Pages

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

April 22, 2011

pengembala BABI jek yang berkuku panjang

hari ni jasad dan roh aku baik dan rasa nak berkongsi sikit tentang hal ehwal potong memotong kuku nih. heeeeeee. baru lepas potong kuku jari kaki tadi nih. hehhhh.
;)

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu :  Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :   Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :    Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:   Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :    Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari                             penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan                     masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat macam mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian. banyak lagi ibadah yang afdal dan baik dilakukan pada hari Jumaat. yelaa, Jumaat kan penghulu segala hari. jadi begitu jugak dengan memotong kuku juga baik pada Jumaat sebab potong kuku tu kan sebahagian menjaga kesihatan.

kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tak kotor macam seloknya buang ke tanah kerana kita manusia juga adalah unsur dari tanah. kalau boleh elaklah dari buang ke dalam tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan (ibu jari belum lagi). kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali baru ibu jari tangan kanan.

kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.


pee/ass : menyimpan kuku panjang dosanya umpama membela sekandang babi.


April 05, 2011

tips kembang hidung time presentation

firstly, ni bukan entry pasal hidung oke.

hehhhh. bukan main nak ber-tips tips jek sekarang blog aku ni kann. baru lepas tips nk handle bulu hidung, ni tips nk dapat pujian time presentation assignment dalam kelas pulak. hehhhh. saja jek nak habaq yang tadi aku baru lepas jek settle presentation paper Industrial Relations tadi petang.


tajuk presentation group aku nasib baik direct question jek. jadi memang sah sah tak akan lari tajuk kami jawab dalam assignment kami. heeeeeee. ohhhh, kembang kuncupnyerr hidung ku. lihat-lah. terima kasih tamintrimmmmmm. bluwekkkk!

"Elaborate the role of the following trade union in Malaysian Industrial Relation; MTUC, CUEPACS & MEF."

okee, tanak buang masa, meh aku nk share tips berkesan untuk dapat pujian time presentation. terutama bila presentation yang berbentuk kerja berkumpulan.

1. buat slide sendiri. even bila presentation tu grouping, tapi mesti akan ada sorang budak hitam yang dilantik untuk membuat kerja kerja kerani ni. bila kita yang volunteer offer diri nak buat slide, kita boleh focus lebih kat part yang kita nak present. well, memang konsep makan sorang sorang disini.

2. slide mesti simple macam picit pimple. tamau yang letak bunga bunga, corak pelangi warna warni, gambar cartoon Ben10 atau Disney, tayah jugak letak Upin & Ipin. demmittt! sekarang penularan wabak Upin & Ipin sangat berleluasa dikalangan mahasiswa. slide tu jugak mesti laa bersih dan jangan semak sangat! ampa paham kan slide yang semak macam mana. aku memang maki hamun ah kalau tengok slide yang background dan font dia gelap. hehhhhhh.

3. jadi presenter paling last. bila kita jadi presenter paling last, kadang kadang masa berbaki banyak lagi. ni laa kesempatan kita nak mengoreng putaq alam topik yang kita present. ampa pusing pi laa macam mana pun janji confident gila batak! plus, conclusion sah sah kita yang buat. konsep makan sorang sorang lagi disini.
=.="

4. berpantun seloka semasa pembuka dan penutup presentation. okee, ni menarik. presentation dalam English, jadi pantun pun kena dalam English jugak. kalau tak, memang haram jadah. kalau boleh, dalam group ada 4 orang, tiap baris pantun 4 kerat tu sorang sorang baca dengan nada berpantun. SERIOUSLY, mesti teruja!

5. pepandai laa hidup. marks ampa, so bajet ah nak pulun present lagu mana pun.

last time aku dapat kepuasan time presentation waktu aku semester dua. time tu topik aku
"By-Election : Manek Urai".

