boleh tahan gak jumlah duit 4 bulan dgn Nuffnang. org kata lepas sebulan baru cheque tu sampai rumah kan. elok laa tu sampai bulan depan. duit PTPTN aku pun tk banyak daa lagi ni nak hidup. phewwwwwwwww... AZAB!
:D


pee/ass : minggu depan nk ke Shah Alam sempena lawatan aku ke DBKL untuk subjek Local Government.


January 13, 2011

off to Penang

\(z_^)/
Selamat Berpetanggg!

WOAH, aku sempat tido 1 jam 13 minit jek td lepas balik dari kelas. hampeh Famy! hampeh Arep! ampa tk nmpak ka aku tgh dok tidoq lena kat ataih?! sekoq gedik petik gitar bajet Jason Mraz pulekkkk. demmitttt!

petang ni balik Penangg. balik petang ni dapat laa rasa 3 malam tido kat rumah, tu pun kalau aku balik sampai hari Ahad. hehhhh. tapi aku balik Penang ni pun hanya nak amik kesempatan sebab Ahad kat kedah ni dapat cuti sempena Ulangtahun Sultan Kedah. heeeeeeeee. mati ah nak berganti kelas nnt hoyyyyy. tajuk research pun tk listing lagi. penceramah untuk program akademik lagi laa aku tk listing sekor pun. mintak mintak laa Naimah punya progress laju macam turbo Apollo 11. puhh-lishhhhhhh.

terpaksa balik Penang gak ni. nak ganti kad ATM Maybank, cari charger laptop, beli buku Act segala anak beranak tu lagi, nak buat spec baru *sakit bijik mata aku pakai lens hari hari. demmitt!*, nak tetttttt, nak tutttttt, blablablablaaa *hanya tuhan yg tahu* beratus ah duit aku habis. hehhhhh.

ohhh yaa, photo-shoot date dengan sang senget tk dilupa. AHAHHAA, dslr baru oww, bau kedai lagik! tunggu naa cheq balik. nnt kita snap snap snap macam monyet. SERIOUSLY! bolehh laa pasni blog aku warna warni lagik sikit dengan pic pic yang menyetannn. hehhhh.


pee/ass : fine! aku baru dapat SMS dari Naimah. dia pun balik jugakkkkkkk! balik Alor Setar! demmittt.

January 12, 2011

tembak budak setan !

bebudak kat Amerika senang senang jek copek bapak depa punya pistol bawak pi sekolah pastu main tembak tembak budak yg depa tk suka kann? kann? kan best kalau bapak aku pun ada pistol simpan dalam laci kat rumah jugak. bole aku tembak budak yang suka menyetan kat mata aku. hehhhhh.

ada sorang gadis tu kat FB bukan main lagi def pic nk kontroversi nak panas nak hangitt. kecohh jek prong prang prong prangggg status FB dia update. sampai Home FB aku penuh list status dia jek. ni mmg Facebook-er yang tegar ketegaqqq! hehhhh. pastu kalau selisih jek jmp kat memana jek, diammm. diamm tunduk muka lari mcm tikus. motif? kat FB kencang jek, kat depan mata kecutt pulekkkk. haihhhh. aku tembak kang kott budak budak mcm ni. aku nk tegur pun terus tk jadi, matikan terus jek niat.

cik adikk, senyumm laa sikit. muka nak ketat nk mintak lempang pehal? HAHAA, aku bukan nak selak kain orang ah. cuma macam rimas yang melampau tengok umat hiphopkarat hipokrit. hehhhhh. yeaa, aku tembak budak hipokrit!

kalau dapat pistol 9mm kan best. bole main main tembak orang. heeeee. lama tk main tembak tembak orang kottt. haihhhhh. jadi kalau ampa ternampak aku pegang pistol tu cepat cepat ah angkat tangan keatas okee. aku pasti tk tembak dann terus peluk ampa. AHAHHAAAA!


pee/ass : macam best jek Taman Negara Pahang. CANOPY WALK TERPANJANG DI DUNIA (500M) weyyy!



January 03, 2011

pilih bulu baik

Ada bulu yang perit dan menjadi ingatan sentiasa, itu lama. Ada bulu yang sedang dijaga dan terus ingin menjaga secermat mungkin, yang ni baru. Nak pilih yang mana satu?

