Pages

March 31, 2011

orang mengata, kita telan

ohhh yesss! siapa saja yang tak penah mengata dan diperkatakan. semua penah alami situasi ini, sama ada sedar atau tidak jek. tapi apa langkah yang kita amik dalam hadapi dengan situasi ini?

SERIOUSLY, aku tak suka bila situasi macam ini terjadi kat aku. siapa jek kan yang suka dirinya diperkatakan orang lain, yang dikatakan pulak benda buruk pasal kita. dan lagi hebat bila benda itu TAK BENAR LANGSUNG! kalau ada yang relax tu dan dia sangat sangat HEPI dengan keburukan yang dihebohkan tu memang sah sah laa dia memang sepeti yang dikatakan orang lain.

hmmmm . . . .

kat sini aku seketat ketat hati tak setuju dengan konsep "diam itu benar". TAPI TAPI TAPI selalunya kalau kita melawan balik nampak sangat kan kita ni pun bersalah. pastu bila kita lawan tu mesti keluar benda benda yang tk sepatutnya keluar dari mulut dan tindakan kita selalunya mesti keterlaluan tanpa kita sedari. kat sini daa nampak pulak, "bising itu salah". padahal kita nak pertahankan diri dari terus diperkatakan benda buruk pasal kita. kebanyakkan kita tak tahu macam mana nak handle situasi dimana kita dijadikan bahan bualan orang lain. yang menjadi bualan pulak benda buruk yang kita tak penah langsung buat! demmmittt!
jadi lebih elok kita berdiam.
kadang kadang kita bising adalah untuk mempertahankan diri. tapi bila terlampau sangat melawan situasi akan menjadi tegang. langkah yang terbaik lepas itu adalah berdiam sahaja. aku rasa inilah langkah sebaik baik langkah yang patut diambil. Alhamdullilah. aku sekadar nak berkongsi pengalaman yang dimana bila kita berdiam itu lebih baik dari kita melawan pihak yang lagi satu.

tepuk dada, tanya nafsu. nak yang kiri atau yang kanan?
;)

March 29, 2011

Hepi Bufday Muhammad Fithrie Ozair

HEPI BUFDAY FITHRIE !


dalam banyak banyak BFFANE aku, dia ni lah yang paling tua sebab dia yang terberanak dulu. tapi dialah yang paling paling paling sensitif hati kaca hati kapas gila! gila gila punya laa sensitif emo emo. grrr!!

macam nak penampaq sedas jaa kalau tengok dia nih emo. HAHAA, tapi sabaq jek laa sebab kawan susah dan senang, sama sama seronok, sama sama sedih, sama sama berlapar, sama sama pinjam duit, sama sama macam macam lahh!

aku teringat lagi peristiwa dalam tahun ni weyhh. time tu kita kat KL dan tengah nak sabotaj Ikhwan dari jangan mai KL. OMG, kejadian jalan jalan sama sama dengan Syafiq lebih kurang 2km tu sangat tragis okee dengan hujannyaaa. so sweet. dan masa sama Betty tak jugak ketinggalan kita roger roger sebab nak sepakat sabotaj Ikhwan.

tu first time kita berlima ada kat KL serentak, datang dari pelbagai cerok bumi Malaysia.
:')

sekarang hang daa ada lesen skuba en. gila-lahhh! merata pulau hang daa pi selam selam kat Malaysia. jeles! tapi hang tk sampai belah belah Borneo lagik kann. jadi aku tak jeles sangat pun. AHAHHAA!

pagi tadi hang text aku, time tu aku tak dak kredit weyhhh. sori en. bukan aku tak ingat, memang ingat pun dah sebab pagi pukul 1 lebih aku daa di notified oleh FB.

ALLAH panjangkan umur hang.
hepi hepi dengan awek tersayang okehh.
;)

pangkah kertas undi itu tanggungjawab

tahun ni umur aku daa nak masuk 21 tahun. HOHO, tk lama lg pun lebih kurang lagi dua minggu daa rasmi masuk 21. dan bilaa daa masuk 21, kira layak lahh nk mengundi pilihanraya kan. heeeeee. bessnyaa! AHAHHAA. rasa dewasa gila bila dapat mengundi kan. AHAHHAHAA!

dan tadi kat kampus ada pilihanraya untuk memilih exco exco kelab fakulti aku, DiPAC (diploma in public administration club). setiap tahun akan diadakan pemilihan baru untuk mengisi tempat dalam kelab tu. pelajar fakulti aku mempunyai lebih 700 orang pelajar dalam kampus UiTM Merbok ni okehh. jadi bila terpilih memegang jawatan dalam DiPAC tu memang dasyat gila sebab depa ni yang akan merancang mengatur dan menggerakkan DiPAC ni. well, DiPAC lahh kelab yang paling besar dan hebat kat UiTM Kedah ni. jadi pengaruh ia sangat kuat. sangat sangat!

sebagai pelajar Pentadbiran Awam yang berkaitan dengan sains sosial dan politik, kami memang telah didedahkan dengan sistem pengundian. jadi tadi lepas kelas aku turun memangkah calon calon yang aku tak berapa nak kenal sangat pun. ada laa sorang dua tu yang aku memang daa target nak undi.


