Pages

May 16, 2011

aku nak pi Mekah

hari ni sehari suntuk aku kat rumah sorang sorang. mati kutu cuti sem macam ni tk buat apa apa. tk ada projek, tk ada plan, tk ada aktiviti apa apa. macam ni laa hari hari kalau hari bekerja. mak-abah pi keja, adik aku pi sekolah. tambah hari ni adik aku yang cuti sem jugak tu tk ada pi Taiping, amik sijil SPM. lol.

daa laa bangun lambat. rutin harian aku buruk ah. nak kena plan sesuatu mulai esok. ehhh, esok cuti Wesak! mak-abah still keja, tk cuti. HOHO, double triple payment kot mak! nak duit poket lebih plis. heeeeeeeeee. esok aku dengan adik aku nk plan apo ahhhh!! demmm ah cuti sem ni cemmni. grrr!

nak update blog pun susah dengan internet cam haram jadah jek. daa laa bloggger buat hal hari tu. terus aku merajuk tanak update 2 hari. ni update pun sebab bosannnn. otak aku jammed ah. tk boleh pikir isu nk dikupas dalam blog. tengok laa malam ni aku pi bertapa cuci mata kat tepi laut ke cari ilham untuk entry esok.

oke, bye!


pee/ass : doa kan aku pi Mekah oke. errrr..

May 12, 2011

bukan semua laki minat sukan bola


kalau pompuan itu pink, maka laki itu bola.

tapi bukan semua lelaki minat bola. dan semestinya semua pompuan minat pink. bluwekkkkkkk! ada ke pompuan tk pena pakai baju pink? HAHA, even time depa baby pun mommy and daddy ampa pena jek bagi pakai baju pink occay! so never say never!!

okee, tamat pasal pompuan dan pink. macam tajuk entry kat atas, bukan semua laki minat sukan bola oke. jadi apa pandangan orang lain terhadap laki yang tk minat bola nih? pelik sangat ke orang orang lelaki yang tak minat bola nih? hehhhh. lepak jek dohhh! bukan benda ajaib dunia pun kalau laki tk minat sukan bola kan. ke ada yang tk setuju dengan aku? cer angkat tangan macam Usop Wilca tengok. hehhhh.


ada beberapa jenis lelaki boleh dibahagikan mengikut kategori perihal dengan bola sepak ni.


1. Tidak pandai bermain bolasepak serta tidak langsung meminati sukan bolasepak.
2. Tidak pandai bermain bolasepak serta sekadar meminati sukan bolasepak.
3. Tidak pandai bermain bolasepak,  tetapi amat amat amat meminati sukan bolasepak, selalunya mereka terdiri dari kalangan peminat/penyokong tegar/fanatik sukan bolasepak.
4. Pandai bermain bolasepak dan boleh bermain dengan bagus serta amat meminati sukan bolasepak.
5. Pandai dan mempunyai kemahiran yang bagus bermain bolasepak tetapi amat tidak meminati sukan bolasepak. erkkkk...


kategori yang nombor 5 tu aku tak pasti ah. mungkin wujud atau mungkin tak. tapi ia tak mustahil kan. HOHO, jadi kalau bagi awek awek kepada lelaki yang tak minat bola nih mcm mana pulak persepsi depa nih en? hmmm, entah ah. aku tk pasti sebab tk penah pun diskus pasal benda nih. tapi kalau daa sayang tu tk kisah ah si balak dia minat ke tak bola sepak kan.

even bagus apa kalau dapat boyfren tk minat bola. nanti kawin boleh tidoq awai kannnnnnn. heeeeeeeeee. ke kalau ada awek yang minat bola, tapi balak dia tk minat bola tu payah jugak kann. HAHA, apa apa pun minat ampa yang penting saling setia oke.