Mestilah yang baru. Perkara buruk yang lama kena tinggal dan abaikan terus dari liang ingatan. Perkara yang baru sedang salur laju dalam bebuluh darah. heeeee. ini yang aku cari selama ni, ketenangan dan bukan kecelaruan.

Bongkak, dengki, boros, buta, menyetan dan malu tk bertempat kena tinggal padam dari hati hitam lama. Diganti dengan penjimat, peramah, penyayang dan iman kuat. hehhhh. kuat kerrr? Insya-Allah, diizinkan.


Selamat Tahun Baru 2011.



pee/ass : charger laptop letup, tk boleh deraihh nk blogging.

pee/ass : tiada azam MEGA kali ni. fly with the flow~

December 26, 2010

haramkan internet

kalau dulu org cakap tk boleh hidup kalau tk ada air. kalau tk ada makan. kalau tk ada henpon. sekarang ni aku nk cakap tk boleh hidup kalau tk ada internet. ada laptop, ada broadband dan ada secalit IQ daa complete daa hidup kan sekarang. hehhhh. aku bukan nak cakap atau racun ampa cakap internet-lah segala nya, internet-lah kiblatnya. BUKAN!

tengoklah hidup seharian aku ni, tak blogging aku akan Facebook-ing, tk pun YM-ing, dan paling tidak pun Youtube sajokkkk. hehhhhh. sekarang ni nk tweet tweet jek aku tk pandai tk cekap. acc ada jek tp nk login semata nk update tu bek tk payah. bukan ramai sgt pun yg pakai Tweeter pun kann. lain lahh kalau aku ada BB sejibik. yeaaa, aku nk BB sebijik. hp SE W980 aku ni aku nk gantung kat dinding wat ketuk lipas. hehhhhh.

bangun tido internet. jegil mata jek mmg internet ah terhidangg dengan tetingkap yang menyelerakan, phewwwwww! HAHAA, tk sempat tgk news tv, internet plissss! nk masak tk ada resepi, internet plissss! nak berskandel pun, internet plissss! heeeeee. melampau kan aku. sampai abah mak aku pun daa bebel bebel cakap semayang aku kemana laa apaa laaa. hhehhhh. *yun semayang laaa*

haihhhh. internet tu tk haram ah, orang yg pakai internet nk tgk porn tu yg macam haramm! hihihihiiik.. *muka leper papan, tk bersalah*


pee/ass : Malaysia dah sumbat 2 bijik goal! WOAHHHHH!!

aku nak DSLR

salam semua.
CUKOPPPP! SUDAHHHH! aku tk mau pi bercuti mana daa pasni. HAHA, penatt kott sampai nk update ngadad laptop pun tk larat. padahal stry byk jek. haihhhhh. ni semua keterujaan aku mati sbb aku tk ada pic ah nk tayang. aku ni copek copek pic orang jek kat Facebook. tp depa lak tk upload lagi, lecehhh ah. hehhhhh.

semalam aku join Gathering Blogger Utagha! ciyttt, nama event pun mau utagha jek kan. *kelassss kau Maria!* MUAHAHAAA! nnt laa aku buat entry khas okee. nak tenggok orang lain tayang pic depa wat entry dulu, nnt aku copek aku buat laaa backlink okeee. heeeeeee. si Taufiq Helios pun sebok suro aku wat entry daa. weyhhh, aku pun tk dak pic gak oiyyyhhh. AHHAHAAA! nnt kita pi copek gmbaq depa yang lain nohh. heeeeeeee.

SERIOUSLY, bess ah join gathering ni lagi lagi part gossip dalam komuniti blogger sendiri. tercuit cerita org tu, tercubit cerita org ni, terselak cerita org nun. HUHU, panasssss skandel skandel blogger kan. aku pun ternganga dengar lopong mata jek dengaq cerita kak rye. hehhhhhh.

okeee, tunggu ah entry pasal Pulau Jerejak dulu. pastu baru pasal Alor Setar nun nohh. heeeeee.


pee/ass : nk pakai baju kuning malam nih!