kena pilih 8 calon diantara 17 calon yang bertanding kottt. 17 en? entah laaa, semalam time manifesto calon calon yang bertanding ada yang kurang semangat time bagi ucapan dan membentangkan manifesto masing masing. macam tanak menang jek bercakap. tak paham aku apa motif depa ni nak bertanding. nak glamer jek keh adik adik? hehhhhhh.

tahun ni daa 2 kali aku terlibat dengan benda undi undi ni. first tahun ni yang pemilihan MPP, pastu tadi pemilihan DiPAC. heeeeeeeeeee. dengar kata tahun ni akan diadakan Pilihanraya Umum dalam hujung tahun ni. betol keh ah? HOHO, dalam 2 minggu jek lagi aku boleh daftar pemilih dengan SPR daa. excited gilak!


pee/ass : undi itu RAHSIA!


March 28, 2011

karma sang BUMI

cuaca sekarang tak menentu. dalam seminggu boleh kata sehari dua hari jek hari cerah tak ada hujan. tapi bukan bermakna bila hari hujan, hari tu terus jadi tak elok. bukan. hujan tu rezeki langit dari Allah. cuma bila hujan, ada aktiviti aktiviti yang rutin tergendala sedikit sebabkan hujan akan menyebabkan basah. maka dengan itu aku teringat akan lagu Memori Daun Pisang berbisik dalam hati. cehhhhh, ayat over!!
AHAHAHAHHAAA!!

tapi memang betul ah kan sekarang ni cuaca tk menentu. bukan saja kat Malaysia, malah kat dunia luar Malaysia pun tk menentu cuacanya. dengan bencana alam gempa bumi sana sini. dan baru baru ni dekat Myanmar pun kena gempa bumi mengorbankan lebih 70 orang nyawa. Alhamdullilah, Malaysia terselamat setakat ni takda lagi bencana alam yang dasyat dasyat. kalau ada pun kejadian tanah runtuh dek kerakusan developer developer tanah. itulah balasan kalau biadab dengan bumi. ada karma nya oke. kalau berbudi pada tanah pulak, ada laa hasilnya. pehhhh, mau mau sekarang tgh nak musim derian kan. sana sini daa dok nampak bau orang juai durian. tapi . . . . 

saya tak makan durian. kalau saya makan, saya muntah. durian busuk!
=.="

baru tadi bumi Lembah Bujang kena hukuman karma dari bumi.
jarak 5 meter jek dari rumah sewa aku.
apakah salah kami warga Lembah Bujang? adakah kami membuang sampah merata rata? adakah kami merosakkan alam flora? adakah kami rakus mencuri tanah? *motif nak curi tanah? ingat SINGAPORE keh* jadi jangan asyik nak salahkan sesiapa okee, tu kuasa alam. sekarang pegi tolong alih pokok tumbang tu lagi berfaedah.

HAHAHAA, saya Karam Sing Along melaporkan untuk sesapa yang perasan tak malu!
=p

Allah panjangkan umur Cik GKSB

semalam merupakan hari jadi Cik GKSB (Gadis Kampung Separa Bandar) ataupun nama sebenarnya Wan Nur Hanis Azman, orang kuat Kami Blogger Utagha (KBU). entah umur daa nginjak keberapa laa Cik GK nih en. ada sesapa yang taw dak? mai dedah sat bagi tau kat aku. heeeee.

banyak hadiah Cik GK dapat nohh. HUHU, tp memang sweet ah sebab sehari selepas gathering tu jek daa birthday Cik GK. time kat Tg. Asam tu banyak kali daa ayaq mata dia tumpah. sayu jek aku tengok. bagi tisu segulung tamau pulakk. kuat keja Cik GK nih. kalau bukan dia yang bersungguh sungguh ditambah dengan beberapa blogger yang turut sama mengembleng tenaga memang tak jalan laa program sabtu lepas.

GKSB cover teriak !
dari mula mula pilih tarikh, kemudian kepada design baju, tempah+deliver pos laju, design batch button, design banner lahh, goodies bag, dan macam macam lagi lah. tk taw laa sapa yang ditugaskan untuk itu untuk ini. sebab ramai gila blogger yang bagi komitmen yang tinggi dan sangat sangat bersungguh nak jayakan segala bentuk rancangan terlaksana tengahari sabtu tu. amazing gila! aku tergamam kott dengan segala persiapan. SERIOUSLY! SUMPAH!

memang amazing race ah Cik GK nih, pastu ada pulekss kes prank prank apa tak taw malam sebelum pi gathering tu. sian Cik GK dok tension tahan perasaan. HAHA, sampai ada yang panggil dia Gadis Kampung Se Bek (GKSB)! Muahahhahhaa! *sori tumpang gelak sbb memang lawokk*
pelawokpelawokpelawok

eman secara peribadi nak cakap terima kasih sangat sangat kepada Cik GK and the geng yang sentiasa tabah dalam handle event gathering sabtu lepas. TANJUNG ASAM memang gamat gilaa! walaupun sedikit sebanyak cuaca hujan tu daa membantutkan beberapa planning yang sepatutnya akan lebih meriah dan happening. tapi dah hujan kannn. redho. harap cik GK terus lagi memberi komitmen yang EVEREST dalam mengerakkan KBU ni okehh! sekarang ni daa makin rajin masuk FB KBU. notification toksah dok cakap laaa. phewwwwwwwwwwww.....