aku pun tak laa minaty sangat bola. kalau mai WORLD CUP atau final mana mana liga baru laa gegeh nak tengok. AHAHHAA! jahil betol aku kan. nak buat macam mana daa tak minat kan. kalau mai tang WORLD CUP otometik pulak minat, siap sarung jersi lagi weyhhhh! heeeeeeeeeee. ni time tengah team harimau muda dok naik ni layan jugak aku. tunggu ah nak rembat jersi kuning+hitam tu nanti. AHAHAHHAAHAA! upsss, aku penah hampir hampir terpilih wakil sekolah main bola oke dulu. posisi GOAL KEEPER lagi kotttt!! okee, tu time sekolah rendah ah darjah 5 cemmtu. hehhhhh. boleh dibanggakan kot! aku bukan kaki bangku. sekian.

kejadah aku dok cakap pasai bola nih. kejadah? kejadah? kejadah? HAHA, saja jek nk bagi tau hari ni dapat satu lagi BE dari Nuffnang. iklan ESPN LR. nak capture print screen tak timbul pulak iklan ESPN tuh. jenuh jari dok refresh refresh daaa. daa aku malas daa nak buat rajin! grrrrrrrrrr !!

HAHA, thanks sekali Nuffnang dan ESPN !
mwahhh! mawahhh! mwahhhhhhhhx!


pee/ass : awek awek kisah ke bf tk minat bola? cer bagi pendapat jap.


gambar Izzah dan Hariz asmara (Maya Karin & Aaron Aziz)

entry kali ni pasal hiburan sikit en. hehhhh. jarang jarang ah aku nk update entry pasal dunia hiburan nih. menyampah occay u olls! tapi disebabkan OMBAK RINDU punya pasal, ADA AKU KESAH?

well, filem OMBAK RINDU ni based from novel dari Fauziah Ashari. novel yang meletop letop time aku sekolah menengah dulu. lol. apesal laki tak boleh baca novel cinta keh? HAHHA, tapi sekarang ni aku daa stop baca novel dekat 3 tahun daa. haihhhhhhhhhhhh. umm, novel OMBAK RINDU ni bukan jek best gila babeng kambeng hitammm! tapi memang layan gak sebab banyak part part ranjang. errrrr..


kalau tgk latar belakang pic ni, scene ni bukan dalam condo Bayu Damai yang Izzah kena kurung tu. hmmm, mungkin scene ni time kat rumah Pak Dollah kat Negeri Sembilan tu. scene yang Hariz dengan Izzah kantoi tu ahh. alaaa, kalau ampa ingat lagi time tu Izzah dengan Hariz tengah dingin. scene jadi kat rumah Pak Dollah time Hariz beriya masuk bilik Izzah nak tido bersama dengan isterinya ni ah.

HAHA, pastu kantoi pulekkk dengan Mak Jah dan Pak Dollah. last last dapat tau daa yang Hariz dan Izzah ni suami isteri sah. rasa rasa masa Pak Dollah dan Mak Jah bukak pintu bilik, scene Izzah dengan Hariz kantoi tu macam ni ah kot kannnn. heeeeeeeeeeee. tapi dalam novel scene ni malam ah. haihhhh, ntah laa aku men teka jek. kita tunggu laa filem dia nanti en.


kejadah? kejadah? kejadah? aku masih tak puas hati lagi dengan pemilihan pelakon untuk Ombak Rindu nih. SERIOUSLY, Maya Karin bukan pelakon yang sesuai untuk watak Izzah nih. kalau yang baca novel asal OMBAK RINDU tu mesti setuju jugak dengan aku. memang lain imaginasi aku time baca novel ni time form 4 dulu. time tu aku bayangkan Sofia Jane yang jadi Izzah. tapi btahun lepas aku baca sekali lagi OMBAK RINDU ni aku imaginasikan watak Izzah tu Tiz Zaqyah. SERIOUS, Tiz memang sejibik dengan Izzah kalau ikut cerita dalam novel tu. haihhhhhhhhhhhh.

apa apa pun kita tengok lah hasil Izzah dari Maya Karin dulu oke. pastu baru laa kondemmmmmmmmmmm. kejadah laa aku ni nak condemm orang jaa. apa punya umat daaaa. hehhhh.
;)



pee/ass : OST Ombak Rindu khabar nya nyanyian duet dari Hafiz & Adira (AF).
pee/ass : Maya 1st time berlakon ber'shawl' dalam OR.

