Kedengaran asing perkataan Balkanisasi buat umum. Balkanisasi dalam konteks geopolitik membawa maksud proses pembahagian atau fragmentasi atau suatu wilayah atau negara kepada beberapa wilayah atau negara kecil yang bertentangan dan tidak sehaluan antara satu sama lain seperti dikata oleh Ivan Vidanovic (2006).
Huraian oleh Dr. Rahmat Ghazali melalui artikel "Balkanisasi Siber: Gangguan kepada semangat 1Malaysia" membuka dimensi ketamadunan kewujudan sesebuah negara baru yang berasas dari kepincangan fahaman dan ras kaum.
Sikap penolakan dan berkelompok mengikut fahaman atau ideologi bersama ini merupakan suatu kebimbangan yang akan menjurus kepada ketidak seimbangan sosio di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Konsep balkanisasi ini terang-terangan menolak Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaa Barisan Nasional.
Sifat politik Malaysia yang masih berterasakna perkauman amat tebal dan proses segragasi ini telah wujud sekian lama bermula daripada penjajahan Inggeris lagi. Ia amat sukar untuk dihakis gaya politk ini di Malaysia kerana sifat kebergantungan sesama kaum sangat tinggi malah kini budaya "melayu tolong melayu" semakin menebal. Proses integrasi yakni merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Shamsul Amri, 2007).
Balkanisasi media pula menjurus kepada dua fahaman yang ketara kini iaitu media arus perdana dan media alternatif menjadi medan pertempuran buat golongan yang merasa kelompok mereka perlu bersuara demi kebaikan bersama sesama merela (kelompok tersebut). Ketaksuban seseorang terhadap suatu individu justeru mewujudkan kelompok sendiri untuk meraih lepbih besar pengaruh menjadi-jadi kini. Ini dapat dilihat melalui sejarah dalam politik Malaysia melalui pemecatan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim, telah mengapikan-apikan sifat balkanisasi dalam kalangan kumpulan yang menyokong Tun Dr. Mahathir (mantan Pedana Menteri) dan yang menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim.
Pemisahan ini terjadi melalui balkanisasi kebencian dan dendam. Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan cuba untuk menyamaratakan kesemua kaum masih belum cukup untuk mententeramkan ombak kecil kebanyakan rakyat. Transformasi politik Malaysia dari Raja kepada Rakyat menurut Dr. Ishak Saat (2009), pemahaman tentang politik Melayu dapat dibuat mengikut urutan peristiwa yang berlaku secara berperingkat-peringkat. Pertamanya, pemahaman tentang konsep politik, organisasi dan sistem kepercayaan Melayu peringkat awal. Kedua, pertembungan antara feudalisme dengan kolonialisme. Ketiga, bagaimana pertembungan tersebut menghasilkan sistem bercorak negara-bangsa(nation-state) serta proses demokrasi di mana kedaulatan Raja bertukar menjadi kedaulatan rakyat yang lebih bersifat nasional.
Akhir kata, balkanisasi boleh menjadi duri dalam daging yang hendak dibuang sayang. Ini dapat dilihat melalui pengwujudan sebuah negara bangsa baru iatu di Selatan Filipina, Bangsamoro yang didokong oleh puak pemisah pembebasan wilayah yang akhirnya diberi autonomi mewujudkan kerajaan sendiri selepas bertahun berjuang dan mententeramkan ketegangan. Ini merupakan balkanisasi yang membawa keamanan melalui pemisahan. Seterusnya balkanisasi diantara fahaman dan ideologi sesama negara bangsa lebih membawa keretakan kepada sesebuah negara yang seterusnya boleh membawa kepincangan dan perang saudara.
No comments:
Post a Comment