;)


cara handle bulu hidung yang tersembul

bebaru ni ada malaun mulut haram jadah tegur sebab secotet bulu hidung aku tersembul. tapi takpa, aku tak gelabah pun sebab yang tegur aku tu memang mulut haram jadah. jadi tk makan dalam pun. aku selamba badak jolok jolok bebulu hidung aku masuk balik ke dalam lobang yang sepatut patutnyaa balik. heeeeeee.

okee, persoalannya. bagaimana nak tebang bulu hidung? takkan nak kena upah mamak gunting rambut potong kottt. arghhhh, nak cabut bulu hidung tu sakett kottt!! demmitt! aku penah try dan SERIOUSLY sakit macam kena patuk kala jengking! okee, itu hiperbola saja. nak pakai gunting buat sendiri, aku daa trauma sebab penah bila nak letak muncung gunting tu kat lobang jek daaa terbersin bersin. haihhhh. tak jalan jugak.

TAPI TAPI TAPI sekarang aku daa temui formula senang dan mudah serta ringkas juga tangkas untuk meng'handle'kan masalah bulu hidung tersembul nih. cara ni aku dapat ilham time aku kerja kat Nandos dulu lepas SPM.

okeee, caranya simple jek macam picit pimple. apa yang perlu ampa buat adalah ;

1. mencari seseorang yang bergelar perokok rokok.

2. kemudian mintak keizinan untuk meminjam lighter kejap buang 2-3 minit.

3. after that, ampa pi berdiri depan cermin yang boleh dapat view yang jelas duduk letak lobang hidonggg ampa. kalau hidong macam Zizan rasanya tkda masalah yee, sebab pakai side mirror pun bolehhhhh.

4. then ampa nyalakan lighter di tangan. untuk yang kidal pakai tangan kiri. yang tak kidal pakai tangan kanan macam biasa biasa jaa.

5. next step ni adalah untuk tontonan pihak berwajib yang daa penah mandi wajib saja okee. yang tak penah mandi wajib tayah baca.
SERIOUSLY PEMBACAAN ANAKDA ANDA SETAKAT INI SAHAJA!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tahniah kepada yang penah mandi wajib. langkah ke-5 yakni yang terakhir adalah dengan menyalakan lighter dan dihalakan sepantas mungkin ke kedua dua belah lobang hidong ampa. kemudian dengan tidak semena mena ampa akan terhidu bau hangittttt.

yaaa, lebihan bulu hidong ampa yang secotet tersembol tadi daa lupus dek api.

;DD

December 08, 2010

hepikan roommate yang membosankan!

tips ni mungkin berguna buat pelajar pelajar IPT yang baru mendaftar masuk untuk semester baru. ini lah tips paling berkesan dan efektif untuk berkenalan dengan roommate ampa yang baru kenal tu dengan lebih cepat tanpa banyak buang masa. sebab kadang kadang ada sampai berbulan bulan kita amik masa nak kenal roommate kita tu kan. jadi ni sebagai satu panduan jek. heeeee. cuba-lah step by step okehh.


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang ampa dan bagitau kat roommate ampa nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tak ada org kat rumah. Unpack segala brg ampa & pegi tidor mati.

2. Setiap kali roommate ampa balik, jerit sekuat hati "Horeeyy…kau dah balik!". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg kan?".

3. Buat buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat kuat "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura pura tak tahu apa yang dia cakap dan cakap dia gila! heeeee.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ampa. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak… dah merebak! Arghh, dah MEREBAKK!!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi…tak lama lagi…"

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa apa atau cakap apa apa. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagik!".

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau.". Lepas tu buat buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate ampa balik, berpura pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakapkan yang mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate ampa hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate ampa.

14. Bila roommate ampa tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat jek selambe badak macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ampa ada binatang peliharaan, spt kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada ampa.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate ampa sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 baca yasin ramai ramai. bila roommate terjaga pakat pakat buat tak nampak apa apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok tengok ada mayat.


heeee. SELAMAT BERAMAL!