May 11, 2011

mimpi tidur di IKEA. aku dihujani meatball !!

IKEA! IKEA! IKEA!

daa lama daa, dari dulu lagi aku teringin nak sampai ke IKEA nih. yelaa, sadis jahil kan aku banyak tempat yang common aku tak penah pi. nak buat macam mana kan, aku bukan hari hari pi berjalan sana sini. lagi pun IKEA nuh berkilometer jauh dari Penang. cer bukak satu outlet IKEA kat Penang sat. cer bukak cer bukak. heeeee.

ahh, aku teringin nak pi IKEA pun bukan nak beli perabot perkakas rumah ke apatah lagi beli peti sejuk mahupun dapur gas. umm, peti sejuk dan dapur gas tu salah satu pecahan perabot jugak kan? ke aku masih jahil ilmu ni. lantak-lah. bukan aku nak beli pun. AHAHAHAA! aku nak pi pun sebab meatball IKEA. orang dok bagi tau kat aku kalau pi IKEA nih ada kedai jual meatballyang sedap estalabishta-bebehhh! pehhhhhhh!! aku bab makan makan nih memang bergetarrrrrrr jek telinga aku ingat sampai sekarang. yess, meatball kat IKEA!

pic dicopek dari blog cik epal gonjeng
pehhhhhhh!! kalau ampa pi baca entry menternak lemak cik epal gonjeng di IKEA surely ampa meroyan tonggeng bontot nak makan meatball IKEA ni jugak. memang estalabishta-bebehhh ah! lagi lagi tengok kegirangan melampau lampau cik epal ni lagi ah buat macam nak pelempang jek cik epal ni. MUAHAHHAA! gurau jek cik epal en. haihhhhh. bajet dia singgah blog aku pulekkkkk nyahh. awwww!


kejadah? kejadah? kejadah? erkkk, kenapa aku asyik sangat story telling pasal meatball IKEA dohh! HAHHAA, aku sebenarnya nak promote IKEA Bedroom Contest : you & your bedrooom dari IKEA nih. yelaaa, BE baru dohhhh!!  huwaaaaaaaaaaa, kelaut daa pulak entry aku nih. heeeeeee. kalau ampa nak join buat gila join ah contest ikea nih. ampa boleh bajet tidoq kiut kiut pastu siap pilih katil macam mana ampa nak pastu boleh laa mimpi basah bersama tettttttttttttt. MUAHAHHAHHAA! so kalau nampak banner iklan kat atas ni jangan lupa klik untuk join aku tidorr oke. heeeeeeeeeee. tanak ke join aku tidor weyhhhhhh. aku baik kotttttttt. lol.


thanks cik Nuffnang dan IKEA. sori pi promote meatball pulak tiba tiba. HAHHA, tiba tiba okee.

mwahh! mwahh! mwahhhhx!
=P

shoutmix gelong buatkan blogwalking aku macam haram.

Shoutbox Inchik Eman
Shoutbox APIT
Shoutbox NANO

memang jammed ah shoutbox lately nih. link url kita letak kat ruangan WEBSITE tu mesti macam apa jek. kadang kadang tak direct ke blog kita pun. tapi pi ke mana hala jek tup tup tup PAGE ERROR! demmittt! kalau yang rajin blogwalking kalau ampa perasan kan, kadang kadang bila kita klik kat link orang yang tinggal jejak kat shoutbox kita tu, akan direct ke shoutbox kita sendiri. wadehell?