pee/ass : seluar bunga bunga kalew kalew aku simpan dalam beg jek sabtu lepas.
=)


March 27, 2011

Blogger Utagha beramas di Penang

Alhamdullilah, keputusan aku untuk join gathering KAMI BLOGGER UTAGHA yang berlangsung pada tengah hari semalam tercapai gak hajat. walaupun pada mula mula macam samar samar sebab tak sure nak join ke tak. tapi selepas dipikir-pikir, diconggak-conggak, ditimbang-timbang, tercirit-cirit, tujuh minit tujuh saat bertapa bawah ayaq terjun. akhirnya aku muncul jugak di Tanjung Asam, Teluk Kumbar, PENANG tengah hari semalam!


dengan muka baru bangun tidoq dan taik mata dok melekat lagi serta perut berkeroncong lagu SUA-SUWEYY-KEMONING aku daa sampai kat Tg. Asam tu dulu. kosong, sunyi sepi dan hujan masih renyai renyai. adeyhhh, kalau dok lena ataih katil lagi memang masyukkkk ah. AHAHHAHAA!

lepas daa kompem tempat, memang sah kat situ akan diadakan gathering KBU. aku chalo dulu round round pi hujung Tg. Asam masuk celah hulu banat area situ. SERIOUSLY, memang lawa! phewwwwww, ni kalau ajak Yuna dengan Aizat lepak sini mesti bermacam macam lagu depa dapat ilham nak cipta kann. heeeeeeeeeee.



HAHA, lega tengok gathering kali ni dapat sambutan dan sokongan dalam pelbagai bentuk. sumbangan tenaga, sumbangan wang ringgit, sumbangan keringat serta sumbangan sokongan. lebih 50 orang blogger berkumpul bersama kat tepi pantai beramas ramas tak kira sesiapa. yang jauh dirapatkan, yang dekat dieratkan. yang teruna senyum menyapa, yang gadis senyum tersipu. heeeeeeeee.

kat siapakah aku senyum itu?


pee/ass : seminggu nih Insyaa-Allah entry pasal gathering jaa. sebab byk benda bess jadi. SUMPAH!


March 25, 2011

saya tak tahu apa benda tu-lah !

Alhamdullilah Malaysia tk kena tempias bencana alam kat Jepun tu.
2-3 hari banyak khabar berita baik aku terima. hehhh. nk cerita semua kang cemuih pulak. baik aku sambung cerita pengalaman aku time first time akhil baligh.

ini kisah masa aku umur 11 tahun dan time tu aku darjah 5. dan ini kisah continuation dari cerita ini.

yeaa, time tu aku baru nak jadi remaja atau pun lebih sinonim orang panggil "teenagers". yelaa, angka 11 tu pun daa tunjuk yang time tu baru nak masuk remaja belasan tahun. time masuk umur 11 tahun aku ingat lagi dalam kelas time sekolah rendah dulu, semua dok tunggu tarikh birthday konon seronok gilaa lah bila masuk umur 11. padahal bercinta time tu pun pakai surat warna warni tabur bedak wangi kott. heeeeeee.
;D

time umur 11 tahun tu jugak adalah fasa aku nak bermatang-matangan dengan diri aku. heeeee. otometik kot kalau benda tu. okeee, matang untuk budak lelaki adalah dimana depa mula menunjukkan perubahan pada suara, halkum di tengkok dan bidang badan makin lebar. yekehh? hehhhh.

tapi yang paling mustahak adalah budak lelaki tu dapat mimpi basah yang memang memang basah okee.
pheewwwwwwwwww...

tetapi di dalam kes aku, aku matang dalam keadaan yang diluar mimpi. SERIOUSLY aku tk sedar. time aku tengah . . . .

aku tanak komen banyak okee. hehhhhh. time tu perasaan gatai memuncak. perasaan nak tahu memang tinggi tak boleh lawan ombak badai gelora tsunami pun, SERIOUSLY! yelaaa, time aku mana taw kewujudan CD blue kehh, porno kehh, Playboy kehhh. yang aku taw filem JAMES BOND memang lucah!

ya, benda tu terjadi part scene James Bond dalam klinik dengan dokter pompuan. aku tak taw okeee!! SERIOUSLY! aku tak tahu benda apa tu. tengok tengok daa terkeluar.
demmittttt!


=|

pee/ass : POMPUAN JANGAN KOMENT !

Mesej Lady GaGa kepada Malaysia | isu lirik sensored/tapis

petikan dari interview dari Google bersama si GaGa selasa lepas.