December 20, 2010

mak pingsann u olls !

err, aku tarik diri jek laa dari cabaran 30 Hari Blogging tu. mak tk mampu nokss. hehhhh. memang tk terdaya laa nk hupdate non-stop tiap hari cabaran tu. jadi dengan rasminya aku umumkan penarikan diri aku. sekian.

daa nak hujung hujung cuti semester ni macam macam pulekk planning mai tetiba sepantas taik lombu jatuh ke tanah. hehhhh. orang ajak pi Genting laaa. ajak pi Pulau Jerejak laaa. ajak pi Dam Ayer Itam laaa. ajak jadi money boy laaa. upsss, tk koserr mak occayy! AHHAHAA! apsal post aku ni berbaur maknyah ni? sundell pulekk kannn. ok oke, sekali sekala, dua kali dapat bala! hehhhhhh.

mengenai semua plan diatas, maka aku umumkan akan pergi bercuti ke Pulau Jerejak dan ke Alor Setar sajokkk. jadi tk dapat laa aku nk hupdate blog meriah ni occay u olls? HAHA, jangan maree okee. mak nk bercuti sakan ala ala Carrie Bradshaw! engko mampu? haaaaa, verangan sangat kan u olls. hikssssss. okee, aku geli dan aku malas nk delete edit balik. kalo ampa pun geli sila juihh lidahh dua kali okeh.

NGEEEEEEE! NGEEEEEEE!
=p

pee/ass : sesapa lagi haa yg join Gathering Blogger Utara? nk tumpang dr Penang ni. heeeeee.

December 18, 2010

petang dengan 3gp & pak tongko/cakoi


sebelum ni aku check check kat bahagian Keyword kat Analytic Nuffnang mesti kosong jek, NO RESULT. tp kadang kadang selalunya keyword budget laa yang ada pun. pastu dalam seminggu lepas keyword Spiderman mencanak canak macam KLCC lak. refferal banyak aku tgk dari Indonesia. apakah yang terjadi di Indon sekarang? adakah mereka nak ganyang Malaysia lagi dengan beraksi ala-ala Spiderman. hehhhhhh. tp sejak semalam ramai lak keyword kisah dua beradik aksi panas 3gp tu. haihhhh. lantak-lah. aku bukan pandai nk main SEO ni. aku pakai blogspot jek kot, lain laa yang pakai domain sendiri tu sangat sangat mesra SEO. heeeeeeeeeeeee.


petang petang ni sempat buat uli uli tepung buat kuih cakoi jek. hehhhh. setengah orang panggil pak tongko. tapi family aku panggil kuih ni bahulu rendang. pe citer? cer criteee.. cer criteee.. heeee. sedapnyeee! tp aku buat goreng makan kosong jek. tk reti laa nk buat kuah kacangg. hehhhh. jemput makan en.

;DD


December 12, 2010

Cuti BLOGGING

Salam.

daa masuk 4-5 hari aku tk update apa pun blog aku ni. hehhh. semalam jek tarikh tutup kontes makan ayam anjuran Ayeem. sempat laa gak aku jengguk blog Ayeem mana taw daa kuar keputusan keh apo ke kannn. tp nampaknyaa keputusan minggu depan baru kuah wehh. SERIOUSLY, aku nk menang! miahahhaa!!

sepanjang aku tk bloging ni aku sebenarnya berada kat kolompoq. HAHA, berjimba jimba disini tanpa mengenal erti penat. ehh, apo tu penat? aperrr tu? cheq tk tawwwwww.. heeee. Insyaa-Allah esok aku balik Penang bole laa nak jogging blogging macam biasa balik. hehhh. cabaran 30 Hari Blogging pun daa tungang langgang. hampehh ah. tp tk apo, ampa yang rerajen mai masuk blog ni tinggal jejak tu terima kasih laa bebanyak. maap laa tk dapat nk membalas jejak. tunggakan entry berlambak lambak nnt aku buat balik Penang ni noh. entry zai laa. entry gathering blogger utara laaa. huhhhh, semangatt!