bila cross over mouse kat link dalam shoutbox tu ada link url cemmni :

http://www.shoutmix.com/link.php?go=http://inchikeman.com


dulu dulu takda pun jadi macam ni. kalau kita type link blog kita www.inchikeman.com memang bila cross over mouse pun link tu tetap sama tak ubah pun jadi macam ni :-

http://www.shoutmix.com/link.php?go=http://inchikeman.com


mujur lahh ada blogger macam NANO yang prihatin pasal benda ni dan tegur kat shoutbox aku. memula memang aku daa macam pelik kenapa lak dia cakap link aku silap padahal link aku type dalam ruangan WEBSITE tu memang sah sah link blog aku yang betul. hmmmm, shoutmix ni ada problem ah. kang aku padam kotttt!! daa laa memberatkan kati belog aku. nak aku buang ka? grrrrrr!!

betul cakap APIT, blogger yang kuat blogwalking cekap dan bijak jek pasal code. pepandai ah depa edit godek godek link blog yang rosak atau disabotaj oleh shoutmix tu !!

ampa ada pena kena tak problem macam ni time dok syiokkkk blogwalking tak hengat donia? demmm kann.


pee/ass : buli adik pi beli cendoi kat aku. padan muka !


Taj Mahal India telah ku tawan dikala cuti sem

ohh, well. now everyone can fly. so fly-lah! HAHHAA, wadehell ah kan nk fly ke Terengganu jek pun. hehhh. kali ni entry pasal ganu lagi. yess, aku excited weyhh!

heeeeeee. kalau sebelum ni aku dok verangan berada di Taj Mahal disini. kini aku daa boleh dabik dada megah sebab realitinya aku daa sampai ke Taj Mahal u olls!! heeeeeeeeeee.


cantiknya seni bina Taj Mahal ni kan. seindah cinta Shah Jehan kepada isterinya, Mumtaz. lol. kejadah bina Taj Mahal untuk bini yang daa meninggal kan? kejadah pi bunuh arkitek Taj Mahal konon takut arkitek tu pi bina monumen lagi hebak dari Taj Mahal ni kan? kejadah? kejadah? kejadah?

HAHHAA, saja jek wat ayat kontroversi pulekkkkk aku kan. tk kisah ah nak buktikan cinta agung macam mana sekali pun. tapi jangan menduakan cinta kepada yang SATU tu daa ah en. bercinta biar berpada pada, jangan tandus kecundang di tengah jalan. merana teran taik kang. erkk..

jadi untuk menunjuk kan kelambangan cinta sempena Taj Mahal ini monumen cinta. kat Taj Mahal yang mahal ni aku abadikan cinta aku dengan adik adik aku. hehhhhh. nak tangkap bertiga sekali payah pulak, jadi asing asing laa. baru fair and square. biasa laa adik beradik bergaduh lawan nk letak default picture dalam FB nak gambaq sorang sorang jaaaa. haihhhhhh.



ohh, well. adik adik aku mestilah kacak bergaya cantik menarik macam aku jugak. MIAHAHAHAAA! anak sapa lagi kalau bukan anak Pak Nuar. nak gorhib(maghrib) time ni aku snap pic ni. inilah lambang cinta kami adik beradik. sweetkan di Taj Mahal okehhhh!
;)


pee/ass : dia Issabella. lambang cinta yang laraa . . . 



May 10, 2011

tempat tinggi tu sejuk, tempat rendah panas. tempat tengah tengah ?

salam semua.

hujung minggu yang lepas aku dengan family aku ke Terengganu pi amik adik aku yang belajar kat UNISZA nuh. boleh tahan gelong gak kepala aku naik kereta dari Penang - Kuala Terengganu tu. yelaa, jalan nak ke Terengganu dari utara nih pakai jalan Titiwangsa tu ah kan. pegi pagi memang lawa dan sejuk jek pemandangan kat banjaran Titiwangsa tu. sejuk jek berkabus awan jek. SERIOUSLY, sejuk!


haihhhh. setakat hari ni aku tk penah lagi nk sampai ke Genting Highland. Cameron pun macam tk merasa sangat pegi sebab time parents aku bawak pegi tu umur aku 2 tahun. wadehell kan nak merasa? hehhhhh. lagi pun aku ni jenis tak tahan sojuk. jadi kalau pegi tempat tempat sejuk ni memang senang ah nak dapat penyakit. haihhhhh. tk sampai laa aku ke London cemmni kalau kat Titiwangsa pun tk lepas. lol.