"Well obviously I disagree with it, otherwise I wouldn't have specifically put those words in a song that I knew would be put on Top 40 radio. What I would say is for all the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard".

"You must do everything that you can if you want to be liberated by your society: you must call, you must not stop, you must protest - peacefully. I don't believe in violence. I don't believe in negativity. There is no reason to be derogatory. You just have to keep fighting for what you believe in."

tepuk dada, tanya iman. lagu Lady GaGa yang aku suka satu jek; Speechless. semua lagu yang lain aku daa delete dari player aku. sesat. grrrr!!

hehhhhh. dari dia mintak kita semua protes kerajaan Malaysia sebabkan sensored/tapis lirik lagu dia. bek kita bakorr jek dia nih.
bako bako bakorrrrrrrr!!

baju KBU daa dapat !

semalam lepas dari balik dari Merbok. sesampai jek Penang terus calling calling Cik GKSB. time tu Cik GKSB ataih moto dari Sungai Dua. HAHAHAA, dalam dok ataih moto pun pulun angkat phone tu nak bagi direction kat Eman nohh Cik GKSB. heeeeeeee.
;D

Alhamdullilah tk susah pun nk cari blok hostel Cik GKSB kat USM nuhh. dalam dok renyai renyai hujan tu jumpa laa Cik GKSB kat Desasiswa Cahaya Gemilang. dapat jek baju KBU dan barter cash dengan Cik GKSB, dia tanya pi tak Gathering KBU sabtu nih. aku pun macam tk sure nak kata pi ka tak. cakap kat Cik GKSB, tak sure lagi.

tapi hari nih aku daa sure daa!

AKU JOIN GATHERING KBU !

tak sabaq nak serlum pakai baju KBU baru tu woooo. heeeeeee. jumpa kat sana oke ramai ramai kat Tanjung Asam sabtu nih!


March 23, 2011

jangan phone sex selepas habis SPM

SPM! SPM! SPM!
tahniah kepada yang dapat result cemerlang hari ni. sana sini perkhabaran gembira dicanang tak putus putus. ada dari kawan kawan punya adik, sepupu sepapat, jiran tetangga dan skandel skandel yang tak berapa nak benci. heeehhhh.

daa 3 tahun aku lepas dari dunia sekolah uniform putih. teringat dulu time amik result exam exam besar macam UPSR, PMR dan last sekali SPM laa. sekarang daa dekat IPTA amik result exam tiap semester online jek. rasa amik result exam tiap semester memang sah sah tak sama dengan masa amik result kat sekolah dulu.

ka ada jugak antara ampa yang rasa gugup gementar siang malam tunggu result exam semester? mana nak taw lain orang lain gaya, lain padang lain belalang. heeeeeeee.

okee balik pada cerita SPM aku dulu. satu ja peristiwa time amik SPM yang aku ingat dan akan ingat sampai bila bila. iaitu paper ADD MATH aku kosong, blank! heeeeeeeeeeee. sori Cikgu Samad, saya memang tk boleh laa nak buat satu haram soalan paper ADD MATH. sebab tu saya kuar hall exam awai. sori cikguuuuuuuuuuuu.
=p

well, aku tak pernah menyesal dengan tindakan aku tu. kalau kita menyesal sampai bila dok rasa menyesal dan bersalah. sendiri buat, sendiri telan lorhhh. tapi memang result SPM aku teruk. sampai 2 hari 2 malam aku menangis tak keluar bilik. SERIOUSLY, itulah masa paling susah dan teruk aku rasa sampai kehari ni. benda yang paling teruk aku menangis. aku tak pi keja (time tu part time kat Nandos) selama seminggu. aku pi Bangi, stay rumah Pak Uda seminggu kat sana. Pak Uda ajak stay dengan dia bagi relax jangan tension dengan result SPM. jadi memang relieve jugak kat sana. haihhhhh.
*kalau laa time tu aku daa kenal orang Bangi kan bagus. heeeeeeee.

masa di Bangi selama seminggu memang enjoy. tak banyak pikir pasal result. cuma Pak Uda dan Mak Uda banyak consult step step lepas ni apa peluang aku ada untuk belajar. pulihkan semangat aku balik. Ya Allah, terima kasih tk terhingga kat Pak Uda dan Mak Uda atas segala nasihat dan suntikan semangat time aku tengah down gila. pengalaman paling ngeri aku memang masa dapat result SPM dari Cikgu Syed Sultan.

ohh sebelum itu, aku adalah bekas pelajar PENANG FREE SCHOOL.
heeeeeeeeee.
;D

pee/ass : jangan phone sex time sekolah menengah! JANGAN!

March 21, 2011

surat cinta dari Nuffnang !

Weeee-hooooooooooooo!!

setelah sebulan menunggu ketibaan layangan surat cinta, akhirnya sampai jugak surat cinta kasih sayang dari Miss Nuffnang. HAHA, miss laa daa aku laki kan. tak kan nak Inchik jugekkkkk. hehhhhh.

tadaaaaaaaaaaaa!
1st cheque !
heeeeeeee. tanak cakap banyak laa. kang aku ternampak bongkak pulak. padahal memang gila excited ah sebab ni first time aku dapat cash out duit Nuffnang owww. memang sejarah kehidupan aku kottt. heeeeee. jumlah yang aku dapat tu terkumpul selama 3-4 bulan aku pakai Nuffnang. jadi conggak conggak boleh laa tahan dengan blog aku yang trafiknya macam siput jek kadang kadang.

