Pages

July 11, 2011

kalau-lah aku ni POPEYE

kalau semua orang boleh jadi kuat dengan cepat macam Popeye kan best. lepas telan jek setin bayam daa boleh timbul muscle ketat ketat kat lengan. pastu boleh-lah nak lawan orang jahat. lawan orang jahat yang suka kacau awek aku. boleh jaga dan lindungi dia dari orang gemuk dan boroi. best kan jadi kuat dengan sekelip kelip? heeeeeeeee.

kejadah laa kan? manusia ni insan biasa jek. kudrat pun ala kadar macam telur dadar jek pun. sekadar mana yang mampu jek bertahan. apa kan daya lagi lagi nak jaga hati perempuan yang macam kapas. haihhhhh. mengeluh panjang aku.

kalau lah aku kuat dan dekat dengan orang tu, mesti aku akan jaga dan lindungi dia. kalau laa aku boleh jadi macam Popeye The Sailorman mesti dia tak kan dalam keadaan susah dan senang tersentuh. awak, sabarlah. sebagai kawan rapat, saya memang setia dan sedia mendengar semua masalah awak. hmmm...

sabarlah.

sabarlah oke?

saya kan ada ni ;



pee/ass : minum MILO anda jadi sihat dan kuat !
pee/ass : cuti mid-sem daa dekat. nak tengok HP7! nk jugak tgk Kilauan Emas Astro!
;D


July 10, 2011

aku tak sanggup lagi, aku akan pilih cinta

Salam.

orang cakap kalau nak pilih sesuatu ikut lah kemampuan sendiri; ukur baju badan sendiri. kalau tk mampu dan tak daya nak harungi sesuatu, jadi jangan amik risiko dan redah jugak. kalau kantoi, menyesal pun tk guna lagi; nasik sudah menjadi bubur. haaaa, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai okesss u olls?

kejadah kejadah kejadah aku dok bebel dengan pepatah pepatah semua nih kan. HAHHAA, sesaja jek nk over siket petang nih. kebelakangan ni aku runsing dan dilemma memikirkan perjalanan aku selepas diploma ni kemana. yeap, mmg akan ke setingkat tinggi lagi itu pasti. aku perlu dan masih mampu hidup dengan assignment, test dan buku untuk 3 tahun lagi.

kesanggupan = settle
kewangan = settle

yang menjadi permasalahan adalah satu jek. jurusan apa yang aku nk sambung nnt?

semalam ada talk JOM BUAT DEGREE kat kampus. aku pi dan dengar dan menilai. kebanyakkan yang cakap, kalau pilih jurusan nnt pilihlah mengikut minat dan belajar dalam suasana yang enjoy. bukan terpaksa.

CGPA time degree kena meletop u olls.

pilihan yang berlegar legar dalam kepala aku ada DUA jek;
Bachelor Corporate Admin(BCA)
Bachelor Mass Communication(MASCOM)



BCA = 2 tahun (jurusan masih dibawah fakulti diploma aku)
MASCOM = 3 tahun (minat yang tk penah padam. SUMPAH!)


yang mana satu nih pilihan kalbu?



pee/ass : nak mintak abah sebijik skuter ah nnt time degree. mintak oke, bukan loan.