Salam Maal Hijrah.
=))


December 02, 2010

lagu karaoke mati tekak

malam semalam atau pun lebih tepat pepagi buta semalam dalam pukul 4-5 pagi cemmtu aku karaoke kat dalam bilik depan laptop dengan bantuan Youtube. heeeee. terima kasih Youtube kerna memahami situasi gian tk berduit aku ini. AHAHHAA!

pastu tadik kuar merayap ingat sempat laa nak pi karaoke selepas merayu meronggeng mintak duit kat mak. hehhh, mak aku catu duit aku okeehh sempena cuti sem aku sbb aku malas nak kejaa. haihhhh. oke okee, time aku merayap merayap ke Queensbay sempat laa nak perati rate Neway Karaoke tu. pegi tanya students rate mcm mn en. yeaa, aku siap siap bawak student card matrix aku kott. hehhhh. bajet sengkek giloo kan aku. amoi tu cakap rate students sampai pukul 7 jek pastu dalam RM10++. huhhh?? apo lak plus plus nih? pastu aku macam tanya lagi harga sebenar dia berapa, pastu baru dia cakap RM20 per head. hehhhh. aku pegi survey jek pun. tu pun sorang sorang. kawan aku sekor tu buat taikk lak tk datang. hehhhh. terus aku belah pergi 1st Avenue.

usha usha dua tiga kerat. adoiyhhh, bosannn. blah pi Gurney dengan hati yang sangat rawan nak karaoke tk dapat. hehhhh. nasib bek 3 org budak hitam setia menemani aku yang agak agak macam nak meroyan jek sebab kawan aku yang sorang tu buat taikkk!! aku kat Queensbay tadi sorg sorg kotttt!! haihhhhh.

oke okee, aku kat sini nak list lagu wajib tayang nyanyi aku time karaoke. weeee~! hepinyeeee!! hepinyeeee!! tak dapat karaoke tapi dapat syok sendiri kat blog pun jadik laa. heeeee. hepinyeeeerrr!!

1. Penantian - Blackrose
2. Permaisuri - Data
3. Pada Syurga Diwajahmu - Nash
4. Bella Luna - Jason Mraz
5. I Will Survive - Gloria Gaynor
6. I Surrender - Celine Dion
7. Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
8. Cuba - Faizal Tahir
9. Sampai Syurga - Faizal Tahir
10. Careless Whisper - George Michael

cukop laa 10 jek aku list. uwaaaa, nak karaoke jugakk!! ada tak yang macam macam mampu nak berduet keh dengan aku? HAHA, kalau ada yang kaki karaoke area Penang jom laa aku cabar 3 jam karaoke!


November 26, 2010

BC : Day 02

Day 02 - The meaning behind your blog name

URL : bukanpembohong.blogspot.com
blog name : Inchik Eman

memula dulu nama blog ini bukan bohong, pastu baru baru ni baru tuka ke Inchik Eman ni. heeee. saje jek nk bagi eksklusif sikit. heeeee. diam! okee, tapi aku lebih nak cakap pasal maksud nama blog aku yang dedulu tu ini bukan bohong.

ini bukan bohong.
seiring dan selari jek dengan nama URL aku kan. sebab kenapa aku pilih nama macam ni ada berkaitan dengan entry memula aku dalam blog ini. ketika tu aku sangat sangat frust tengah putus cintonn. putus cintonn okehh, bukan cinta melankolot tu! time memula origin blg aku ni lebih kepada frustration. woahhhh, melankolot gila aku time dedulu. hehhh. padahal beberapa bulan lepas jek kott. tapi still memang aku rasa origin blog aku ni pasal frustration. tapi sekarang daa menyimpang jauh daaa. tengok laa kan blog aku sekarang daa hepi hepi jek kan. ada segmen ketuk-ketuk yang glamer tu dan rajin jek masuk kontess. weeee~!

ini bukan bohong dicipta untuk menampakkan yang betapa aku menulis dalam blog ni jujur jek segala perkataan aku. tk ada lapik lapik dan masih terkawal adab tatasusila okehh. tiada langsung unsur fitnah apatah lagi nak memburukkan mana mana pihak. SERIOUS! aku kalau bercakap tu dari sumber yang sahih. tk ada mekap mekap story sendiri dan jaja ke hulu ke hilir SENDIRI. hehhhh. *mood marah*

okeeeh, aku sayang sangat blog aku. senyum lebar dan titik.