Alhamdullilah, sekarang dengan berbekal 4 BE tengah hangat berkempen harap harap boleh dapat pulangan yang baik untuk duit raya nanti. heeeeee. akaun Nuff aku daa jadi 00.00 balik. kita mula dari mula balik!
;)

pee/ass : aku nk kongsi tips aku dapat BE nih disini.


March 18, 2011

impian aku tertanam di pantai

Salam semua.

dalam dok baring lepas solat Jumaat tadi sambil laptop aku bernyanyi sayu lagu Janji Manismu. aku tetiba teringat benda lepas lepas waktu aku sekolah rendah. haihhhhh. ampa penah tak ada tulis surat wishlist diri sendiri? atau pun surat impian macam suatu hari nanti ampa impikan nak jadi sesuatu/seseorang. ada tak?

well, aku penah buat dulu. aku taw aku sweet. dulu waktu aku sekolah rendah dalam darjah 5 atau darjah 6 tk silap. atau aku tingkatan 1 kottt. entahh laa, aku tk ingat langsung time tu umur aku berapa! demmittt!

tapi memang iyerr laa aku ada buat tulis atas kertas kosong. aku tulis cita cita aku. tulis impian esok nanti besar nak jadi apa. nak berkeluarga laaa, nak jadi wartawan laaa, nak belajar tinggi tinggi laaa. macam macam lagi laa. HAHAA, time budak budak masa tu biasa laa beranganan Mat Jenin nak itu nak ini. tengok kejayaan orang orang besar, dengar kejayaan orang dalam TV. sebab tu cepat terpengaruh dan kadang kadang memang terdetik dalam hati yang suatu hari nanti esok besar nanti nak jugak berjaya macam depa yang dalam TV tu.

SERIOUSLY, aku memang ada tulis surat impian tu siap catit tarikh dalam tahun 2000/2001/2002 cemmtu laaa. demmmittt ah aku langsung tk ingat bila yang aku tulis. lepas dari tulis tu, aku gulung gulung surat tu dan masuk kan dalam botol kaca ribena dan kedapkan tudung.

ohhh no! aku tk lemapar ke laut okee. sebab aku impikan suatu hari nanti aku nak cari balik surat impian aku tu balik. aku hanya tanam jek kat tepi pantai kat Tanjong Tokong tu. dalam jugak rasanya aku tanam botol tu.

penah aku terpikir time tsunami terjadi tahun 2004 dulu. apa laa jadi kat botol tu en. ummm, sampai ke hari ni nak dekat 10 tahun botol tu tertanam harap harap masih wujud untuk aku gali cari balik suatu hari nanti.


Insyaa-Allah suatu hari nanti.
=)

March 17, 2011

bergayut boleh mengurangkan sperma ?

macam semua orang, mesti semua suka dan kadang kadang daa jadi macam hobi buat sesetengah orang untuk adakan slot masa antara 24 jam sehari tu untuk bergayut telefon jek. well, aku tak dak laaa. mana kot nak taw kalau ampa yang lain ada. sebab benda ni memang wujud dalam kalangan housemate aku sendiri.

kadang kadang bergayut tu sampai telinga panas. ada cakap kalau bercakap/bergayut telefon ni lama sangat akan ada kesan sebabkan radiasi semasa membuat panggilan tu. kesan kepada sel otak laa, telinga laa dan macam macam lagi. tapi benda daa setahu aku tak lagi terbukti kesahihan bukti dia. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru baru ni ada mengatakan pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya. ini kes untuk lelaki lorhhh. adeyhhhhh, tapi tk silap aku lepas tu ada yang menyangkal pendapat CAP nih. entahhh lahhh.
=.=

tadi tengah hari lepas jek kelas OB (Organizational Behavior) singgah kejap ke Caltex kat Lembah Bujang isi minyak. tetiba henpon aku bunyi terima panggilan dari Abah. cepat cepat aku lari keluar dari kereta dan lari ke seberang jalan sebabkan radiasi telefon boleh menyebabkan kebakaran serious kat petrol station. benda ini memang sahih dan memang terjadi okehh!

jadi jangan dan jangan bercakap telefon ketika tengah isi minyak. tk kira laa yang tgh pam minyak atau pun yang dalam kereta tengah tunggu boyfren ampa isi minyak tu. hehhhh.




