Pages

February 07, 2011

berubat cara kampung di Jeniang

pagi semalam aku gerak dari Penang nak balik Merbok. gerak dalam pukul 0800 macam tu daa kat atas jambatan Pulau Pinang daa. aku ingat kan Abah aku terus anta aku ke Merbok terus sebab aku gilo mengantok ah pagi tu. daa laa malam sakit sengugott tido pukul 5 lebih. hehhhhh.

alih alih terus Abah aku pecut pi nun sampai ke Jeniang. nak berubat kampung katanya. aku diam jek laa sebab yang nk berubat tu Abah aku, penyakit kulit. daa lama daa penyakit kulit abah aku ni, pakai ubat hospital bertahun tahun tk jadi apa pun. haihhhh..

abah aku follow kawan dia yang memang pelanggan tetap berubat tradisional kesitu. jadi ketiduran laa aku sepanjang jalan ke Jeniang, KEDAH. sesampai jek kat Kampung Tala, Jeneri, Jeniang, KEDAH dalam pukul 0945. okee, bayangkan laaa situ kampung yang sangat sangat cerokk dalam dan ramai GILAAA orang yang datan nak berubat jugak dan the best part aku pakai seluar track pendek. demmmitttt! mak aku tk bagi aku naik ke atas ke rumah Bomoh Pak Teh tu. dia perambat aku balik kereta suroh tuka seluar pakai jeans panjang. hehhhh. okee, aku tukar.

rawatan mula tepat pukul 1030 dengan hampir lebih dari 100 orang yang nak berubat masuk ke dalam rumah tu dengan berbekal sebotol air 1.5 liter dan sireh pinang. aku dok luar umah jek dengan mak aku, perati dari luar kat tingkap jek sesekali.

kat dalam rumah lagi RAMAI okeh! percaya-lah!

aku memula tu cuak jugak tengok suasana orang ramai yang tk putus putus mai nak berubat. penuh kott kawasan tu dengan kereta yang parking merata rata dalam kampung yang sempit tu! pertama kali aku berada dalam suasana macam tu, SERIOUSLY! hehhhh. yang tua tk dapat jalan tu, sampai ke muka pintu anak depa anta. umm, tu laa kan selagi hidup tu cari laa jalan pelbagai alternatif nak berubat kan. jangan nak tunggu mati jek tk usaha nak sembuh. penyakit tu datang dari Allah, dan dari Allah jugak penyakit tu akan disembuh dengan izin-Nya, Insyaa-Allah.

pelbagai penyakit dari resdung, jantung, migrain, thyroid, mata, telinga, bisu, pasang surut, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi sampai ke sakit terkena buatan orang ada jek datang berubat tradisional kat situ.

ada sorang macik tu lepas berubat kencing manis tu, lepas jek dia kuar dari umah tu terus lembik rebah ke tanah. badan dia jadi lembik sgt sgt. nasib baek suami dia ada jaga papah macik tu. haihhhh. kesian aku tgk gelagat org macam macam kat situ datang berubat. haihhhh...

untuk menghubungi disini disertakan nombor telefon untuk dihubungi Pak Teh Bomoh Jeniang :
0124874952

tiket jangan lupa bayar okee, RM30.50 seorang berubat!
=)

13 comments:

najihah sahami said...

wahh..murah dah tu ek..RM30 je sorang.....tu la..selagi masih hidup ni, tak leh la terus putus harapan kan.

semoga ayah Eman sembuh..

Anonymous said...

tukutnyew!

JuAn NaSir said...

penyakit "putus cinta xsambung2" agak2 boleh berubat kat sini x?? hehhhhhe...=p

Encik MamaT said...

igtkan eman yang sakit.. apa2 pun semoga cepat sembuh...

ayin~weeweet said...

saya nak sokong statement juan di atas.

bleh ke ubat sakit tu hahaha

Lydia Miza said...

murah2..jom kita serbu sana..saya sakit jiwa..haha

inniakhofullah said...

salam,

dah 2 @ 3 kali famili pergi sini.
nak kongsi sikitla kan..

first pergi tu, untuk rawat adik saya yang 'terkena jin mane ntah ' kat asrama...di samping itu, ibu saya juga tumpang sekaki untuk rawatan kencing manis.Pak Teh tukar darah adik saya secara batin, dan ibu pula buat pembedahan batin (mcm org kencing manis yang pergi sana)..



sejak dari first day sampai saat ini...adik saya boleh nampak jelmaan jin.Pelik tp benar. Setiap kali lalu tempat yg xsepatutnya atau malam2, dy pasti nampak.hurmmm..pelik sungguh.

aiman said...

Saya sokong sebab saya dah pergi Highly recommended

Cik Asmah Ali said...

salam..

saya minggu lepas baru je berubat dengan pak teh.. saya dari KL pegi 1 bas.. mmg org taman sy suma berubat ngn pak teh.. termasuk mak saya yang telah lumpuh tangan.. stroke..

sy buah rawatan buah pinggang bengkak dan batu karang.. hehehhehe.. alhamdulillah.. doakan sy sembuh dan xyah wat operation kat spital lagik.. amin

meah said...

salam
cik asmah ali...
mcm mn perubatan dgn pak teh..ade ok x?

Unknown said...

Ada khabar baik ..........berikhtiar

Unknown said...

Nok gi berubat iugok..

Anonymous said...

Salam...ada khabar baik kee..