heeeeeeeee. tapi aku teringin ah nak sampai ke Genting. ada apo ah kat sana? ada main main roller coaster ah kan? cehhhh! nampak jahil jek aku ni kan. yelaa, aku tk penah sampai ke sana pun lagi. yang dok tau pun kat sana Anugerah Bintang Popular BH jek yang selalu dok buat event kat Arena of Stars tu kan. tu ah knowledge aku paling typical tentang Genting. hmmmmm... nak kena sampai ke Genting gak ni sebelum aku kawin. erkkk... motif?

hehee, yelaa nnt daa kawin bawak bini senang daa tau selok belok kat sana. mana yang halal, mana yang haram pun daa tau kan. heeeeeeee. *honeymoon Genting jek ke bang?*

Mak, yun nak kawinnnnnnnnnnnnn !  puh-lishhh.



pee/ass : tk sabaq tunggu filem KONGSI. lu langsi, lu matik!


May 09, 2011

Pemenang GIVEAWAY COCOCHIP CUPCAKE

aku tanak cakap banyak sbb masa online aku ni sangat sangat terhad. sobbb3...
yelaa, pinjam modem broadband adik aku jek weyhh. modem aku tk tukar lagi yang rosak tu. haihh, tgk laa esok esok ke aku pi celcom center tu.

upsss! termembebel pulekssss. okee ni ah result dari random.org tadi aku godek godek.

okee, sebelum tu jom makan cupcake dari COCOCHIP ni sat.


sedapkan? heeeeeeeee. oke jom tgk sapa menang nihhh!!!

bunyi drum plisss.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

trenenennenennenennenenenneneeneneeenee .. .. ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





jeng jeng jengggg!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dipersembahkan oleh RANDOM.ORG
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan PEMENANGNYA IALAH
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





ohhhhh!! blogger lelaki yang menang okehhh!! HAHA, tak sangka dalam 22 penyertaan dari geng KBU ni hanya 3 bloggers lelaki dan 19 bloggers pompuan. dasyat! dasyat! memang tuah orang sapa jek yang nampak kan. heeeeee.

okee, kepada Ady Budika mintak hantar details ke email saya en; numb hp dan alamat. sertakan sekali design cupcake macam mana nak. untuk lebih idea idea untuk design cupcake singgah laa ke COCOCHIP CUPCAKES ni yer.

kepada yang lain, cer try test cupcakes dari COCOCHIP nih, lagi lagi flavor OREO tu. pehhhhhhh, power gua cakap lu! COCOCHIP CUPCAKE ni based kat utara jugak kat Batu Feringghi, PENANG. ni produk halal okee!! heeeeeeeee. tapi apa apa pun terima kasih laa sbb memeriahkan lagi giveaway Eman ni yer. haihhhh, first time kottttt. tgk laa lagi 2 tahun baru buat lagi.

ohhh, ya! PERADUAN MEWARNA masih terbuka lagi untuk join. hadiah hadiahnya


SUMPAH LUMAYAN MENARIK!

May 07, 2011

PERADUAN MEWARNA AKAN DILANJUTKAN

Mayang Rosli
Snasatieka

salam semua. lama tak update blog pulak. daa cuti semester daa ni sepatutnya lagi kencang laa aku update blog tapi sebaliknya yang jadi. sebabkan ini laa jugak Eman nak lanjutkan tempoh PERADUAN MEWARNA ini kepada tarikh yang baru :

24 MEI 2011




semua ni terjadi sebab kekurangan sambutan penyertaan dari blogger lain. haihhhh. mungkin susah barangkali PERADUAN MEWARNA ini. tapi Eman nak jugak lanjutkan nak bagi peluang sebab HADIAH DIA LUMAYAN !!