March 16, 2011

Merong Mahawangsa : kutipan 4 hari RM2.2 juta

Kutipan filem Hikayat Merong Mahawangsa setakat pada hari Ahad telah cecah RM2.2 juta! ohh yess, aku adalah salah seorang penyumbang kepada jumlah kutipan jutaan ringgit itu. Aku tengok filem Merong Mahawangsa ni pada Sabtu lepas di Sunway Carnival, PENANG.


kepada sesiapa yang belum tengok dan berharap untuk mendownload Hikayat Merong Mahawangsa tu patahkan jek laa niat nak download filem Merong Mahangsa ini. link mediafire keh hotfile keh torrent keh rapidshare keh semua tk ada lagik link nak download filem Hikayat Merong Mahawanga nih. hehhhhh. Apa kata cuba layan kejap filem yang durasinya hanya 1 jam 51 minit ni memang boleh laa diktakan berbaloi untuk ditonton. cuma mungkin ada kuring itu ini tapi aku cuba pandang sebelah mata jek laa memandangkan ini adalah filem epik Melayu yang agak mahal kos penerbitan ia. boleh nampak jugak laa kemana wang belanjawan RM8 juta wang untuk filem ni mengalir pergi.

sinematografi filem ni boleh ditambahbaikkan tp tak lah mengecewakan. tp nice try laa dari Yusry KRU, SERIOUSLY buah tangan Yusry sangat sangat impressive untuk pengarahan pertama dia untuk filem epik macam ni. tapi mungkin kurang dari segi penulisan skrip laa. skrip dan plot tk cukup kuat sangat laaa. filem ini filem epik yang serious. tapi kadang kadang ada scene yang tk serious pulakk memang potong stim ah. aku dapat rasa mcam filem ni cuba nak tiru tiru "Pirates of Caribbean" pun ada.

tanak koment banyak. tp filem ini memang lawa. cuma askar bala tentera jek yang kerempeng produksi ni amik. entah mat rempit jalanan kot askar askar tu. hehhhh. kalau ampa perasaan ayat ini ;

"Sampai masa tibanya waktu, redup hati bila berdua. Bila dua jasad bersatu hidup mati menjadi satu"

kenapa Pak Kesum pun ulang ayat ni jugak? itu aku pelik dan rasa tak relevan pulak walaupun cuba nak menampakan kaitan dengan lawan dengan Geruda tu. tapi still aku rasa tak relevan langsung! sorry, ini pendapat aku jek. aku rasa filem ini power kat ayat tu jek, padahal tkda laa apa sangat dengan ayat tu.

ohhh, part time scene kat Goa tu sangat sangat cantik dan menarik! SERIOUSLY! bila daa scene naik kapal daa tak menarik. mungkin sebab effect berlayar tk ditekankan.

Apa apa pun berbaloi oke tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa nih. jangan cakap banyak atau perlu pikir dua-tiga kali nak tengok filem ni oke. pergi jek menonong kat kaunter tiket dan beli, thats it. btw, dont put high expectation sangat on this film. takut ampa akan kecewa macam aku. SERIOUSLY, aku pi letak high expectation sangat kotttt. haihhhhhh.

;)


March 11, 2011

Fizz Fairuz persendakan tsunami Jepun


Dalam orang sibuk sibuk risau pasal rakyat Malaysia kat Jepun tu pun sempat lagi dia ni melawak bodoh. dia ingat Doraemon tu bole buat apa ntah. AHAHHAHA! mesti kaki tengok catoon ah Fizz Fairuz ni. sampai kecemasan pasal tsunami Jepun pun jadi bahan.


tengok ah orang lain tegur dia pastu cakap "wat ever" pulekssssss. cam bapok.
hehhhhhhhh.
=.="

aku ada jumpa blogger student dari Malaysia yang tengah update stori pasal keadaan embassy Malaysia dekat Jepun tu. blogger ckynwan.

semoga semua selamat okee ckynwan!

pee/ass : aku pun tk tau kenapa aku excited dgn tsunami jepun ni.

gempa bumi Jepun 8.9 | Amaran tsunami

Amaran TSUNAMI hanya dikeluarkan bagi kawasan Asia Timur dan pantai barat Amerika Selatan selepas gempa bumi besar yang melanda Jepun, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Antara negara negara yang terlibat tersenarai dalam tsunami warning adalah Russia, Taiwan, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Fiji, Mexico, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia dan Peru.

wave pertama bukan yang paling kuat selalunya. kelajuan tsunami di jepun dalam kelajuan 700-800/kmh. pehhhhhhhhh.

MALAYSIA tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami. tapi belah belah Sabah & Sarawak tu berjaga jaga lahh. jangan main tepi pantai. zzzzzzz, daa nk malam ada ke yg dok main tepi laut? geng geng kapel ada laa kot kann dok buat projek haram. hehhhh.

berdoa'lah kepada rakyat Malaysia yang berada kat sana kat Jepun tu dalam keadaan selamat. haihhhh.. Jepun mesti ada pengalaman banyak dalam handle bencana alam macam ini. harap semua selamat walaupun tsunami ni merangut ribuan nyawa.

ni antara video kejadian tsunami petang tadi di Jepun.




jerawat akhil baligh

dulu waktu aku bodoh bodoh tk sekolah tinggi tinggi aku dan kawan kawan flat aku selalu mengejek gelak kan orang yang berjerawat. errr, especially budak budak yang baru nak start naik jerawat.