November 23, 2010

kek moist menjadi woiyhh !

semalaman mmg daa berangan nak buat kek moist choc. berangan punya berangan akhirnyaa macam jadi satu motivasi lak bila ada bufday sorang blogger itteww. heeee. jadi tk semena mena adrenalin aku macam laju jek excited nak buat kek moist ni. ditambah lagi dengan bufday blogger baek itteww. heeee.


dugaan giloo nak buat kek moist super duper yummy aku ni. start buat tadi pukul dua lebih. dok tengah dok syok syok ketuk ketuk mesin segala bahan tepung, koko, milo, blablablablaaaa semua. lepas tu pegi laa siap siap bahan untuk moist choc tu lak. heeee. sibuk tengah buat double boiling untuk moist tu sambil tu aku pegi laa idupkan oven nak bakar nanti. tup tup tup! hahhahaa. sekali lagi enn TUP TUP TUP!











GAS HABIHH WEYHH!











melalak kejap aku dalam dapur tadik. hehhhh. daa garu kepala aku tgk jam daa pukul 3 lebih ni. adoii, nak tipon orang anta gas aku tk ada duit nak bayar. tunggu laaa sampai mak aku balik keja pukul 1830. sementara tunggu tu sempat lak aku review resepi kek moist aku tu. saje jek nak tengok semua betul tk. pastu baru aku terperasan satu bahan lupa nak letak. SUSU PEKAT! demmmmmmm! dohh kek daa dalam loyang tu. hmmmm, cedok 2 sudu besar susu pekat tarok dalam loyang dan mesinnnnnnn dalam loyang tu jugakk!! HAHHAA, express punyaa talak juai. heeeee. mak aku balik kejaa jek terus call orang mai anta tong gas baru. weeeee~!

masa untuk membakar!


TADAAAA~~


heeeeee. siap bakar. biar suhu bilik sikit pastu baru tuang moist. heeeeeeeee.

dan sepotong ini untuk blogger itteww.


SELAMAT HARI JADI AKAK LYDIA MIZA. SEMOGA PANJANG LAGI UMUR DAN DIBERKATI LAGI HIDUP PAS NGINJAK ANGKA 30 NI OKEHH. heeeeeeee. alang alang buat kek ni bolehh laa kongsi ngan akak yeee. selamat hari lahir sekali lagi.


pee/ass : thnx Falii pinjam kabel henpon sony nk transfer gambaq. sempat upah kek jek tadi. weeee~!


ikhlas dengan blogger

sori semalam BW tersekat seketika sbb shoutmix ada problem entah pehal tetiba system shoutmix tu down. hehhhh. maintenance kottt. takpo-lahh.

sekarang aku tengah dok tunggu butter aku lembut sikit. maw buat kek ah hari ni. kek coklat lembab. weeee~ choc moist laaa. daa tepung dok belambak tu baik aku main masak masak kat rumahh. lagi pun ada janji dengan sorang blogger itteww nak buat kek sempena bufday dia. AHAHHAHA! sabarrrrrrr..


hikssss. lama kot tk main main oven tu. tadi aku daa cuci sikit sikit oven tu. tgh bagi kering jek ni. semalam lepas godek godek resepi dalam myresepi.com tu terus jek aku rembat resepi choc moist. heeee. aku pakai tepung kek yang daa ready made lol. senang laa kann. ;DD

kepada mereka mereka yang asek dok tanya mintak tutorial aku macam mana aku mekap mekap blog ni semalaman semalam. karang laa pass aku bakar kek aku bagi website mana yang aku pegi copy-cat kod HTML sesemua tu enn. kek aku lebih peting sekarang okehhh. sabarrrrrr... 

kepada yang ada masalah atau ada hal hal peribadi yang nak dikongsi keh apo kehh silaa laa nuless email kecemasan kat aku en. kompemm dilayann! heeeee. sekarang aku daa mula berpikir untuk lebih serius dengan blog. blog aku ni sekarang bukan sekadar nak merepek merapu tunggang langgang tapi daa boleh jadi tempat untuk aku  nak berkawan kawan lebih rapat dengan para blogger lain. para blogger ni yang ramai yang sememangnya jujur dalam bersahabat. walaupun medium hanyalah di blog tapi sangat dekat lol. i loikeeee~!

add laa Facebook Inchik Eman enn.
TULES SIMPLE MESSAGE CAKAP BLOGGER GAK TAU.