semalam daa dapat pengesahan dari pihak tajaan hadiah dari payungbotol yang akan menaja 3 kaki payung yang cun melecun! kalah Rozita Che Wan okehhh. MUAHAHAHHAA! tak percaya cer tengok payung botol ini. woahh, kalau rembat sekaki payung ni bess nih. 


daa ah lawa pastu nak simpan tu macam sempoi jek kan. kalau sebelum ni lelaki selalu segan/malu nak bawak payung, pasni daa boleh bangga kot bawak payung merata. erkkk, ke aku sorang jek? hehhhhhh.

antara sebab lain kenapa aku lanjutkan tempoh PERADUAN MEWARNA ini antaranya sebab, kekurangan promosi peraduan ini sendiri dari pihak aku. aku daa jarang dan tk selalu sangat sempat nak ber blogwalking dan mungkin jugak peraduan ini susah kot. err, hadiah RM50 der mmg ah agak susah sikit peraduan dia nak menang. woyhh, RM50 kottttttt!!! cash okehhh!!

disebabkan durasi PERADUAN MEWARNA ini yang berlangsung ketika kebanyakkan blogger sasaran aku, yang aku sasarkan untuk menyertai peraduan ini aku adalah golongan pelajar. blogger yang kalangan students-lah yang aku sasarkan. mungkin disebabkan musim exam bagi kebanyakkan IPTA/IPTS itu yang tak ramai. jadi aku lanjutkan lah ke tarikh 24 Mei yang mungkin daa ramai yang tengah free dari exam boleh laa join. weyhhh, hadiah RM50 kottt!!! free free dapat. pastu dapat payung botol yang cun macam aku tu lagik ahhhh. heeeeeeee.

satu lagi sebab adalah sebab utama iaitu modem broadband rosak telah membantutkan lagi kerja aku dalam mengerakkan promoso PERADUAN MEWARNA ini. aku sedih ah. sedih tengok filem hindustan pun tak macam ni, SERIOUSLY! haihhhhhh. tengoklah balik dari Terengganu ni aku berkejar pi celcom center tukar ke modem baru. harap bersabar ye yang lain. sabar laaaaa. heeeeeeeeeeeee.


sekian dahulu dari aku yang tergedang di Batu Burok, TERENGGANU.



senarai akhir untuk GIVEAWAY CUPCAKES

Senarai peserta GIVEAWAY COCOCHIP CUPCAKE yang daa final.

1. Kyra
2. Isma
3. Nora
4. Ady Budika
5. Nur Amalina Athman
6. Farah Amira
7. Cik Ciput
8. Cik GKSB
9. Snasatieka
10. Cik Liyza
11. Eida Senget
12. Nadh
13. Nadia Athirah
14. Cik Zai Penang
15. Nur Amalina
16. Zezolla Atin
17. Efa
18. Cik Lynn
19. Jasmin Ibrahim
20. Onie Iyokokokokooo
21. Zai Kulim
22. Sarah


Eman sekarang kat Terengganu nih. baru sampai tadi tengah hari. Insya-Allah hari Isnin pemenang Giveaway ni daa boleh umum dengan bangganya daa nih. HOHO, excited gak ni nak main main pilih pilih pemenang. tapi Eman pakai random.org okee. jadi fair dan square untuk semua geng KBU yang join giveaway ni. sapa laa enn.

Eman pun nak order satu set cupcakes dari COCOCHIP CUPCAKES ini. dekat ja COCOCHIP CUPCAKES ni tempat owner dia. dekat Batu Feringghi. nak order satu set untuk mak nanti sempena HARI IBU tak lama lagi jek kan.
;)

May 05, 2011

Tarikh Tutup Giveaway Cupcakes

dengan ini secara rasminya saya Inchik Eman akan menutup giveaway cupcakes pada tepat

7 MEI : 0005 AM



giveaway ini dibawakan khas oleh



pee/ass : berkejar ke Merbok untuk submit proposal research.
pee/ass : modem broadband rosak, pinjam broadband kawan nih. haihhhhh.