"euwwwww Minahh ada jerawat weyyy! awai gila baliaqqq (baligh) !"

kesian minah yang tak bersalah dan redho jek dengan hukum alam bahawa dia daa ada jerawat. AHHAHHAHAA! tapi apa relevannya jerawat dan akhil baligh? okee, ni dalam konteks kanak kanak oke. apa tu jerawat akhil baligh?



" Jerawat sering terjadi bila seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan menghampiri atau
setelah akil baligh kerana terjadi gelombang yang besar (seolah-olah litar pintas) pada kadar
serentak atau sekaligus yang dihasilkan oleh androgenic hormone.

Apabila proses ini terjadi, hati akan menjadi “sesak”, proses peneutralan menjadi perlahan akibat
“kerja tambahan” selain untuk meneutral toksin yang dihasilkan sebelum ini, lalu terjadi
pertindihan hormon-hormon serta darah bertoksin didalam hati akibat “serbuan” tersebut. "



tak paham? okee aku lagi tk paham bila ada term term sains nih. hehhhhh. senang cerita, budak budak ni naik jerawat sebab baru lepas baligh.

errrr, contohnya lelaki ahh kann. kalau dia baligh tu dia pancut ah kan. time dia nak pancut tu mesti laa berlaku eraksi ah kan. time berlaku eraksi tu darah tengah laju ah kann. time darah laju dalam badan tu alat tu naik ah kan. heeeeeeee. aku bagi contoh lelaki jek laa sebab dekat dihati nak kongsi. kalau perempuan tu cammne ah?
=p

jadi disini, disebabkan kerja tambahan dan kesesakan dalam badan itulah sehinggakan kanak kanak tak boleh nk handle lebihan hormon tu jadi timbul menggila lahh jerawat kat muka. biasa laa budak budak tak biasa. hehhhhhhh.
;DD

pee/ass : aku baligh umur aku 11 tahun! AAHHAHAAA! next entry aku cerita. ;)


March 10, 2011

teori memonteng kelas (UiTM)

aku tak tahu laa sama ada perlu ke tak kongsikan cerita ni ke tak. tapi cerita laa pertama kali pengalaman aku berdepan dengan situasi macam ni. jadi rasanya tk salah kalau aku nk sisipkan celah celah blog aku entry ni. btw, daa 156 entries daa blog aku ni aku menulis dalam masa kurang lebih 8 bulan. HAHHAHA, tk sangka aku rajin menulis kann. alangkah baiknya kalau aku dapat jawab essay macam ni dalam test LG (Local Government) semalam. hehhhhhh.

balik pada topik. sebenarnya minggu lepas iaitu khamis lepas, aku ponteng kelas OB (Organizational Behavior). lepas tu minggu ni kelas hari isnin yg baru jek lepas ni ada kelas lecture OB ni. dan memang aku kena marah dan disoal laa kenapa tk datang khamis minggu lepas tu. fine, alasan yang sangat lembik tanpa ada surat, dan aku jawab "saya balik Penang".

"Get out from my class!"
keras suara lecturer aku ini balas.
=|

aku keluar.
=(

memang salah aku, aku sedar benda tu. tp entah laa aku ni bukan nk tegak kan benang yang basah. tp mungkin ni memang tabiat aku atau student student lain pun rasanya ada gak tabiat macam aku ni kot.

tabiat memilih ari yang sesuai untuk ponteng dengan sengaja.

well, aku memang daa terbiasa untuk setiap subjek memang memang kompem kompem aku AKAN PONTENG DENGAN SENGAJA. sebabnya syarat UiTM senang jek dalam kehadiran students ni. tak bole kurang dari 80% kehadiran ke kelas.

jadi secara matematiknyaa laa kan ;

1 semester = 14 minggu
1 minggu = 2 kelas
jumlah kelas = 28 kelas

28 = 100%
1 = 3.57%
24 = 85.68% (4 kali ponteng)
*minimum kehadiran adalah 80%. kalau tak, kena BAR Final Exam.

okee, ini laa yang aku amalkan selama aku berada kat UiTM sepanjang hampir masuk 3 tahun. tapi aku tk pakai laa sampai 4 kali untuk ponteng. sebab masuk kali ke empat tu daa bole dapat WARNING LETTER! untuk selamat aku amalkan untuk setiap subjek hanya TIGA KALI SAHAJA KUOTA PONTENG! get it? okee, ni teori jahat. jangan ikut oke. SERIOUSLY jangan ikut!!

untuk semester ini baki hari untuk aku ponteng untuk setiap subjek mengikut kuota aku ini seperti berikut ;
Organizational Behavior = 1
Local Government = 1
Administrative Law = 3
Industrial Relation = 1
ETR = 1

err, kalau ikut nak abeskan kuasa imuniti memonteng ni. tapi tengoklah macam mana nanti. aku serik ah lepas ponteng kelas OB tu. SERIOUSLY, sebelum sebelum ni semester lepas lecturer tk marah sangat pun kalau ponteng sekali dua kali. pasni tk bole ponteng. sekian.

pee/ass : kalau semua nk manis jek time studi, tk life laa. kadang kadang yang pahit itu laa yang akan buat kita ingat.


March 09, 2011

pole gayut tu kuat macam spinal chord saya

ampa penah tk jatuh dari tingkat 6? penah tk? okeee, aku tk penah. kalau penah mungkin aku tkda kesempatan nk tanya soalan bodoh ni kan. AHAHAHHAAA! yelaaa, silap silap Mungkar & Nangkir yg tanya aku soalan yg sama kat aku. hehhhhhhhh.

ahad lepas terselah kebodohan aku menge'testing' main gayut gayut lifting pole ke apo benda alah aku tk taw laa nama dia. memula tu memang ah aku main lift lift badan jek naik turun naik turun. lepas 4-5 kali pastu aku tetiba rasa macam kat hall Olympic gimnastik artistik puleksssssss. SERIOUSLY! pastu feeling feeling laa nak buat pusing artistik. hmmmmmm....nak cakap susa pulak nnt ampa tk paham.

ni aku siap wat animated gif (Graphics Interchange Format) kat ampa nak bagi gambaran yang lagi jelas kat ampa. (HEHE, baru pandai wat .gif lorhh. hiksss.)
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
pole tu tetiba tk melekat kat pintu. demmmmitttt!!!!! okee, aku tk boleh bernafas dalam 40 saat cemmtu pas terhempap kat atas SIMEN! SIMEN OKEHHH!! Ya Allah, tuhan jek yg tawu sakit pedih belakang badan aku. rasa macam spinal chord patah dua okehh! tengkok aku rasa macam daa tk sambung dengan kepala jek rasa. jatuh ke lantai tu jarak dalam 1.2 meter kottt! dengan berat aku 53kg nih. haaaaa, ampa pandai fizik kann, kira laa berapa laju impak dia. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. (aku bodoh)


makkkkkkkkkkkkk, sakittttttttttttttttt!!


aku terbaring kejap kat lantai simen tu dalam seminit dua cemmtu dengan suasana hingar bingar dengan teriakan teriakan housemate yang gila bapak gelak macam $*^&^(*(&^ kat aku time tu weyhhhh!!! demmitttt!

hehhhhh. pastu angkat jugak aku ke katil. sorang angkat kaki, sorang angkat tangan. macam mayat. hehhhhh. aku SUMPAH SAKIT! aku tanak main daa benda pole bodoh tu lagik! demmittttt!!! bodoh ah aku pi main benda tu. demmittt! demmittt!

pee/ass : fine, aku kuat. lepas 2-3 hari daa elok tk rasa sakit urat apa pun langsungggg! AMAZING RACE tk?


bukan merajuk okee.

Assalammualaikum.

lama tk bercerita kat sini kan. lebih tiga minggu tk update entry. bukan malas, bukan tk ada idea cuma tk ada kelapangan dan jiwa nak menulis pulak kebelakangan ni. haihhhhh. kemana menghilang tk tau ah jiwa penulisan melankolot aku nih. macam mana nak amik degree journalism ah nnt kalau cepat hilang ghairah nak menulis. heeeeee. mampu keh nk amik MASCOM Journalism nnt?
;)

lama tk bercerita bukan sebab merajuk. cuma bila kat pertengahan semester nih laa sibuk nak submit assignment, sibuk dengan test paper itu ini, sibuk quiz itu ini. alaaa, standart laa student kott. apa nk merungut kann. kalau daa nama pun students kena laa berlagak macam student, tk kan nk berlagak penari ballet macam Nina Sayers. (SERIOUSLY, film Black Swan zess zilerrrr!!) kalau sebabkan studi, aku sanggup jek ketepikan blogging, ketepikan chinta pedihh, ketepikan chinta lembu, ketepikan makan minum. hehhhhh. aku daa makin kerempeng ahh, SERIOUS! haihhhhhh. daa lebih dari 4 orang daa tegur cakap aku kurus. motif? depa dok peluk aku ka sampai tau ukur lilit pinggang aku?! hehhhhhhh.
=p

heeeeeee. tapi itu bukan bermakna aku nk senyap tk minat atau keghairahan aku blogging daa mati oke. TAK PENAH! apatah lagi lepas daa cash out Nuffnang dan cek HSBC tu sekarang daa pun kat tangan aku. bila nak pi cash tak tau ah. dokter help me!! heeeeeeeee. ampa ingat senang senang aku nk lepas blog aku yang lawa ni cemmtu jek lepas daa dapat duit dari Nuffnang. hehhhhh. aku tamak dan aku nk lebih dari RM##9.44 pasni untuk second cash out aku nnt. hmmm, bajet utk shopping raya rasa sempat kottt. heeeeeeeeeeee.
;DD
okee, bukan headset aku invi ke apo okee. ni time ni tk beli lagik. hehhhhh =.="


ohh, lagi satu sebab aku daa makin excited nak nk blogging balik adalah sebab aku daa ada headset baru owww. bau kedai lagi owww. syokk oww blogging sambil pasang lagu Ke$ha oww. AHAHAHAHHAAA!